Awak..Saya Tak nak Pakai Tudung Boleh Tak?





Bismillah

... pernah dengar tak ayat yang nadanya sebegini "buat apa saya nak hipokrit! saya memang jenis yang tak pakai tudung pun! inilah diri saya yang sebenar! buat apa nak berpura-pura.. orang yang pakai tudung tu pun bukannya baik sangat!" dan bila terdengar hujah sebegini, kita pun terpaku. lidah kita pun menjadi kelu. tak pandai nak berhujah rasanya dengan orang yng macam ni.. betul kan?

teringat kata-kata guru saya "jika sesuatu hujah tu dari seorang yang fasik, semestinya hujahnya rapuh. sebab yang menjadi inspirasi bagi orang fasik ialah syaitan.. dan tipudaya syaitan sangatlah lemah.."

mari kia analisis hujah tadi.. apabila kita berhadapan dengan orang sebegini.. kita seolah-olah dikaburi oleh sikapnya yang jujur dan tidak hipokrit.. justeru, yang nampak ialah kejujuran dan keluhuran budi orang yang berkata-kata.. namun, apa yang diselindungkan dari kita ialah kedurhakaannya pada perintah Allah.. seolah-olah dia berkata.. takpelah kalau derhaka pun asalkan dia jujur.. tak apelah kalau rambut saya buat maksiat, yang penting hati saya bersih.. betul kan?

jika kita berhadapan dengan orang sebegini, apa yang perlu kita buat? saya cadangkan beberapa step..

1- soal balas dia dengan ajukan pertanyaan.. siapa yang kata bahawa lebih baik tak pakai tudung tapi jujur daripada pakai tudung tapi hipokrit? ulamak mana yang kata? kitab mana? guru mana? kalau dia tak boleh nak jawab maka teranglah ulamaknya ialah syaitan.. kitabnya ialah syaitan dan gurunya ialah syaitan!

2- bagi dia satu persoalan dalam bentuk analogi: jika seorang ayah mempunyai dua orang anak yang jahat. seorang berpura-pura baik dan amat bersopan depan ayahnya, manakala yang sorang lagi terang-terang menunjukkan kejahatannya di depan ayah. soalan saya: siapakah yang akan kena pukul dahulu?

3- soalan lain: seorang pencuri yang berlakon alim, dengan seorang pencuri yang menzahirkan kejahatannya. yang mana kena tangkap dahulu?

4- selepas membaca analogi saya tadi apa pendapat anda? mana yang lebih baik? yang bertudung tapi hipokrit atau yang tidak bertudung tapi jujur?

begitulah step yang saya susun untuk berhujah dengan orang sebegini. apa yang penting, berusahalah untuk meletakkan kejujuran ditempat sepatutnya.. jangan disalahletakkan.. 

dan janganah hendaknya kita meletakkan kasut di tangan sambil berkata, "saya meletakkan kasut di tangan disebabkan saya berjalan dengan kaki.. " seseorang yang waras sekali-kali tidak akan dapat memahami kata-kata anda itu..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


13 comments

1 Ogos 2012 pada 4:04 PG

Akak setuju ngan Lynn..ramai ja yg selalu dok jawab camtu bila disoal pasai tudung ni.. Bagi akak biaq kita tak ikhlas pakai tudung tu...tapi lama2 kita pakai..Insyaallah ikhlas tu akan datang dari hati kita akhirnya...

1 Ogos 2012 pada 5:36 PG

Betul2.. pendirian itu tidak kukuh sama sekali..

walaupun kita diajar dari kecil pasal menutup aurat tetapi kenapa orang perempuan islam masih gagal mematuhi perintah itu?? salah siapa?

Jemput datang memeriahkan segmen pertama saya.. http;//lokmanramli.blogspot.com/

1 Ogos 2012 pada 6:16 PG

hope mereka diberi hidayah. dan raihan harap kte yg bertudung juga dpt menutup aurat dgn sempurna. :)

1 Ogos 2012 pada 8:46 PG

kupasan yg menarik.. :)

1 Ogos 2012 pada 8:51 PG

assalamualaikum..
terima kasih ntok entry nh..:)
pernah jumpa ayat-ayat mcm tu (ayat perenggan pertama)
mmg terkelu lidah bila dgr ayt tu & xtw nk kta apa kn..
tp skrg dh tw apa nk buat :)syukran!

1 Ogos 2012 pada 9:53 PG

menutup aurat tu kan wajib..

1 Ogos 2012 pada 11:58 PG

saya copy step2 awak nie.. syukran lynn :)

1 Ogos 2012 pada 2:54 PTG

mekasih kongsi~ biasa jugak berhadapan dengan insan sebegitu~ ape yg pnting, jujur ditempat yg spatutnya~ tak leh dpermainkan kjujuran~ tq

(^_^)v

1 Ogos 2012 pada 2:59 PTG

kita nak terangkan pd seseorg memang memerlukan analogi... kadang2 mereka ni tak paham... analogi pd entry ni memang menarik...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/

1 Ogos 2012 pada 3:29 PTG

Setuju ngan entry ini!:)

1 Ogos 2012 pada 4:02 PTG

Assalam, bertudung ini tak wajib bagi seorang perempuan tapi yg wajib kat sini ialah menutup aurat... Wallahualam... Salam Ramadhan... (^_^)

1 Ogos 2012 pada 4:02 PTG

Assalam, bertudung ini tak wajib bagi seorang perempuan tapi yg wajib kat sini ialah menutup aurat... Wallahualam... Salam Ramadhan... (^_^)

1 Ogos 2012 pada 4:02 PTG

Assalam, bertudung ini tak wajib bagi seorang perempuan tapi yg wajib kat sini ialah menutup aurat... Wallahualam... Salam Ramadhan... (^_^)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.