oh! ha baby ni kiuut!
Kelmarin, lepas balik kuliah, singgah KFC, muka pelayan semua macam singa lapar nak makan orang. Tahulah awak penat letih tapi mana awak letak etika awak sebagai seorang pekerja. Saya belajar Human Resource dalam business. Mungkin awak perlu pergi training dan belajar lebih lagi communication skills. Pelik. Macam manalah bos awak boleh employ awak. Customer boleh lari buat rugi saja.
Kalau dah tak tahu nak senyum sangat dan malas nak layan kerenah customer pergilah kerja lain. Kerja yang tak berurusan dengan manusia. kerja dengan mesin.Buatlah muka macam mana sekali pun sepanjang hari pun tak apa mesin itu bukan nya hairan pun.
Dalam hidup ini, tak kisahlah moody macam mana pun, budi pekerti kita harus dijaga. Bukan setakat orang lain akan suka berurusan dan dosa kita kurang, Allah dan Nabi Muhammad pun sayang.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya Allah Maha Pemurah menyukai kedermawanan dan akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah/hina."
-HR. Al-Hakim (I/48), dari Sahabat Sahl bin Sa’ad z
Aku tidak gemar mengkritik orang sebab baju dekat badan sendiri pun tak habis lagi ukur tapi saja nak luahkan perasaan dan nak ingatkan diri sendiri.
Orang berbudi kita berbahasa. orang memberi kita merasa.
6 comments
baikk..thank's utk peringatan ini :)
betul tu.. bukan ke ada adab melayan tetamu ^^
dan dalam bahasa omputih pun ada kata customer is always right
benar, budi bahasa budaya kita. :)
@Everything's Everythings :D betul2..
@Muhammad Firdaus Bin Kamarudin sohih!
Muka diorang macam singa lapar nak makan orang mungkin sebab diorang baru jer kena marah ngan Manager sebab asyik mempamerkan muka macam harimau lapar mahu makan orang. :-p