inferior?




Pernah tak rasa inferior? (rendah diri)

Tak tahulah kalau ada yang tak pernah tapi saya pernah ah. Biasa dekat FB ah kekadang. Usha-usha orang episode stalk orang. Ayat standard;
Type name kat search fb profile.

A:"Seb bek tak private weh.Leh usha.Eh minah ni ke kau cakap.Wahhh.cun gilaaa wehhh"
B:"Aah.Dah ar kaya dowh.Stylo-mylo. Pandai."
A:"Ye kee?Memang perfect ahhh, best gila jadi dia."

*Random fact*


Personally, saya cam jarang stalk orang. tengok pic profile jer. Itupun perempuan je ah. Pastuh saya pangkah. Saya cam malas ah nak amek tahu. Lainlah kalau saya minat personaliti dia and nak jadikan dia kawan, saya add.

Apa saya nak pesan dekat diri saya ini. Setiap orang SERIOUSLY ada kelebihan masing-masing. Jadi, marilah kita hargai. Janganlah jadikan sesekali jadikan kecantikan dan kekayaan sebagai ukuran. Oh dia kaya, pandai, cantik. Aku dah lah tak cantik, tak kaya macam dia and tak delah pandai sangat.

Hey hey hey.tak boleh fikir macam itu tau.Sebab macam mana cantik pun, cantik yang bukan setakat lelaki kagum, perempuan pun sama, tapi kalau akhlak tak elok, sayang betullah kan? Akhlak itu penting penting dan penting. Sebab percakapan dan amalan itu adalah gambaran hati. Erm, cakap benda tak elok, buat benda tak elok, hati pun macam tak eloklah kan? Nauzubillah. Tak bestlah kan macam itu.

Jadilah Muslim yang mempunyai akhlak tinggi dan terpuji, jangan menjadi hamba kepada perut dan hamba kepada nafsu sendiri. Miskin harta bukanlah suatu kecacatan atau kelemahan. Tetapi kecacatan dan kelemahan yang sebenarnya adalah kerana ketiadaan maruah diri. Seseorang itu akan dipuji kerana keelokan perangainya bukan kerana kecantikan dan kekayaannya.=DD

Even Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Seee!! Sweetnya Islam.Tak cun tak apa.Tak kaya tak apa.Janji akhlak kool baru kita jadi orang yang kool.

Jom baikkan akhlak nak?

okbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


7 comments

21 September 2012 pada 9:09 PTG

saya setuju dengan awak :)

21 September 2012 pada 9:25 PTG

Oh betul tu.. Islam tak suruh kita pndang rupa dan kekayaan.. jika dia ad dua benda tersebut alhamdulillah syukurlah, kiranya bonus utk mereka ^^
bagi yg tiada tu ad kelebihan yg lain Allah berikan kt kita kan? ;D

21 September 2012 pada 9:43 PTG

selalu sngt rasa..apabila duduk dikalangan budak2 pandai :(

21 September 2012 pada 10:20 PTG

I always have the inferior feeling. Lebih2 kalau tengok perempuan cantik. huhu.

22 September 2012 pada 12:24 PG

“Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah ia yang memiliki akhlak terbaik. Yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik akhlaknya kepada pasangannya.” (HR Tirmidzi)

22 September 2012 pada 3:15 PTG

jom sama-sama baikkan akhlak.. :)

22 September 2012 pada 3:20 PTG

kebanyakkan mmg memandang luaran... tp kita patut bersyukur sekiranya kita dpt pasangan yg cantik n sempurna.. ^_^

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.