Gambar - Sekitar Bantahan Video Hina Rasulullah s.a.w di Malaysia


Hari ini umat Islam dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh musuh-musuh Islam . Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu, dan kemudian syarikat google menegaskan untuk tidak membuang video tersebut untuk terus menjadi paparan bagi sesiapapun yang melayari internet.

Selaku seorang Muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. Video ini sekali lagi telah menghina Baginda Nabi S.A.W dengan perwatakan sebagai seorang lelaki yang womanizer - 'gila perempuan'. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan Para Sahabat R.A.H. Antara skrip yang digunakan di dalam video ini adalah ;

“My age has exceeded 120 years and the all my young life, I have not seen such a murderers against Muhammad. He kills men, captures women and children…”

Kemudiannya wanita tua itu diseksa dengan cara yang sungguh mengaibkan dan sangat bertentangan dengan syariat Islam dan juga peribadi Nabi S.A.W. Sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini. Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian. Menurutnya dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.

Filem yang melabel Baginda S.A.W sebagai ‘fraud, a womanizer and a madman’ ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara Timur Tengah seperti Mesir dan Libya. Rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

Justeru untuk kesekian kalinya, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) turut meminta seluruh pemuda untuk berhimpun aman pada 21 September 2012, bersamaan hari Jumaat ini di hadapan Kedutaan Amerika untuk menyatakan bantahan kita. Pihak DPPM berharap agar setiap Muslim di pelusuk tanah airdapat turun untuk meramaikan himpunan ini, kerana ia menjadi kewajiban untuk kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini di hadapan mereka.
Gambar - Sekitar Bantahan Video Hina Rasulullah s.a.w di Malaysia

1. Masjid Rusila Terengganu



2. Di Bintulu Sarawak







3. Di Penang 






4.Di Penang 2







5. Masjid Sepanggar Sabah







6. 1. Masjid Rusila Terengganu 2


5. Masjid Sepanggar Sabah 2





6. Di Bintulu Sarawak 2



7. Di Masjid Amaniah, batu Caves 






Penghinaan Musuh Allah Di Zaman Perutusan

Penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W adalah salah satu dasar golongan yang memperjuangkan kebatilan. Sesungguhnya kebenaran dan kebatilan tidak akan berpadu selamanya. Islam datang sebagai pembawa rahmat, mengiktiraf semua Nabi-Nabi terdahulu serta membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran. Penentangan di zaman perutusan adalah lebih dahsyat kerana golongan kafir bertungkus lumus ingin menghapuskan riwayat hidup Baginda S.A.W di samping menghinanya di khalayak sebagaimana yang berlaku :
Pemimpin-pemimpin Musyrikin seperti Umar Bin Hisham (Abu Jahal), Umaiyyah Bin Khalaf, Utbah Bin Rabiah, Syaibah Bin Rabiah, Abu Lahab, Abu Suffian Bin Harb telah melancarkan serangan peribadi dan penghinaan terhadap Nabi S.A.W.

Seorang pemuda upahan di Mekah iaitu Uqbah Bin Abi Muit telah meletakkan najis di atas kepala Nabi S.A.W yang mulia ketika Baginda sedang bersujud dalam solat dan Uqbah telah mengulangi kebiadapannya beberapa kali.

Fatimah R.A, puteri Nabi S.A.W mengalirkan air mata kesedihan sambil membersihkan kepala Nabi yang mulia. 

Uqbah juga telah menjerut leher Nabi dalam peristiwa hijrah, dikumpulkan pemuda-pemuda yang perkasa untuk membunuh Baginda S.A.W.

Ketika di Taif, Baginda dilontar dengan batu-batu. 

Pemuda-pemuda nakal telah dikerah dipintu masuk Bandar Taif untuk memulau Nabi S.A.W dan anak angkatnya Zaid Bin Harithah, darah panas mengalir pada jasad Nabi dan Zaid (yang bertindak melindungi Nabi), halangan-halangan juga diadakan untuk menghalang Nabi masuk semula ke Makkah namun Nabi mendapat jaminan perlindungan daripada Mut'am Bin Adi, seorang 'gedebe' (samseng) di Makkah yang mempunyai ramai anak-anak lelaki yang gagah berani.

Jika diteliti dalam rakaman sejarah semasa zaman perutusan, Rasulullah S.A.W telah dihina dengan pelbagai cara antaranya Nabi S.A.W dicerca dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menghina batang tubuh Baginda S.A.W.

 Antara tuduhan tersebut ialah :

Nabi S.A.W dituduh sebagai seorang penyair yang mereka-reka qasidah (syair) yang indah untuk memikat masyarakat Quraisy pada masa itu.
Nabi S.A.W dituduh sebagai seorang yang kurang akal. Abu Jahal telah mengupah para pencacai dan pencaci untuk menghina Nabi melalui medium seni, di antaranya ialah An Nadhar Bin Al Harith.
Nabi S.A.W dituduh sebagai seorang tukang sihir.
Nabi S.A.W didakwa tidak layak sebenarnya untuk menjadi wakil Tuhan.

Namun dalam banyak kejadian yang menyakiti dan menghina Nabi S.A.W, datang nusrah (pertolongan) daripada Allah yang Maha Perkasa di dunia lagi sebagai pengajaran atas kebiadaban musuh Islam. Hal ini dapat kita lihat dalam nas-nas yang menyatakan bahawa pada satu ketika Abu Jahal ingin menyakiti Rasulullah S.A.W akan tetapi tidak berjaya dengan pertolongan Allah Taala sebagaimana dalam hadis yang berbunyi :

Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Kata Abu Jahal:

 Adakah Muhammad sujud di atas tanah?

 Lalu dijawab: 

Ya! Kata Abu Jahal lagi: Demi Al Laat dan Al Uzza sekiranya aku melihat Baginda melakukan demikian, akan kupijak belakang lehernya atau kutekan mukanya ke tanah. Lalu Abu Jahal mendatangi Nabi, dan ketika itu Nabi sedang solat dengan tujuan untuk memijak belakang lehernya. Tiba-tiba Abu Jahal didapati berjalan undur ke belakang dan seolah-olah menahan dengan tangannya. 

Lalu ditanya kepadanya: Apa yang tidak kena dengan kamu?

 Jawab Abu Jahal:

 Antara aku dan Muhammad terdapat parit daripada api yang mempunyai sayap-sayap dan menggerunkan. Lalu sabda Rasulullah S.A.W sekiranya dia (Abu Jahal) mendekatiku akan disentak (anggota tubuhnya) satu persatu.[Hadis riwayat Imam Muslim:2797, Imam Ahmad:2/370]



Dalam kisah yang lain, dinyatakan bahawa isteri Abu Lahab, Ummu Jamil binti Harb bin Umayyah selalu mencela Nabi S.A.W dan menyakiti Baginda dengan meletakkan duri-duri di jalanan dan di laman rumah Rasulullah S.A.W. Ketika diturunkan ayat Al-Quran yang mencela suaminya Abu Lahab, terus Ummu Jamil mencari Nabi S.A.W dan melontar Nabi dengan batu. Pada ketika itu Nabi sedang bersama-sama dengan Abu Bakar As Siddiq R.A di di sisi Kaabah. Akan tetapi Allah Taala telah menutup pandangan Ummu Jamil dari melihat Nabi S.A.W, lalu Saidina Abu Bakar kehairanan bagaimana Ummu Jamil tidak dapat melihat Baginda sedangkan Baginda berada di hadapannya.

Kata Saidina Abu Bakar R.A, "Wahai Rasulullah, apakah dia (Ummu Jamil) melihatmu?"

Sabda Nabi, "Dia (Ummu Jamil) tidak melihatku. Sesungguhnya Allah Taala menutup pandangannya terhadapku." [Sirah Ibnu Hisham:1/335-336]

Satu lagi kisah yang menerangkan kepada kita bahawa betapa hinanya golongan yang menghina dan mengeji Rasulullah S.A.W sebagaimana dalam hadis :

Daripada Anas bin Malik berkata: Ada seorang lelaki beragama Nasrani telah memeluk Islam, beliau membaca (hafaz) Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran. Dia adalah salah seorang juru tulis Nabi S.A.W. Lalu dia murtad dan berkata, "Muhammad tidak mengetahui apa pun kecuali apa yang aku tuliskan kepadanya."

Setelah itu beliau mati dan dikebumikan. Tetapi tanah mengeluarkan (tubuhnya) semula. Lalu berkata kaumnya, "Ini adalah perbuatan Muhammad dan Sahabatnya setelah (Nasrani tersebut) lari dari (Agama) mereka, mereka membongkar semula mayat saudara kita dan dibuangnya."

Maka keesokan hari mereka menggalikan semula tanah sedalam mungkin (untuk menanam mayat saudaranya yang berpaling dari ajaran Nabi itu), tetapi sekali lagi tanah meludah kembali (mayat itu) ke permukaan bumi. Maka, ketika itu baharulah kaumnya mengetahui bahawa (kejadian itu) bukan dari perbuatan manusia, lalu dibuangnya keluar kubur. [Riwayat Imam Bukhari:3617]



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

16 September 2012 pada 1:05 PG

masha allah
moga mereka dapat hidayah
aamiin

16 September 2012 pada 1:13 PG

alhamdullilah.. kita bersatu dalam menangani masalah ini. ini baru di Malaysia, tidak termasuk berjuta di luar sana.. :)

16 September 2012 pada 9:38 PG

Berani sungguh mereka menghina Nabi kita kan.. bala Allah amat dasyat nanti, tunggulah

16 September 2012 pada 10:01 PG

Subhanallah...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.