Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat sesak nafas semasa bermain sejenis permainan berbahaya yang kini dikatakan menjadi kegilaan di internet.
Brandon Stine (gambar) ditemui mati di dalam biliknya di Michigan, Detroit.
Ibu bapanya percaya bahawa anaknya itu telah bermain permainan “pass out”, di mana pemain-pemain akan dengan sengaja menghentikan pengaliran udara ke otak agar mereka tidak sedarkan diri.
Di dalam permainan ini yang juga dikenali sebagai tap out, hangman, elevator, dan blackout, kumpulan remaja biasanya akan berpasangan di mana dua orang pemain ini akan menghentikan pengaliran udara ke otak antara satu sama lain dengan cara mencekik leher. Dengan ini individu yang dicekik akan hilang kesedaran (pengsan) untuk jangka waktu yang singkat. Namun permainan ini juga boleh dilakukan sendirian.
Baru-baru ini permainan ini mendapat publisiti yang begitu hebat terutamanya di internet, apabila ramai remaja yang berkongsi gambar di facebook serta memuat naik video mereka yang sedang memainkan permainan ini di Youtube untuk dikongsi bersama rakan-rakan remaja lain di internet.
Sebuah badan bebas, The Dangerous Behaviours Foundation, DBF (Yayasan kelakuan berbahaya) yang mengambil langkah-langkah untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang bahaya dan risiko kelakuan remaja, melaporkan 26 kematian disebabkan permainan “pass out” ini di Amerika Syarikat tahun ini sehingga bulan oktober. – Malaysiantabloid
korang pernah main game ni tak?
ila liqa'
16 comments
perghhh..bahaya betul game ini.. sekarang semua orang makin berani..
@muhammad asyraf akhir zaman
cepat buat report tu..
hehe
ya allah..permainan yg bahaya tu jgk depa main
@~MiZz Atie ZieYa~kenapa agaknya? rasanya mereka tahu tak at the end akan jadi macam ni.
@Raimi Syazwan ♌¹³ nak tidur sekejap.nanti bangun buat report.hewhew.
MashaAllah.. teruknya
sebab tu budak2 sekarang xboleh sambil lewa surf internet takut termasuk website yg bukan2
Hahah lab report blog eh xD
xde keje sangat dah...huhu
kita dulu main ting ting dgn batu seremban x pun galah panjang...sihat wal'afiat jer..
hihihi...dunia...
da tade keje agknye dyorg nie =.="
tak sangke ek...ade jugak game boley bawak maut...huhuhuu..bahaye tol zaman sekarang ni..
masyaallah...takut pulak dengar..
macam takde game lain je diaorang nak main yee? haihh. =.="
Ishk pelik2 la game zaman la ni...mmg kena pantau lebih la setiap kegiatan anak akak bila dah besaq nnt
uish... gila betul game ni... ada juga yang main..
level giler punya game, erkk...