Boleh tak kalau nak skip saja episode dekat ward tu besok? Bolehh tak?
Sedih sangat.
Doctor: "Oh saya rasa awak kena dimasukkan di hospital secepat mungkin."
Isteri patient: "Oh, bila ye? Boleh tahu exact date?Boleh tak minggu depan? Kalau boleh jangan minggu ini."
Doctor: "Saya tak pasti. Yang pasti bila ada katil kosong, suami awak kena masuk hospital sane secepat mungkin.Kenapa? Awak buat business ke?"
Isteri: "Ye, banyak sangat urusan kami perlu selesaikan. Kami bukak kedai. Saya perlukan suami saya.Saya tak boleh buat seorang."
Suami: Sambil kesat air mata, " Just close the shop".
Doctor: "I know the shop is important but the most important is ur husband's health. He is our main concern now."
Sebak sangat rasa.
Aku taktahu, doctor tak tahu keadaan apa mereka facing maybe masalah kewangan dan entah entah kedai itu sangat penting untuk mereka untuk dapatkan source kewangan untuk kehidupan. Hanya mereka saja berdua saja tahu. Tapi aku impress isteri dia sangat tenang. Patient itu umur dah 66 tahun tapi masih bekerja keras untuk sara hidup
Lepas itu aku macam reflect, betullah. 2 nikmat berharga yang golongan muda selalu lalai and tak hargai :
1) Waktu yang lapang
Masa belum kahwin ini, boleh buat pelbagai kebaikan, kerja elok elok, pergi aktiviti sane sini, sumbang terbaik untuk masyarakat, kumpul duit untuk bekalan hari tua and untuk sedekah juga.Dah kahwin nanti, kerja,suami anak anak, sedar sedar saja dah tua. Tak sempat dah nak buat apa.
2) Badan yang sihat
Banyakkan tenaga kita ada? Muda. Tak ada muscle weakness ke apekan. Tapi apa kita buat? Tidur, takpun lepak lepak, borak borak. Bukanlah nak cakap tak boleh , boleh saja tapi tahulah batasnya. Jangan melampaui batas. Bila dah saket, nak beribadah pun tak dapat. So please look after ur health properly!
Pesanan Ustaz Pahrol untuk golongan remaja, muda mudi, ditujukan khas pada diri ini terutamanya and siapa yang terbaca.
"Sibukkan diri dengan kebaikan banyak banyak sampai terasa letih, tak sempat untuk buat kejahatan."
Antara aktiviti dianjurkan:
1) Budaya membaca; especially Al-Quran, dampingi and baca Al Quran
2) Libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan secara berjemaah
Since post before this pernah cakap, hati organ paling berpotensi untuk tak konsisten. Inilah antara usaha yang kita sama sama boleh buat untuk bawa hati ingat Allah.
1) Bila resah, ingat saat indah (Haha ini lagu rem :p) Bukan itu. Tapi wudhuk, solat 2 rakaat.
2)Dampingi Al-Quran
3)Punya ustaz/guru/ kawan kawan yang baik kerana aura mereka boleh jadikan hati tenang
4)Puasa; bila puasa, lapar, nafsu dilemahkan, hati mula bercahaya.
5) Mengunjungi program menuntut ilmu.
Dengan rasa diri yang banyak kelemahan, tujuan post ini ditulis khususnya ditujukan kepada diri sendiri, sebagai peringatan, kerana masa berlalu pantas, nanti sekiranya panjang umur,tak nak dah tua menyesal sebab masa muda tak cukup buat kebaikan.
Nauzubillahminzalik.
12 comments
peringatan untuk kita semua...
hurm menginsafi diri sendiri...
muhasabah diri seketika
Terima kasih untuk entry ni. Dapat bg saya pengajaran :-)
Nasihat yg bagus utk kaum muda ni,
kdg2 kita alpa dgn nikmat yg ada smpai tak terfikir akan masa depan.. thanks for sharing ^^
salam
Hari hari ingat mati..bunyi spt menakutkn,tapi itulah...
salam
Hari hari ingat mati..bunyi spt menakutkn,tapi itulah...
salam
Hari hari ingat mati..bunyi spt menakutkn,tapi itulah...
saya pun akan jadikan ini sebgai peringatan utk diri saya...
rs x sanggup nak baca..sedih..peringatan tuk kita...
ambil pengajaran untuk diri..
btol tue kdang2 diri sndiri lalai. muhasabah diri!! thanks awak :)