Mimpi dibunuh, dikejar, ditikam.



Mari berempati dengan mangsa Rohingya ~ dalam filem Behind Enemy Lines I, ditunjukkan pembunuhan rakyat Bosnia oleh tentera Serbia. Kemudian askar Amerika datang sebagai hero (konon-kononnya, poyo betul). Sehinggakan kanak-kanak di Bosnia terpaksa berjalan melompat-lompat untuk mengelakkan periuk api dan dari terlanggar tali bom. Tentera Serbia pada waktu itu memang zalim, kejam dan ganas. (Behind Enemy Lines II jangan tengok, tak best).

Siang puasa, malam tengok movie kejap (wars, assassins, kung fu, wrestling) berdarah-darah kena pancung, bunuh, tikam sampai berkilat-kilat pedang tu dengan darah. Sampai saya mimpi kena kejar dan bunuh. Astagfirullah... 

Cerita Cina kalau tak ada action movie, kung fu, memang tak sah. Hero tu kalau dah pegang lesen hero, tembak macam mana pun tak mati, kena langgar pun tak mati, dah kena tikam pun hidup balik. Haish.... Paling kelakar, jantung ada kat belah kanan. Hehehee....


Sebenarnya tengok movie ni bukannya melepaskan tekanan. Menambahkan lagi tekanan ada la. Pegang lesen hero sampai tak mati-mati pun satu hal. Yang mati hidup balik pun satu hal.

Sejak dua tiga hari ini saya mengalami trauma mimpi yang datang. Mimpi dibunuh, dikejar, ditikam. Semua ini angkara menonton movie/filem peperangan, berdarah, aksi, seni bela diri. Baru saya tahu penderitaan dan pengalaman ngeri mangsa Rohingya. Mimpi saja pun dah takut, kalau realiti... ????




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

1 Ogos 2012 pada 3:31 PTG

Kalau realiti memeyy seram , woohhh ! Wooohhh !:) heeeee:)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.