ini hasil kajian :
kalo kat mesia,
keje duk round bazar dgn shopping mall~~
sob2...
ramadhan umat zaman kini
jauh sungguh bezanya
dengan ramadhan umat zaman dulu
T_T
ya Allah,smoga kami jadi hamba yang bertaqwa dengan kunjungan ramadhan kali ini!
Tahukah anda apakah niat puasa yang seharusnya kita niat didalam hati kita? Antara niat yang selalu kita baca adalah seperti dibawah ini:-
Kata orang apa yang kita niat itu juga yang kita dapat. Begitu juga hadits yang pertama didalam Sahih Bukhari :-
“Sesungguhnya didalam setiap amal itu bermula dengan NIAT”
Ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa ganjaran melainkan penat dan lapar. Ini kerana mereka memasang niat bukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Didalam berjuta umat Islam diseluruh dunia ini yang sedang menunaikan ibadah puasa ini masing-masing mempunyai niat yang berbeza.
Bagi anak-anak kecil yang belum akil baligh dan belum diberi ganjaran pahala dan dosa kita selalu menjanjikan hadiah sekiranya mahu melatih mereka berpuasa. Ini tidak salah kerana ini hanya satu permulaan bagi mereka yang baru belajar berpuasa. Mereka juga belum lagi diwajibkan untuk berpuasa.
Dibulan Ramadhan ini ramai yang menunggu peluang untuk berniaga demi mencari rezeki yang halal dan juga untuk menambahkan pendapatan sebelum menjelangnya hari raya. Ini dapat dilihat dengan banyaknya Bazaar Ramadhan yang tumbuh dimerata tempat.
Bagi yang menjual pakaian dan kelengkapan berhari raya juga turut menjadikan bulan ini sebagai punca pendapatan yang selalunya melebihi dari bulan-bulan yang lain.
Ramai juga surirumah yang menjadikan bulan ini untuk menjual kuih raya, kek dan juga set pinggan mangkuk untuk mejana pendapatan tambahan.
Dewasa ini ramai yang mempunyai masalah berat badan atau obesity. Mereka telah mencuab berbagai kaedah dan yang paling popular adalah diet ataupun cara pemakanan yang sihat dan juga kurang makan. Dengan tibanya bulan Ramadhan mereka berharap dapat mengurangkan setidaknya 5 hingga 10 kg dari tubuh yang berat ini.
Dikalangan perokok mungkin inilah peluang bagi mereka untuk mengurangkan kadar merokok dan lebih baik sekiranya dapat terus berhenti dari merokok. Dengan ini mereka dapat mengurangkan kos untuk bulan ini dan kesihatan juga akan meningkat.
Banyak lagi mereka yang menunggu ketibaan bulan Ramadhan ini untuk perkara yang disukai oleh nafsu mereka. Mereka yang bekerja akan menjadi semakin malas dan menjadikan puasa sebagai alasan untuk kurang meningkat prestasi kerja.
Bagi mereka yang ‘kaki makan’ dibulan puasa ini mereka akan menjadikan satu pesta makan selama sebulan. Apabila waktu berbuka maka akan terhidanglah beraneka menu yang menyelerakan dan tidak terdapat pada bulan-bulan lain.
Mari kita perbetulkan niat puasa kita. Untuk apakah kita berpuasa dan apakah tujuan yang sebenarnya patut kita lahirkan didalam hati ini?
Puasa adalah perintah dari Allah untuk setiap hambaNya yang beriman. Puasa adalah tanda kita bersyukur kepada Allah. Kita berpuasa kerana Dia dan bukan untuk orang lain. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu adakah kita berpuasa ataupun tidak.
Tiada siapa yang tahukan apakah ganjaran bagi mereka yang berpuasa kerana Allah SWT akan memberinya sendiri ganjaran itu. Bulan Ramadhan adalah bulan Rahmat, Pengampunan, keberkatan dan pembebasan dari api neraka Jahannam.
Dengan berpuasa nafsu kita akan terdidik agar dapat mentaati perintah Allah SWT. Dengan berpuasa kita juga dapat merasai segala kesusahan akibat menahan lapar sepertimana yang dirasai oleh kaum fakir dan miskin.
Berpuasalah kerana Allah SWT dan untuk Allah SWT, insyaallah Dia akan memberikan ganjaran yang besar, pahala yang berlipat ganda, pembebasan dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga dan kekal buat selama-lamanya.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
1 comment
Terima kasih atas Pesanan ni dik..kadang2 kita manusia ni selalu alpa..