Sangat termotivasi dengan 'mak mengandung' yang masuk menembak dalam Olimpik..
Subhanallah...semakin kagum rasanya melihat semangat-semangat mereka :)
Nor Suryani Mohamad Taibi - foto kredit http://i.telegraph.co.uk/
Saya nampak Penembak Negara, Nur Suryani Mohamad Taibi yang merupakan seorang ibu, sedang sarat mengandung lapan bulan, mengejar Pingat Emas, dengan penuh keyakinan.
Beliau menjadi wanita paling sarat mengandung dalam sejarah penyertaan Olimpik dunia!
Azizulhasni Awang. Foto kredit http://www.baikbike.com/
Saya nampak Pelumba Basikal Negara, Azizulhasni Awang yang semenjak Tingkatan Tiga, menolak tiga tawaran MRSM dan Sekolah Sains, masuk ke Sekolah Sukan Negara Bukit Jalil kerana sangat jelas apa yang beliau mahu. Cita-cita asal untuk menjadi seorang doktor, diketepikan kerana fokus serta komited dengan cita-citanya menjadi Juara Lumba Basikal Dunia.
Dan Pocketrocketman, pada usia 24 tahun sudah pun bergelar Juara Dunia.
Demikian juga dengan Dato’ Lee Chong Wei (Badminton), Josiah Ng (Lumba Basikal) dan lain-lain.
TERBAIK, KEKAL TERBAIK
Semuanya mengingatkan saya kepada perbualan yang berlaku di antara Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersama para sahabat:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قِيلَ : ” يا رَسُولَ اللَّهِ ، أَيُّ النَّاسِ أَكْرَمُ ؟ قَالَ : أَكْرَمُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاهُمْ . قَالُوا : لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ : فَعَنْ مَعَادِنِ الْعَرَبِ تَسْأَلُونَنِي ؟ قَالُوا : نَعَمْ . قَالَ : خِيَارُكُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُكُمْ فِي الإِسْلامِ إِذَا فَقِهُوا
Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.” [muttafaq 'alayhi]
Yang terbaik akan terus kekal yang terbaik, apabila mereka benar-benar memahami Syariat Islam.
cerita sepenuhnya disini..
BARAKALLAH FEEKUM!
1 comment
Memang kagum ngan semangat depa tu.. Salam Ramadhan Lynn..