‘Si Solehah’




Bukan mudah nak jadi PEJUANG. 


Phone lynn hilangkah?
Ramai pula yang tanya kenapa dah tutup phone. Tak hilang haih, phone simpan dalam almari, kad sim patahkan ja.

Bila dah lama asyik pakai nombor tu, memang nampak cantik, sayang pun sayang kalau nombor tu hilang, tapi benda yang sayang dan suka itulah kena lepaskan.

Mana tahu, dengan nombor tu dan sepanjang menggunakan telefon tu banyak maksiat hati yang kita buat, asyik mesej lelaki ka, asyik terima panggilan atau call lelaki kah tanpa menjaga sebaiknya, kan tak elok namanya.

Allah akan balas cash.... Allah akan buka aib kita kalau kita buka aib orang......

Bersama mantapkan ibadah pada sisa Ramadhan yang masih berbaki...

Bukan setakat berpuasa dari lapar dan dahaga, tetapi berpuasa jaga menjaga perbatasan akhlak...

-Salam Ramadhan Kareem-

PERHATIAN. Sesiapa yang nak contact ana, hanya melalui FB sahaja, sebab phone ana tidak digunakan setakat ini. Kalau urgent sangat contact no ummi ana.
SYUKRAN.

 ‘Si Solehah’

Dalam meniti usia remaja, memikul sebaris nama ‘Si Solehah’ bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya adalah tugas yang sangat berat. Kalau mahu menjadi wanita biasa, yang tidak ada nilainya, ya.. engkau tidak perlu memikul bebanan ‘Si Solehah’, mudah mengatur cara hidup dan bebas bergerak sana sini tanpa batasan.


Tapi, atas dasar nama ‘Si Solehah’ engkau harus menjadi lain dari yang lain. Peribadimu, perwatakanmu, pakaianmu harus berbeza dengan wanita biasa. Saya bukan orang terbaik untuk bercakap mengenai gerangan ‘Si Solehah’. saya juga tidak mampu mengekalkan momentum tarbiyah sebagai seorang ‘Si Solehah’.

Dunia sudah moden, cabaran sana-sini membuatkan kadang-kadang tercalar sebentar peribadi diri. Terikut dengan arus semasa. Pakaian ingin diubah sedikit demi sedikit. Pergaulan dengan lelaki berubah jua.

Di akhir zaman, bertudung litup, berpurdah dipandang kolot. Tidak ada trend, tidak pandai berfesyen. Ya, mungkin ramai yang bertudung , tapi etika bertudung itu harus juga dititik beratkan. Adakah mencapai skala atau etika yang dibenarkan dalam Islam?


‘Si Solehah’, wanita yang sangat unggul. Peribadinya terpuji. Menggeleng sebentar saya tatkala menatap diri sendiri. Masih banyak yang koyak.. masih banyak yang perlu ditampal.


Dulu, mungkin di alam sekolah, di alam diri ditarbiyah oleh kakak-kakak, kita kuat. Suasana dan bi’ah itu yang melenturkan kata, tetapi sekali melangkah keluar dari alam itu, suasana hidup berubah. Pergaulan dengan lelaki menjadi longgar. Arghh. Entah, sukar untuk saya gambarkan dunia yang penuh mencabar ini.

Beruntunglah jiwa-jiwa yang mampu menjadi ‘Si Solehah’ di akhir zaman ini. Kalian jiwa-jiwa yang suci. Susuk tubuh yang terpuji. Subhanallah, moga saya diketemukan dengan insan-insan ‘Si Solehah’ ini supaya menjadi pembakar kepada diri untuk terus istiqamah dalam menjadi muslimah sejati. Amin …


*****


‘Si Solehah’ bukan sekadar cantik di luaran, bahkan cantik dalamannya. Jangan biarkan diri kita hipokrit. Bertudung litup di hadapan semua, berperibadi mulia hanya di luaran, tapi dalaman kita kotor.


Saya akui, wujud benda ini. Jangan bohong. Saya sendiri merasa getaran ‘Si Solehah’ itu adalah getaran yang sangat hebat. ‘Si Solehah’ yang sebenar ibadahnya, dirinya hanya hebat untuk Allah.


Cuba kita lihat diri kita, kita bertudung labuh, tetapi kadang-kadang ibadah kita tidak ambil kisah. Solat lambat, jarang baca quran. Tidak ada nilai jika hanya luarannya tampak Islamik tetapi di dalamnya kita jahil ilmu agama dan rasa ketuhanan kepada Allah. Nauzubillah.


Wahai jiwa-jiwa yang kepingin bergelar ‘Si Solehah’, sama-sama kita tegakkan Islam dalam diri kita. Runtuhkan nafsu yang membelenggu. Hadirkan Allah dan Rasul di hati.


Moga Allah permudahkan urusan kita untuk bergelar ‘ Si Solehah’


Amin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

31 Julai 2012 pada 6:04 PG

Aminn..semoga kita menjadi wanita yang benar2 solehah

31 Julai 2012 pada 10:12 PG

post yang menusuk kalbu =)

31 Julai 2012 pada 11:39 PG

Kak M ni tak layak lg nak bergelar Solehah..byk lg yg perlu diperbaiki...

31 Julai 2012 pada 10:52 PTG

tag sis:

http://umikasum.blogspot.com/2012/07/1st-giveaway-by-puan-sheila.html

tamat 12 mlm ni

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.