1) Riwayat dari A’masy (perawi hadith, salah seorang dari 4000 guru Imam Abu Hanifah) katanya:
Telah lambat Jibril Alahissalam atas Nabi s.a.w. kemudian datang ia maka sabdanya ” Apa yang menahan dikau, ya Jibril?” Katanya ” Betapa aku datang kepadamu dan kamu tidak potong kuku kamu dan misai kamu dan tidak membasuh jari kamu dan kamu tidak bersugi”. Kemudian ia membaca:
Maryam [64] Dan (berkatalah malaikat): Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad)
(Dari Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub)
Rasulullah s.a.w. bersabda “kalau orang simpan kuku panjang, syaitan berlari atas kuku yang panjang”. Dalam kuku panjang ada kuman dan kotoran.
2) Dalam kes yang lain pula Nabi bertanya kenapa Jibril lambat datang, Jibril berkata:”Aku tidak pergi ke tempat yang gambar dan ada anjing”. Dekat kawasan rumah Nabi pada masa itu ada anjing.
Begitu juga apabila manusia berjunub, Malaikat bawa rahmat tidak masuk hinggalah orang itu mandi junub. Malaikat lain tetap masuk.
3) Jibril juga lambat datang semasa nabi ditanya soalan oleh orang kafir mengenai:-
Siapa itu Ahli Gua (Ashabul Kahfi)
Siapa Iskandar Zulkarnain?
Urusan roh, apa itu roh?
Nabi s.a.w berjanji pada mereka untuk memberi jawapannya pada esok hari kerana kebiasaannya beliau terus dapat jawapan. Tetapi Jibril lambat datang selama 15 hari kerana Nabi lupa mengucapkan InshaAllah.
Al-Kahfi [23] Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. [24] Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah ………
Jawapan kepada 3 persoalan tadi:
Ashabul Kahfi ialah orang yang beriman yang lari dari raja dan masuk ke gua bersama anjing mereka dan tidur selama 309 tahun seperti dalam surah Al-Kahfi dalam ayat 9 dan seterusnya.
Al-Kahfi [22] (Sebahagian dari) mereka akan berkata: Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka dan setengahnya pula berkata: Bilangan mereka limaorang, yang keenamnya ialah anjing mereka secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang dan yangkelapannya ialah anjing mereka…..
Anjing mereka ini adalah ahli syurga.
Al-Kahfi [25] Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
Kisah Zulkarnain juga diceritakan dalam Surah Al-Kahfi mulai ayat 93 dan seterusnya dimana beliau ialah seorang raja yang memerintah dari timur ke barat telah membina benteng untuk mengurung Yakjud dan Makjud.
Israa [85] Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja
Manusia yang bijak, saintis tak boleh faham masalah roh. Tiada siapa yang mampu cipta Roh, tuhan bagi ‘free’ roh kepada makhluknya. Setiap makhluk mempunyai roh yang berbeza. Roh lembu, kambing, manusia berbeza.

6 comments
nice ~
Bagus entry ni Lynn..
well said..nice sharing.
terima kasih atas perkongsiaanya, jazakallahu khairan :)
alamak!! sejak seminggu ni anjing liar duk pakat2 singgah belakang umah aku. dah halau, pastu dtg balik. abis la malaikat tak datang umah aku :(
first time baca cerita ni. thanks for sharing :)