Pembunuhan Beramai-Ramai Orang Islam Rohingya di Myanmar


NAUZUBILLAH..

Palestin
Syria
Pattani, Thailand
Burma

Umat Islam kita dibunuh, di manakah kita dalam memperjuangkan Islam yang setiap hari kita sebut?

Malaysia senang saja, kita berjuang untuk naikkan ISLAM, kita tidak berBUNUHAN, kita hanya perang MINDA, JIWA.. sebab itu semangat JIHAD kita tidak sekental mereka yang DISEMBELIH HIDUP-HIDUP!!! 

Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam..


"Sesungguhnya, orang mukmin itu bersaudara."

“Barangsiapa tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” (HR Thabrani)

Tidakkah kita gerun mengenangkan hadis baginda ini?

-----

Sila berikan pendirian anda dan sebarkan mengenai berita ini.Masih ramai lagi yang tidak tahu akan peristiwa yang berlaku di Myammar ini.

1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.

4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .

17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!


Sekian






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Contest ' Saya nak Doodle dari AinaSyafiqah '


nak join klik sini
aiwah! animated doodle tuh!

nak tulis - http://ohgadisitu.blogspot.com/
code warna - black

syukran!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bagaimana nak buat solat terawikh bersendirian?



Soalan; saya ada dua soalan;

1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?

2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. 

Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).



2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Wanita India Ini Paling Kerdil Di Dunia



NAGPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.
Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.
Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.

“Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini,” katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.
Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter.
p/s- ..comeeeel..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bajet bagus


Manusia suka perasan hebat, mereka bangga diri (ujub) dengan kehebatan/kejayaan seperti 1st class honours, ada PhD, jadi ahli politik, artis dan tak kurang juga ahli jemaah Islam. Lebih keji lagi apabila mereka mengaku hebat dan mahu jadi 
lebih hebat dari orang lain. Perangai ini sama seperti perangai iblis/syaitan, yang mengaku lebih baik daripada Adam AS. 


Malah pemikiran 'mahu jadi lebih hebat dari orang lain' adalah pemikiran iblis/syaitan. People don't have to waste their time on beating others, they ought to find their own values and virtues. Berhentilah jadi seperti iblis dan berfikir seperti iblis ! Kita adalah manusia.



p/s- Bajet bagus je Serbia bila menang lawan Germany semalam masa Olympic Volleyball. Poyo betul.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Adakah sah puasa jika belum mandi wajib?


sekadar pengkongsian..

Assalamualaikum

Ustaz, adakah sah puasa seseorang sekiranya dia masih belum mandi wajib sehingga terbenam matahari??

JAWAPAN

Puasa bagi orang yang terlibat dalam soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.



Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-



أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ



Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " (Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779)



Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.



Ummu Salamah menjawab:-



كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَايُفْطِرُ ولا يَقْضِي



Ertinya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi, kemudian baginda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" (Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih)



Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. (al-Majmu', An-Nawawi, 6/309) Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215)



Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.



Sekian

sumber -http://www.zaharuddin.net/


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH.


 

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.


Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM,


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kenapa Islam diam Olimpik bulan puasa?





ISLAM - orang Islam dan negara Islam – bukan saja wajah bahkan mustahak menyertai Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali itu.


Banyak manfaat dunianya yang boleh didapati daripadanya kerana ia menghimpunkan manusia dari semua bangsa dari seluruh dunia dari berbagai agama dan berbagai ideologi dan kepercayaan.


Boleh dijalin hubungan diplomatik, dagang, politik, kebudayaan dan lain-lain. Sebagai haji mengumpulkan semua umat dari berbagai latarbelakang hidup dan benua bagi mendekatkan diri kepada Allah, Olimpik membawa ahli dan peminat sukan, di samping bertanding juga bertukar-tukar pengalaman.


Dari sudut apa Olimpik itu boleh mendatangkan pahala dan dapat mendekat diri kepada Allah tidak dapat hendak dibayangkan, tetapi penyertaan orang Islam dikira wajar dan munasabah. Faedahnya antaranya Islam tidak terpencil dalam himpunan masyarakat dunia, dan tidak akan difitnahkan agama yang tiada sukan dan riadah.


Oleh kerana Negara Islam patut hadir, walau pun syiar Islamnya tidak nampak, tetapi wajarlah umat Islam peka ia tidak diadakan dalam bulan Ramadhan, ketika mana umat Islam wajib berpuasa dan puasa itu tidak sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah puasa perut dan tekak serta puasa nafsu.


Takwim Olimpik telah disusun awal. Telah lama duta-duta Islam tahun Sukan Olimpik London 2012 diadakan dalam bulan Ramadhan.

Dan sepatutnya umat Islam mengingatkan kepada Majlis Olimpik Dunia itu tidak mengadakannya dalam bulan puasa. Jika sebuah atau dua buah negara menyampaikan mesej itu mungkin ia tidak diperhatikan, tetapi semua badan Islam dan OIC minta ia diinjak kepada masa yang lain supaya ia tidak mengganggu ibadat orang Islam.



Jika OIC membuat keputusan tidak menghantar wakil dalam sukan itu dalam bulan Ramadhan, kalau pun Majlis Olimpik tidak melayannya, tetapi tuan rumah berfikir dua kali.

Britain berbelanja besar untuk menjadi tuan rumah, kiranya semua anggota OIC tidak menghantar wakil, Britain tidak akan dapat semaksima faedah dari temasya itu.

Temasya itu member peluang pelancongan buat negeri itu. Yang datang serentak itu bukan para atlit dan pegawainya saja, tetapi peminat sukan di kalangan orang Islam juga ramai dan jumlah mereka lebih ramai dari orang-orang terlibat.

Orang Islam tidak peduli jika ia hendak diadakan dalam musim haji. Mekah dan Madinah tidak akan jadi kota sunyi jika sukan itu diadakan musim itu.

Tetapi banyak eloknya jika Olimpik itu dibuat luar musim haji.

Tidak akan timbul di kalangan masyarakat dunia betapa Islam hendak mencampur adukkan agama dengan sukan yang membebaskan semua dari sentiment agama masing-masing. Mungkin orang Eropah dan Amerika akan memperleceh ingatan orang Islam itu. Tetapi suatu hakikat penganut Kristian mereka tidak mahu diganggu dalam musim menambut hari Natal.

Apa jua kegiatan besar baik dalam negeri mahu pun antarabangsa, masyarakat barat yang rata-rata penganut Kristian, tidak mahu ia diadakan dalam musim perayaan Natal itu.

Malaysia ada pengalaman institusi pengajian tingginya hendak mengadakan peperiksaan di hujung tahun. Kerana ramai juga tenaga di kampus-kampus terdiri dari orang Kristian, masing-masing telah membuat persiapan awal untuk balik cuti Krismas ke negara masing-masaing dalam bulan perayaan itu.

Sekali pun tenaga itu bukan majoriti, tetapi urusan yang diperlukan terganggu kerana ketiadaan mereka.

Kalau masyarakat dunia telah ada ketetapan musim perayaan Natal tidak boleh diganggu, maka adalah pandangan yang wajar dan amat rasional bagi umat Islam menyampaikan pandangaan, eloklah temasya olimpik tidak diadakan bulan Ramadhan.

Mungkin ada ulama yang memberi fatwa demi negara dan bangsa dan bla bla bla tidak mengapa orang Islam berolimpik bulan puasa. Apa pun payah bagi kita menerima hal-hal seperti itu boleh difatwa.

Kerana ia diadakan di bulan barakah itu, bukan orang ke London saja tidak mampu menumpukan urusan ibadatnya, orang tidak pergi tidak dapat menumpu ibadatnya. Masa untuk berzikir telah dicuri oleh program TV mengenai Olimpik.

Malangnya semua orang Islam diam. Ia tanda mereka belum jaga.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Dakwah it is not about title,pangkat




Pada umumnya manusia tidak suka dipersalahkan, apa lagi kalau teguran itu disampaikan kepadanya dengan cara yang tidak baik atau dengan bahasa-bahasa kesat.


Tak ada gading yang tak retak, tak ada manusia yang sempurna, selalu ada kelemahan dan kekurangannya.

Setiap manusia mesti mempunyai kesalahan dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat kepada Allah, menyedari kesalahannya, lalu menyesal dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi.

Oleh kerana  itu, nasihat-menasihati menuju kebenaran harus digalakkan, bagi yang dinasihati seharusnya ia berterima kasih kepada orang yang telah menunjukkan kekurangan dan kesalahannya, hanya saja hal ini jarang terjadi.

"Aku junior,mane bleh nk tegur akak tu pakai tudung nmpk rambut"
"Aku adik,mcm mana nak tegur abg bercouple"
"Alahai,sama2 geng kot,susah lah nak tegur dia tak jaga ikhtilat"
"Kite ni anak je,bleh ke nak tegur mak ayah buat silap?"
"dia ketua batch,aku rakyat bese je kot..tak boleh nih"
"biro rohani je layak tegur,aku biro makanan je..."

even bilal bin rabah,hamba,kulit hitam
Duk kena hempap bawah batu pun still sebut "ahad"
Kita duduk atas kerusi selesa,nampak kemungkaran pun bleh pejam mata,buat tak tau.huh!

Everyone ada peranan,even you only nothing on the eyes of human,but Allah knows every single thing.

Kamu arabikha azlynn ? apa hang duk buat? goyang kaki je ke?
=="

Allahuakbar..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


cara melamar perempuan -USTAZ AZHAR IDRUS





kata ustaz.. straight to the point je..
ini adalah cara yang betul di sisi Agama Islam.. bukanya, 'assalamualaikum cik adik yang cantik.. tak jawab dose..' :)

betul tak?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Orang Islam Di Myanmar Diperlakukan Dengan Kejam






Belum reda keadaan Umat Islam yang dibunuh dengan kejam di Syria. Kini berlaku pula kejadian bunuh dan siksa terhadap penganut Islam Rohingya di Myanmar.

‘Kami meninggalkan Myanmar kerana kami diperlakukan dengan kejam oleh tentera. Umat Islam di sana kalau tidak dibunuh, mereka akan disiksa.’

Begitulah kata-kata seorang penganut islam yang melarikan diri bersama beberapa rakan dari Myanmar dengan menumpang perahu tradisional. Berlayar dengan sedikit bekal. Ditambah pula enjin perahu yang mereka tumpang itu rosak, penganut islam Rohingya menderita di lautan.

Akhirnya mereka ditemui oleh nelayan Aceh dalam keadaan lemah. Menurut cerita, mereka terumbang ambing omabk di lautan selama 20 hari. Mereka ingin pergi ke Indonesia, Malaysia, atau negara lain yang mahu menerima. Demi menyelamatkan diri dan akidah mereka rela kelaparan dan kehausan di tengah lautan.

Sejak 1982, Undang-Undang Kewarganegaraan Burma tidak mengakui Muslim Rohingya sebagai warga negara Myanmar.



Siapakah umat Islam Rohingya?




Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.



Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Sabda Rasulullah

‘“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :

1. Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.

2. Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.

3. NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.

4. Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.

5. Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.

6. Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.



Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim.


Kanak-kanak Rohingya

Slide3
dilayan seperti hamba








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen : BlogWalking Dari Blog Ke Blog"




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


August 2012 Blog Giveaway



KLIK BANNER & JOIN!
tamat segmen pada 11.59pm on 31th of August 2012



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


The story Of Omar




Pengenalan diri adik Umar yg seberani namanya, selantang tokoh umar al-khattab~
*terasa malu pada adik kecil berjiwa besar ini
U_U


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen : Bloglist Ogos Permata Perjuangan"



KLIK banner dan JOIN!
Tarikh tutup segmen ini adalah sehingga 5 OGOS 2012
join ramai-ramai ye!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BETULKAH NIAT PUASA KITA?



ini hasil kajian :
kalo kat mesia,
keje duk round bazar dgn shopping mall~~
sob2...

ramadhan umat zaman kini
jauh sungguh bezanya
dengan ramadhan umat zaman dulu
T_T

ya Allah,smoga kami jadi hamba yang bertaqwa dengan kunjungan ramadhan kali ini!



Tahukah anda apakah niat puasa yang seharusnya kita niat didalam hati kita? Antara niat yang selalu kita baca adalah seperti dibawah ini:-


Ini adalah niat secara zahirnya tetapi apakah niat yang seharusnya ditanam didalam hati kita sepanjang sebulan kita menunaikan ibadat di bulan Al-Mubarak ini.

Kata orang apa yang kita niat itu juga yang kita dapat. Begitu juga hadits yang pertama didalam Sahih Bukhari :-

“Sesungguhnya didalam setiap amal itu bermula dengan NIAT”

Ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa ganjaran melainkan penat dan lapar. Ini kerana mereka memasang niat bukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Didalam berjuta umat Islam diseluruh dunia ini yang sedang menunaikan ibadah puasa ini masing-masing mempunyai niat yang berbeza.

Bagi anak-anak kecil yang belum akil baligh dan belum diberi ganjaran pahala dan dosa kita selalu menjanjikan hadiah sekiranya mahu melatih mereka berpuasa. Ini tidak salah kerana ini hanya satu permulaan bagi mereka yang baru belajar berpuasa. Mereka juga belum lagi diwajibkan untuk berpuasa.



Dibulan Ramadhan ini ramai yang menunggu peluang untuk berniaga demi mencari rezeki yang halal dan juga untuk menambahkan pendapatan sebelum menjelangnya hari raya. Ini dapat dilihat dengan banyaknya Bazaar Ramadhan yang tumbuh dimerata tempat.

Bagi yang menjual pakaian dan kelengkapan berhari raya juga turut menjadikan bulan ini sebagai punca pendapatan yang selalunya melebihi dari bulan-bulan yang lain.

Ramai juga surirumah yang menjadikan bulan ini untuk menjual kuih raya, kek dan juga set pinggan mangkuk untuk mejana pendapatan tambahan.

Dewasa ini ramai yang mempunyai masalah berat badan atau obesity. Mereka telah mencuab berbagai kaedah dan yang paling popular adalah diet ataupun cara pemakanan yang sihat dan juga kurang makan. Dengan tibanya bulan Ramadhan mereka berharap dapat mengurangkan setidaknya 5 hingga 10 kg dari tubuh yang berat ini.

Dikalangan perokok mungkin inilah peluang bagi mereka untuk mengurangkan kadar merokok dan lebih baik sekiranya dapat terus berhenti dari merokok. Dengan ini mereka dapat mengurangkan kos untuk bulan ini dan kesihatan juga akan meningkat.

Banyak lagi mereka yang menunggu ketibaan bulan Ramadhan ini untuk perkara yang disukai oleh nafsu mereka. Mereka yang bekerja akan menjadi semakin malas dan menjadikan puasa sebagai alasan untuk kurang meningkat prestasi kerja.

Bagi mereka yang ‘kaki makan’ dibulan puasa ini mereka akan menjadikan satu pesta makan selama sebulan. Apabila waktu berbuka maka akan terhidanglah beraneka menu yang menyelerakan dan tidak terdapat pada bulan-bulan lain.



Bagi yang mempunyai duit yang lebih akan berbuka di restoran mewah ataupun ala buffet dihotel terkemuka. Setiap orang akan membayar sebanyak RM50 sehingga RM100 lebih untuk mengisi perut yang tidak sebesar mana. Sedangkan duit itu bagi orang miskin boleh digunak selama seminggu atau lebih.

Mari kita perbetulkan niat puasa kita. Untuk apakah kita berpuasa dan apakah tujuan yang sebenarnya patut kita lahirkan didalam hati ini?

Puasa adalah perintah dari Allah untuk setiap hambaNya yang beriman. Puasa adalah tanda kita bersyukur kepada Allah. Kita berpuasa kerana Dia dan bukan untuk orang lain. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu adakah kita berpuasa ataupun tidak.

Tiada siapa yang tahukan apakah ganjaran bagi mereka yang berpuasa kerana Allah SWT akan memberinya sendiri ganjaran itu. Bulan Ramadhan adalah bulan Rahmat, Pengampunan, keberkatan dan pembebasan dari api neraka Jahannam.

Dengan berpuasa nafsu kita akan terdidik agar dapat mentaati perintah Allah SWT. Dengan berpuasa kita juga dapat merasai segala kesusahan akibat menahan lapar sepertimana yang dirasai oleh kaum fakir dan miskin.

Berpuasalah kerana Allah SWT dan untuk Allah SWT, insyaallah Dia akan memberikan ganjaran yang besar, pahala yang berlipat ganda, pembebasan dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga dan kekal buat selama-lamanya.



SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


hadiah menang segmen dah sampai!



SYUKRAN! alhamdulillah gembiranya...
dapat hadiah PURSE BAG from

...encik posmen hantar tadi pagi..
senyum meleret2 sebab dah dapat teka ..
eheee! suka sangat kaler pink putih bunga2 lagi...
^_^
 nak tahu ?? klik SINI dan finally SINI

jazakallah khairan..

dipersilakan ramai-ramai kita terjah belog cik aiza..
sambil terjah boleh belajar!
kat sini

"selamat bersahur"





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Baru 4 hari sudah 22,263 benci lagu Janji Ditepati





(Lagu Janji Ditepati yang mencipta sejarah apabila sangat ramai menyatakan benci kepadanya)



KUALA LUMPUR: Baru empat hari disiarkan di Youtube, namun sudah 22,263 orang menyatakan benci kepada lagu tema Kemerdekaan ke 55 berjudul 'Janji Ditetapati'.

Hanya 313 sahaja menyatakan suka kepada lagu yang penuh mengampu kerajaan BN ini.

Pendekata, setiap kali lagu ini di'referesh', bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah.

Lagu yang mengambil masa 3:36 minit penuh dengan puji-pujian kepada kerajaan BN.

"Ini bukan lagu tema Hari Merdeka, ini lagu Barisan Nasional. Rais...betul? admit sahajalah..." tulis salah seorang pengunjung yang mendengar lagu ini.

Sebelum ini, Menteri Penerangan dan Kebudayaan serta Warisan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengumumkan penarikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 selepas mendapat bantahan ramai.

Ekoran itu, beliau mengumumkan,logo 1 Malaysia sebagai logo rasmi Hari Kemerdekaan kali ini.

Orang ramai juga membantah tema sambutan iaitu 'Janji Ditepati' kerana ia adalah tema kempen BN.

Kini lagu sempena sambutan ini juga dibantah pelbagi pihak.

Berikut adalah lirik lagu Janji Ditepati yang mendapat bantahan menyeluruh ini.

Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia


err..janji dicapati?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Awas!!! Sindiket tabur skru di jalan raya




Kelihatan deretan skru yang tertusuk ke dalam tayar.

UNTUK PERHATIAN SEMUA

Kini terdapat sindiket menabur skru di jalanraya bagi merosakkan tayar kenderaan. Sindiket jahat ini mungkin didalangi individu atau bengkel kenderaan tertentu.Mohon pihak berkuasa menjalankan pemantauan bagi mengelakkan tragedi yang lebih teruk berlaku.

Terbaru seorang pemandu yang melalui selekoh Jalan Duta berhampiran Tol Jalan Duta mendapati tayar keretanya terkena 16 batang skru pada kedua-dua biji tayar.Beliau terpaksa menukar kedua-dua tayar keretanya kerana terlalu banyak lubang pada tayar dan sukar ditampal lagi.

Sebelum ini pun terdapat kes yang sama terkena pada penunggang motosikal.

Harap semua berhati-hati terutama di musim perayaan bagi mengelakkan tragedi...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Awak..Saya Tak nak Pakai Tudung Boleh Tak?





Bismillah

... pernah dengar tak ayat yang nadanya sebegini "buat apa saya nak hipokrit! saya memang jenis yang tak pakai tudung pun! inilah diri saya yang sebenar! buat apa nak berpura-pura.. orang yang pakai tudung tu pun bukannya baik sangat!" dan bila terdengar hujah sebegini, kita pun terpaku. lidah kita pun menjadi kelu. tak pandai nak berhujah rasanya dengan orang yng macam ni.. betul kan?

teringat kata-kata guru saya "jika sesuatu hujah tu dari seorang yang fasik, semestinya hujahnya rapuh. sebab yang menjadi inspirasi bagi orang fasik ialah syaitan.. dan tipudaya syaitan sangatlah lemah.."

mari kia analisis hujah tadi.. apabila kita berhadapan dengan orang sebegini.. kita seolah-olah dikaburi oleh sikapnya yang jujur dan tidak hipokrit.. justeru, yang nampak ialah kejujuran dan keluhuran budi orang yang berkata-kata.. namun, apa yang diselindungkan dari kita ialah kedurhakaannya pada perintah Allah.. seolah-olah dia berkata.. takpelah kalau derhaka pun asalkan dia jujur.. tak apelah kalau rambut saya buat maksiat, yang penting hati saya bersih.. betul kan?

jika kita berhadapan dengan orang sebegini, apa yang perlu kita buat? saya cadangkan beberapa step..

1- soal balas dia dengan ajukan pertanyaan.. siapa yang kata bahawa lebih baik tak pakai tudung tapi jujur daripada pakai tudung tapi hipokrit? ulamak mana yang kata? kitab mana? guru mana? kalau dia tak boleh nak jawab maka teranglah ulamaknya ialah syaitan.. kitabnya ialah syaitan dan gurunya ialah syaitan!

2- bagi dia satu persoalan dalam bentuk analogi: jika seorang ayah mempunyai dua orang anak yang jahat. seorang berpura-pura baik dan amat bersopan depan ayahnya, manakala yang sorang lagi terang-terang menunjukkan kejahatannya di depan ayah. soalan saya: siapakah yang akan kena pukul dahulu?

3- soalan lain: seorang pencuri yang berlakon alim, dengan seorang pencuri yang menzahirkan kejahatannya. yang mana kena tangkap dahulu?

4- selepas membaca analogi saya tadi apa pendapat anda? mana yang lebih baik? yang bertudung tapi hipokrit atau yang tidak bertudung tapi jujur?

begitulah step yang saya susun untuk berhujah dengan orang sebegini. apa yang penting, berusahalah untuk meletakkan kejujuran ditempat sepatutnya.. jangan disalahletakkan.. 

dan janganah hendaknya kita meletakkan kasut di tangan sambil berkata, "saya meletakkan kasut di tangan disebabkan saya berjalan dengan kaki.. " seseorang yang waras sekali-kali tidak akan dapat memahami kata-kata anda itu..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


[Video] Saksikan Usaha Mengeluarkan Mayat Dari Perut Buaya!


pertama nak bagitau ngeri! ngeri!
[Video] Saksikan Usaha Mengeluarkan Mayat Dari Perut Buaya!

Buaya merupakan haiwan yang sangat digeruni 
kerana kemampuannya untuk membunuh manusia dan haiwan.

Kemampuannya bergerak dalam diam sebelum melibas dan
 membaham mangsanya sering menjadi igauan ngeri sesiapa
 saja terutama yang mendiami kawasan pinggiran sungai.

Di sini disertakan sebuah klip video mengenai bagaimana usaha
 orang ramai mengeluarkan mayat dari perut seekor buaya yang berjaya dibunuh.


Video yang tidak diketahui lokasi dan tarikh ini secara tidak 
langsung membuatkan kita teringat pepatah Melayu lama…
air yang tenang jangan disangka tiada buaya!

okeh! pengsan!! okbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Adam AF berubah bukan untuk sertai parti politik





“Saya mempelajari agama disebabkan ia kewajipan saya sebagai seorang Islam kerana mungkin sebelum ini saya lalai, tetapi itu bukan bermakna saya hendak menyertai parti politik,” kata penyanyi terkenal, Adam AF selepas timbul spekulasi dia bakal menyertai sebuah parti politik berikutan perubahannya yang kini mendalami Islam.

Adam atau nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman, 28, berkata, spekulasi itu mungkin timbul selepas gambarnya yang memakai jubah dan berkopiah tersebar di laman sosial.

“Baru-baru ini saya mengikuti tazkirah di masjid di kampung saya di Sabah dan ada orang yang mahu bergambar dengan saya. Saya tidak mempunyai masalah untuk bergambar cuma apabila disebarkan di laman sosial, ia menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga mengaitkan saya kononnya mahu menyertai parti politik.


“Saya tegaskan, saya tidak mempunyai kecenderungan menyertai mana-mana parti politik kerana perubahan yang saya alami sekarang semata-mata daripada hidayah Allah kepada saya,” katanya, semalam.




Adam berkata, Allah memberi hidayah supaya dia memperbaiki diri, bukan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, dia meminta spekulasi itu dihentikan kerana memberi banyak kesan kepada dirinya. Mengenai perubahan dilaluinya, Adam berkata, kesedaran bermula ketika dia menunaikan umrah bersama pelakon, Ashraf Muslim tahun lalu dan dipertemukan dengan seorang haji berusia 22 tahun di Makkah.

“Saya masih lagi dengan karier nyanyian dan terbabit dalam bidang lakonan kerana ia adalah mata pencarian saya setakat ini. Kalau perlu menari, saya akan menari cuma tidak berlebihan.

“Saya sedang memperbaiki diri dengan melaksanakan semua perintah Allah dan masih bergantung kepada bidang nyanyian sebagai sumber rezeki,” katanya.


Adam berkata, dia gembira dengan penghijrahan ramai artis sekarang, cuma baginya seseorang itu tidak boleh terlalu cepat mengisytiharkan dia berhijrah, tetapi masih belum mengenali diri sendiri.


“Kita kenal diri sendiri, kenal Allah dan seterusnya seseorang itu mengikut perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Seseorang yang mengikuti perjalanan itu tidak akan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain,” katanya.

NOTE- 

Agama dibina atas al-hubb wa al-ittiba3 [cinta dan ikut] (Rasulullah SAW) ~ ♥
Cinta sahaja tak cukup; seperti mana Abu Thalib. Tidak bisa memasuki jannah.
Ikut sahaja tak memadai; seperti Abdullah bin Ubai b. Salun. Mengikut Rasulullah saw dlm keadaan berpura-pura. Tetap juga tidak memasuki jannah.
Hanya cinta dan mengikuti Rasulullah SAW yang membawa ke syurga Allah~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mimpi dibunuh, dikejar, ditikam.



Mari berempati dengan mangsa Rohingya ~ dalam filem Behind Enemy Lines I, ditunjukkan pembunuhan rakyat Bosnia oleh tentera Serbia. Kemudian askar Amerika datang sebagai hero (konon-kononnya, poyo betul). Sehinggakan kanak-kanak di Bosnia terpaksa berjalan melompat-lompat untuk mengelakkan periuk api dan dari terlanggar tali bom. Tentera Serbia pada waktu itu memang zalim, kejam dan ganas. (Behind Enemy Lines II jangan tengok, tak best).

Siang puasa, malam tengok movie kejap (wars, assassins, kung fu, wrestling) berdarah-darah kena pancung, bunuh, tikam sampai berkilat-kilat pedang tu dengan darah. Sampai saya mimpi kena kejar dan bunuh. Astagfirullah... 

Cerita Cina kalau tak ada action movie, kung fu, memang tak sah. Hero tu kalau dah pegang lesen hero, tembak macam mana pun tak mati, kena langgar pun tak mati, dah kena tikam pun hidup balik. Haish.... Paling kelakar, jantung ada kat belah kanan. Hehehee....


Sebenarnya tengok movie ni bukannya melepaskan tekanan. Menambahkan lagi tekanan ada la. Pegang lesen hero sampai tak mati-mati pun satu hal. Yang mati hidup balik pun satu hal.

Sejak dua tiga hari ini saya mengalami trauma mimpi yang datang. Mimpi dibunuh, dikejar, ditikam. Semua ini angkara menonton movie/filem peperangan, berdarah, aksi, seni bela diri. Baru saya tahu penderitaan dan pengalaman ngeri mangsa Rohingya. Mimpi saja pun dah takut, kalau realiti... ????




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


‘Si Solehah’




Bukan mudah nak jadi PEJUANG. 


Phone lynn hilangkah?
Ramai pula yang tanya kenapa dah tutup phone. Tak hilang haih, phone simpan dalam almari, kad sim patahkan ja.

Bila dah lama asyik pakai nombor tu, memang nampak cantik, sayang pun sayang kalau nombor tu hilang, tapi benda yang sayang dan suka itulah kena lepaskan.

Mana tahu, dengan nombor tu dan sepanjang menggunakan telefon tu banyak maksiat hati yang kita buat, asyik mesej lelaki ka, asyik terima panggilan atau call lelaki kah tanpa menjaga sebaiknya, kan tak elok namanya.

Allah akan balas cash.... Allah akan buka aib kita kalau kita buka aib orang......

Bersama mantapkan ibadah pada sisa Ramadhan yang masih berbaki...

Bukan setakat berpuasa dari lapar dan dahaga, tetapi berpuasa jaga menjaga perbatasan akhlak...

-Salam Ramadhan Kareem-

PERHATIAN. Sesiapa yang nak contact ana, hanya melalui FB sahaja, sebab phone ana tidak digunakan setakat ini. Kalau urgent sangat contact no ummi ana.
SYUKRAN.

 ‘Si Solehah’

Dalam meniti usia remaja, memikul sebaris nama ‘Si Solehah’ bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya adalah tugas yang sangat berat. Kalau mahu menjadi wanita biasa, yang tidak ada nilainya, ya.. engkau tidak perlu memikul bebanan ‘Si Solehah’, mudah mengatur cara hidup dan bebas bergerak sana sini tanpa batasan.


Tapi, atas dasar nama ‘Si Solehah’ engkau harus menjadi lain dari yang lain. Peribadimu, perwatakanmu, pakaianmu harus berbeza dengan wanita biasa. Saya bukan orang terbaik untuk bercakap mengenai gerangan ‘Si Solehah’. saya juga tidak mampu mengekalkan momentum tarbiyah sebagai seorang ‘Si Solehah’.

Dunia sudah moden, cabaran sana-sini membuatkan kadang-kadang tercalar sebentar peribadi diri. Terikut dengan arus semasa. Pakaian ingin diubah sedikit demi sedikit. Pergaulan dengan lelaki berubah jua.

Di akhir zaman, bertudung litup, berpurdah dipandang kolot. Tidak ada trend, tidak pandai berfesyen. Ya, mungkin ramai yang bertudung , tapi etika bertudung itu harus juga dititik beratkan. Adakah mencapai skala atau etika yang dibenarkan dalam Islam?


‘Si Solehah’, wanita yang sangat unggul. Peribadinya terpuji. Menggeleng sebentar saya tatkala menatap diri sendiri. Masih banyak yang koyak.. masih banyak yang perlu ditampal.


Dulu, mungkin di alam sekolah, di alam diri ditarbiyah oleh kakak-kakak, kita kuat. Suasana dan bi’ah itu yang melenturkan kata, tetapi sekali melangkah keluar dari alam itu, suasana hidup berubah. Pergaulan dengan lelaki menjadi longgar. Arghh. Entah, sukar untuk saya gambarkan dunia yang penuh mencabar ini.

Beruntunglah jiwa-jiwa yang mampu menjadi ‘Si Solehah’ di akhir zaman ini. Kalian jiwa-jiwa yang suci. Susuk tubuh yang terpuji. Subhanallah, moga saya diketemukan dengan insan-insan ‘Si Solehah’ ini supaya menjadi pembakar kepada diri untuk terus istiqamah dalam menjadi muslimah sejati. Amin …


*****


‘Si Solehah’ bukan sekadar cantik di luaran, bahkan cantik dalamannya. Jangan biarkan diri kita hipokrit. Bertudung litup di hadapan semua, berperibadi mulia hanya di luaran, tapi dalaman kita kotor.


Saya akui, wujud benda ini. Jangan bohong. Saya sendiri merasa getaran ‘Si Solehah’ itu adalah getaran yang sangat hebat. ‘Si Solehah’ yang sebenar ibadahnya, dirinya hanya hebat untuk Allah.


Cuba kita lihat diri kita, kita bertudung labuh, tetapi kadang-kadang ibadah kita tidak ambil kisah. Solat lambat, jarang baca quran. Tidak ada nilai jika hanya luarannya tampak Islamik tetapi di dalamnya kita jahil ilmu agama dan rasa ketuhanan kepada Allah. Nauzubillah.


Wahai jiwa-jiwa yang kepingin bergelar ‘Si Solehah’, sama-sama kita tegakkan Islam dalam diri kita. Runtuhkan nafsu yang membelenggu. Hadirkan Allah dan Rasul di hati.


Moga Allah permudahkan urusan kita untuk bergelar ‘ Si Solehah’


Amin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.