wanita solehah tidak dipandang?





"Solehah = Tidak Dipandang, Tidak Memandang".
 [The Pure Woman = Doesn't Look, Doesn't Get Looked At (by men)] 


Nevertheless, I have some problems with the 'tidak dipandang' bit. 

Statement tu is not even a hadith, it is an atsar from Lady Aishah r.a. Do correct me if I am wrong.
With all due respect to Lady Aishah r.a, Mother of the Believers, I still took it as something that should not be interpreted literally.
So where do we put the female leaders/asatizah/public figures then?
Does it mean that women should only speak from behind curtains? Must never appear in public?

...ini adalah respons saya kepada perbincangan dalam nota saya yang lepas, "wanita solehah tidak dipandang?"...
Saya selalu berasa keliru dengan pemaparan imej 'wanita solehah' dalam media popular.


 Media popular = novel, blog, majalah

Ada yang begitu longgar, asal bertudung litup sudah cukup (tanpa menyebut tentang kepentingan ilmu dan amalan Islami...). Ditambah pula dengan kemunculan dua atau tiga orang 'lelaki soleh' yang menggilai si wanita untuk memeriahkan cerita. Ada pula yang begitu ketat, sehingga masyarakat menganggap 'wanita solehah' ini sebagai satu ideal yang seronok dikhayal-khayalkan, diangan-angankan, tetapi mustahil untuk ditemui, apatah lagi untuk menjadi sepertinya.

Saya teringat kisah (konon) pertemuan ayah dan ibu Syeikh Abdul Qadir al-Jailani - yang sarat dengan perkara2 yang tidak mengikut sunnah mahupun ajaran Islam (hukuman yang berlebih-lebihan, tidak melihat isteri sebelum berkahwin). Cerita inilah yang dicanang-canang sebagai gambaran ideal seorang lelaki yang soleh dan pertemuannya dengan calon isterinya. Aduhai.
saya pun tidak ketemu rujukan yang 'paling sahih' yang mensabitkan kata-kata tersebut kepada Saiyidatina Aishah r.a. Banyak 'rujukan popular' saja... semoga Allah ampunkan saya kalau tanpa sengaja mengaitkan pernyataan yang palsu... kepada Ummul Mukminin yang mulia. Dan betullah kata akak, statement itu, erm, tak logik. Tapi banyak benar pula yang suka memetik kata2 itu... even Ustaz Pahrol sendiri. Mungkin Ustaz Pahrol memaksudkannya secara metafora/kiasan, tapi banyak yang memahaminya secara literal/langsung.

Muslimat dalam gerakan Islam seringkali menghadapi pelbagai dilema. Seperti yang Prof sebutkan tu. Piawai yang bermacam-macam - adakalanya 'bukan-bukan' diletakkan ke atas mereka - kami - yang tidak benar-benar didasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah, atau logik aqli yang bersesuaian dengan suasana, bahkan bergantung kepada terjemahan orang-orang tertentu yang punya 'autoriti'.

Keseimbangan dalam anjuran mengawal pergaulan dan meletakkan hijab juga boleh diperbincangkan - seperti kata Prof, fokus yang begitu besar diberikan kepada 'the unmarried, young women', sedangkan golongan yang sudah berkahwin baik lelaki mahupun wanita, serta kaum lelaki keseluruhannya juga perlu menjaga hijab masing-masing, pada batas yang ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah serta ditafsirkan oleh akal yang sihat.

***
Manusia cenderung terlampau bermudah-mudah atau berlebih-lebihan dalam beragama, atau meletakkan piawai yang 'pelik-pelik' untuk mencapai kesempurnaan.

Nabi Muhammad SAW itu manusia biasa. Ada sebabnya Allah menulis riwayat hidup baginda se...demikian rupa - anak yatim, penggembala, suami kepada isteri2 baginda, ayah kepada anak2 baginda, ada marahnya, ada sedihnya, manusia biasa namun biasa yang paling sempurna.

Benar, syurga Allah SWT itu mahal, tetapi menggapainya tidak mustahil.

Rujukan orang-orang Islam dalam mengatur hidup adalah al-Quran dan as-Sunnah. Ini lebih-lebih lagi mustahak dalam perkara hukum, baik yang berkait dengan muamalat mahupun hal-hal lain. Bukan cara kita untuk 'beriman' dengan pernyataan yang tidak jelas sumbernya atau 'pendapat ana'/'ana rasa'/'ana fikir'....semata-mata. Walau betapa popular, romantis dan sentimentalnya pernyataan tersebut.

Jika akal yang tepercaya sihat dan terdidik merasakan sesuatu yang disampaikan itu 'sukar diterima', maka selidiklah sumbernya, carilah guru yang tepercaya juga untuk menjelaskan atau membimbing kita ke arah kebenaran.

Ibnu thimiyah pun pernah cakap... (aku dgr dr Maza quote)
'syaitan menyesatkan manusia melalui 2 cara.. satu ia menjadikan manusia itu lalai dalam agama.. dgn kata lain,, tak ambil kisah pun dalam agama.. cari yang lain ialah ia membuatkan manusia melampau dalam agama..'

"Ingatlah! Mudah-mudahan binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan itu." (3 kali). (Riwayat Muslim dan lain-lain)

Islam itu logik, praktikal, realistik, dan cantik.

Allah, berikan kami semua taufiq dan hidayah.

saya hadiahkan 2 link sempoi ni buat para pembaca setia blog saya . (eheh ada ke?)

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Gaul1.html
http://luk.staff.ugm.ac.id/kmi/islam/Qardhawi/Halal/index.html



Kita bersyukur untuk beritahu yg kita ini lemah (hamba) & Dia kuat (Tuhan)

"Egokah Tuhan?"

Pada saya, Tuhan tidak ada masalah dengan ego. Kalau anda boleh mengalih gunung, memutarkan matahari & menghidupkan rumput, anda tak perlulah bersyukur!

"Egonya kita"


ALLAH..

Kita di sini bukan untuk dihukum, kita di sini untuk dididik. Setiap peristiwa ada potensi untuk mengubah diri kita. Bertindaklah dengan anggapan setiap ujian itu ada tujuan, maka hidup kita akan mempunyai tujuan.

Inilah kehidupan!





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

24 September 2012 pada 6:12 PTG

salam cik pipi
sy mohon cik revise balik penggunaan font blog ni
ntah la maybe sy sorang ja kot yg kurang selesa
just my 2 cents :)

nice writing
sy pon perasan dilema ni dikalangan muslimah
kadang2 sampai mengekang mrk nak berbuat baik utk komuniti

ya lah kena buat kerja yg agak outdoor
yg kurang sinonim dgn muslimah yg kononnya terperap duduk di rumah

24 September 2012 pada 7:27 PTG

panjangnya entry... ^_^ tpkan.. itula kenyataan.. huhuhuhu

24 September 2012 pada 7:56 PTG

saya setuju dengan awak.. kadang2 manusia ni terlalu mencari kesempurnaan dari setiap sudut.. dan itu yang menjadikan agama kita ni nampak sangat2 komplikated oleh agama lain..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.