gambar bukan saja-saja..
Tiba-tiba, ada sebuah SMS masuk.
Saudari,
Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini. Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk. dari Classmate.
(surat cinta skematipcal sangat!)
“Membimbing atau mengajak bercinta?” hati saya mempersoal.
Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang maksiat terbuka luas.
Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubahnya, saya tidak boleh jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada tapi tidak boleh terlalu dipercaya. Peluangnya tipis sahaja.
Tatkala lelaki memegang darjat suami, keegoan mudah merasuk diri. Sukar mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak isteri. Mengubah tabiat lelaki sangatlah payah. Apatah lagi, sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda.
Perlukah aku memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mempunyai modal untuk membimbing keluarganya nanti?
“Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?” syaitan mengejek.
“Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina. Baik abaikan sahaja.” Saya patahkan hujah syaitan.
Seorang rakan menuju ke arah saya kemudian duduk di sebelah.
“Ramai kawan-kawan kita suka gandingkan nama awak dengan Presiden. Boleh saya tahu hal sebenarnya?” dia mengorek rahsia.
“Itu gosip sahaja. Kami tiada apa-apa,” jawab saya.
Aku menyembunyikan rahsia bahawa memang benar Presiden pernah menghantar surat kepada ku Cuma, istikharah dan musyawarah aku dengan ibubapa belum mengatakan dialah orangnya. First thing first.
“Alhamdulillah. Saya sebenarnya sudah lama minat pada Presiden,” dia meluahkan.
Aku tidak pelik mendengarnya. Wanita yang baik mudah tertarik kepada lelaki yang baik. Itu fitrah. Wanita yang jahat mudah tertarik kepada lelaki yang jahat. Begitulah sebaliknya. Aku tadahkan telinga mendengar bicara hatinya.
Katanya, yang ini lain. Rasa tertarik itu pada kesolehannya. Pada akhlaknya. Pada kesamaan visi dan misi dalam dakwah. Masing-masing tahu ada batasan. Dilemanya, hati mendesak untuk memberi perhatian. Hati mendesak untuk menunjukkan sikap memahami. Hati mendesak untuk saling berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran.
“Awak ikut desakan hati?” aku bertanya.
“Saya meminta dia menjaga, memperhatikan atau menasihati saya agar istiqamah,” katanya.
“Lalu, apa yang terjadi?”aku menyoal
Dia meluahkan lagi,
Setiap hari…
Kalau tidak bertemu, rasa ada suatu yang hilang. Perlu segera diintai-intaikan.
Ada kerisauan tentang dirinya. Ada keinginan kuat untuk tahu keadaannya.
Andai bertemu, berpandangan, atau SMS muncul pula rasa bersalah, gelisah, menyesal dan takut membuat Allah murka. Kenapa ya?
“Kerana hati awak masih hidup mengenal mana dosa dan mana pahala,” jawab saya.
“Lepas saya mengungkap cinta kerana Allah, dia seakan menjauhkan diri. Salahkah saya?” dia bertanya.
“Tanyalah hati. Bimbang, ungkapan cinta Yang Esa tapi pengisian leka dari-Nya,” jawab saya.
Aku berkongsi pendapat dengannya. Dalam hubungan yang tidak halal, cinta yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah. Sukar mengenali mana cinta dan mana nafsu kerana topengnya handal, sukar dikenali. Orang yang biasa mendidik hati mampu mengenalinya.
Aku tidak mahu terlalu mudah mengungkap cinta. Siapa yang bakal menerima ungkapan cinta mestilah lelaki high class bukan lelaki sembarangan. Perlu ada matlamat. Perlu lihat kesudahan. Menghampiri syurga atau menghampiri neraka?
Aku berpesan supaya tidak perlu bertindak bodoh mengucapkan “Good bye” kepada dunia andai kehilangan cinta manusia. Patah tumbuh hilang berganti. Yang penting, Allah setia mencintai.
Selepas rakan aku itu beredar, aku jadi tertanya-tanya. Kenapa wanita kaya, cantik, bijak, menarik dan solehah sepertinya tidak mendapat tempat di hati Presiden? Kenapa Presiden lebih sanggup cuba mendapatkan diri aku?Aku cuma seorang gadis yang sangat sederhana,tapi dia lebih bijak.
Asmah pelajar cemerlang tahun 3.
tapi aku biasa-biasa saja. cukup-cukup makan orang kata.
Aku semakin arif tabiat lelaki. Secara semulajadinya, lelaki sukakan cabaran. Yang mudah menyerah diri, mudah pula disakiti. Yang sukar didapati, semakin bersungguh dia mencari. Maka, aku perlu terus menghunus duri. Agar cinta ini terpelihara untuk seorang suami yang diredhai Ilahi.
Aku mesti terus belajar tabiat lelaki. Bukan untuk menyaingi atau mengalahkan mereka. Aku cuma tidak mahu diperdaya.Aku melihat betapa ramai wanita telah dipermainkan. Mereka gagal mempertahankan diri. Mereka gagal keluar dari kebergantungan kepada permainan cinta sandiwara lelaki.
Aku tahu aku tidak mampu mengubah tabiat lelaki. Tapi aku mampu membantunya menjadi lelaki sejati. Bukan dengan cara melayan dan membimbingnya menjadi model lelaki idaman. Lelaki pasti mengambil kesempatan di atas sebuah kelembutan.
Caranya,aku mesti menghunus duri. Awas, jangan dekat! Jika mahu, dapatkan secara terhormat. Biar lelaki tahu, wanita itu untuk diselamat bukan diperalat untuk keseronokan sekejap.
Malah, setelah nanti aku telahpun bergelar isteri, aku tidak boleh berhenti untuk belajar tabiat lelaki. Lelaki suka berjanji dan cepat berubah hati.Aku melihat realiti masyarakat. Biar betapa baguspun seorang isteri melayani suaminya, masih ada lelaki yang gagal setia malah sesuka-hati memperdaya isterinya. Apatah lagi jika isterinya banyak kelemahan, ramai lelaki lebih suka menghukum daripada mendidik sehikmahnya.
Aku yakin, ada suatu rahsia yang menggerakkan tindakan lelaki. Aku mesti arif rahsia ini. What you see is what you get. Aku mesti bijak menyelaraskan ‘sudut pandang’ terhadap sesuatu isu sensitif yang melingkari alam rumah tangga sejak mula. Perlu juga ada jaminan undang-undang untuk mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan.
Bukan kerana tidak percaya tapi kerana tabiat lelaki cepat berubah.
p/s- Hey girls out there, through all the broken hearts, pains, misread signals and blunders, we should never ever give up hope. Personally, I still believe that the best relationship grows out from a friendship. ;)
*sorry mood sekarang asik cinta sahajaa.tgh membesarlah katakan.haha
p/s- Hey girls out there, through all the broken hearts, pains, misread signals and blunders, we should never ever give up hope. Personally, I still believe that the best relationship grows out from a friendship. ;)
*sorry mood sekarang asik cinta sahajaa.tgh membesarlah katakan.haha
25 comments
semakin matang kita, dan semakin banyak kita mengutip pengalaman hidup sedikit demi sedikit, mata dan hati kita akan terbuka untuk melihat sendiri betapa buruknya kehidupan ini. hanya indah khabar dari rupa. sesuatu yang kita tak pernah lihat semasa kecil. begitu juga dengan percintaan sesama manusia. seeloknya, janganlah menyintai manusia secara melebih2. Biarlah bersederhana sahaja. Percintaan sesama manusia ni tak indah langsung pun sebenarnya. Ianya tak kekal. Bunga2 percintaan tu pada awal2 sahaja yang indah, tapi pada penghujungnya selalunya tawar dan sangat tawar.. bila kita disogokkan dengan filem2 percintaan yang kononnya agung dan indah, kita mula nak merasa sebegitu. tapi hakikatnya, tak ada pun percintaan yang indah. percayalah. saya dah merasainya. dan saya melihat segala2nya di depan mata saya sendiri. janganlah mencintai seseorang itu berlebih2 jika sudah mula menyintai seseorang. Ia akan membunuh hati kita sendiri.
@boni kacak terima kasih . Setiap insan akan merasa senang untuk dikasihi,betul tak?
Walau setinggi mana ego seseorang, pasti ingin juga merasa disayangi.
Jika si lelaki benar2 mengasihi saudaranya dan mempamerkan rasa kasihnya begitu juga si perempuan, masakan ada lagi yang ingin mendamba kasih dari lain jantina?
Tanya hati sendiri, setiap dari kita ada rasa itu..~Kita ada ALLAH SWT~
thanks bro ^_^ masukkan kite punya blog dalam blog paling kacak ! terharu gilos..
pandai edit gambar ..
walauapapun rintangan kita terima .. jangan lupa siapa yang sedang menguji kita
@Sanji Ngatmi ALLAH..tanda ALLAH PEDULI.. elhamdulillah syukran :)
Lelaki sukakan cabaran eh? ;D
Macam cerita Adam dan hawa juga tgk Adam sudah ada perempuan lain di depan mata tapi dia still mencari Hawa yg susah utk didekati..
laki mudah berubah yeak hehe
sini ada segmen , http://biby-fiessta.blogspot.com/2012/09/segmen-saya-follow-kamu-follow.html
matang banyak mengajar kita.. :)
dah besar ni baru tau, ada yang patut kita lebih sayangi dari dunia ini.. :)
Lelaki ni banyak perangai dan helahnya bila nak mendapatkan seseorang wanita tu Lynn..kita sebagai pompuan mmg kena sentiasa berhati-hati ngan segala rayuan dan helah dr lelaki ni...tapi tak semua lelaki camtu..cuma tak salah kalau kita berjaga-jaga..
jangan terlalu taksub menolak cinta kerana cinta adalah nikmat yang di anugerahkan oleh siapa..... cuma si pengamal cinta sahaja yang selalu tersalah sangka apakah itu cinta!
:D juga mengingati saya, agar tak mudah jatuh dengan kata-kata manis dorg, agar tak terus serahkan hati, agar tak terus percaya. mudah untuk suka someone, utk dpt tu, mungkin susah. insyaAllah, jodoh kita adalah seorang yang bakal memimpin keluarga, bakal imam kita. :D
salam,
betul ( ̄ε ̄
KLIK lagi mahasiswa tak dapat kerja
permainan syaitan ada di mana2. berhati2lah wahai hati sekalian alam..
*1st time jejak kaki~follow2~
byk ilmu & panduan berguna kt sini.. thanks sbb shring ilmu. lelaki, owh saya paham apa yg dicakapkan tu. sepanjang membesar (5 org adik beradik lelaki), time belajar sehinggalah dah bekerja ni dikelilingi lelaki. memang diakui lelaki cepat berubah, berubah hati, berubah & berubah. pernah jgk tanya kenapa mcmtu & jawapan mudah life xde colorful katanya kalau hanya ikut satu hala je. or pendek kata mudah bosan..
semua wanita mengharapkan seorang lelaki yg boleh membimbing hidup kita, yg boleh jadi imam kita, yg akan bawak kita ke syurga..
~thanks sis utk ilmu kat atas tu
sukar benar menolak perasaan kpd lain jantina yg baik.. nampak indah tapi jika x kena caranya ibarat terseret ke neraka tanpa sedar...
Selagi tidak salah disisi hukum agama, insyaallah semua akan dirahmati
salam si pipi merah..
Entry yg bgus.. I like.
salam si pipi merah..
Entry yg bgus.. I like.
TA tambh sikit boni kacak
Aku pernah di maki dan di hina kerana miskin dan berimej seperti kutu jalanan..oleh keluarga sipulan..
Pendekkan cerita ,aku yg memandikan jenazah bapanya..mereka x sanggup kerana jijik dan berbau katanya..terkejut beruk mereka melihat jnzh yg wangi dan sempurna di kafankn..mereka btya..siapa yg buat..org disitu berkata ..sikutu rayau yg kau hina dulu...
Kini mereka (anak2 mereka mbuka sekolah tahfiz-)
Syukur mereka kembli ke pangkal jalan..dan lelaki ini telah memaafkn makiannya dikala langkahnya yg ke2.
kna istiqamah berdoa agar dtetapkan hati
Salam kenal dik..
Hmm...tq sudi jenguk k.lyn..memang indah bila kita menyintai dan dicintai..tapi lebih indah bila rasa tu lahir selepas akad yang sah..sweet...
Walaupun jodoh di tangan Allah kan lin... Sangat betul untuk kita pertimbangkan baik dan buruk macam yang lin cakap... Tapi, kesian jugak lelaki tu eh. Hehe sebab kelemahan itu dia tak minta...
jangan berikan cinta 100% kepada orang yang di cintai..
Lin. :)
Saya pun xsuka lelaki cakap dia nak kita sebab dia nak kita bimbing dia. Saya takut suatu hari nanti kalau kita sudah melangkah gerbang perkahwinan dia akan ungkit sekecil-kecil kesalahan kita dan mengejek kita yang mahu meluruskan dia.
Selepas patah hati kita bukan menutup hati, kita cuma berhati-hati. :)
Salam rindu. :)
@NoorVictory salam rindu pada ukhty juga. :)