Kita menghormati dan menghargai mereka yang berdakwah secara ikhlas, tetapi ikhlas itu perlu benar. Kalimah ahsan (al Mulk 67:2) merujuk kepada amal soleh yang benar dan ikhlas. Tidak boleh ikhlas untuk solat Zohor 3 raka'at, kerana yang benar ialah 4 raka'at. Keikhlasan itu tiada makna jika tidak benar. Jika tidak mampu berdakwah dengan ilmu, maka berdakwahlah dengan akhlak. Ilmu, amal, akhlak saling melengkapi.
*Hendaklah kamu berilmu sebelum memimpin.
Bila datang hal agama, kenapa kita jadi jumud dan tidak kritikal? Adakah kerana sami' na wa ato' na (kami dengar dan kami taat) Tetapi untuk masalah lain, ekonomi, sains, makanan, pekerjaan, sempat pula kita jadi kritikal.
dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.
*Hendaklah kamu berilmu sebelum memimpin.
dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.
[Yunus 10:100]
Menurut Tariq Ramadan didalam bukunya, In The Footsteps of The Prophet,
Menurut Tariq Ramadan didalam bukunya, In The Footsteps of The Prophet,
ketika turunnya ayat, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal," [ali Imran 3:190], Rasulullah SAW menangis sepanjang malam. Apabila Bilal bertanya kenapa baginda Rasulullah SAW menangis, baginda SAW menjawab, 'celakalah mereka yang mendengar ayat ini, tetapi tidak berfikir dan bertadabbur mengenainya.'
Rakyat Malaysia mempunyai satu mazhab baru, iaitu mazhab aku-tidak-peduli. Mazhab ini tidak ada kenapa mengena dengan wahabi atau wasati. Ia lahir akibat ketidak-pedulian masyarakat terhadap negara, alam sekitar, ajaran agama. Kata Muhammad Asad, manusia perlu diajar/belajar untuk mengenal dosa agar mereka mempunyai sensitiviti terhadap dan mampu mengelakkan dosa serta bertaubat.
Kita menulis, dan malaikat juga menulis. Berhati-hati dengan apa yang kita tulis.
Kita menulis, dan malaikat juga menulis. Berhati-hati dengan apa yang kita tulis.
5 comments
ha dah comel font blog ni :D
sokong sangat bab mazhab baru masyarakat malaysia la ni
mungkin boleh diperincikan lagi
MashaAllah nice video & Entry,
Begitu amanah & jujur Amir Islam ketika itu mentadbir negara.. Kalau di Negara Malaysia ini pemimpinnya kekenyangan diwaktu yg sama ramai lagi rakyat yg kelaparan di luar sana..
Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin :)
benar.samalah macam TA
jangan sebarkan fitnah.. itu lagi besar dosanya..