Kalau bukan tiket yang dia baik. Yang baik tu macam mana?
Alim ni sebenarnya adalah bermaksud wara’ dan sentiasa ikut perintah agama dan tuntutan Islam. Yang rata-rata orang melihat orang yang alim ini atau lebih familiar dengan gelaran ‘orang agama’, ada latar belakang keluarga beragama. Kemungkinan, maknya seorang ustazah. Kemungkinan juga ayahnya seorang imam. Boleh jadi ia adalah definisi alim bagi setiap individu.
Kalau tak alim tu tak ikut perintah agamalah? Tak juga.
Adakah Selamat Bersama Dengan Orang Yang Alim
Adakah orang yang alim ni dia ni seorang yang penyelamat?’
Kawan saya pernah bertanya pada saya. Orang alim ni tak lihat perempuankan? Orang alim ni tak keluar dengan perempuankan?’
Saya tersenyum .. Yang menarik perhatian saya orang ‘alim’. Title orang alim di gunakan dalam perbincangan. Dia menyambung lagi soalan.
‘ Itu hari. Mak kawan saya tak bagi kawan saya ni tengok wayang dengan seorang rakan dia. Nama rakan dia ni A. tapi yang saya peliknya dia bagi pula bila si B ajak rakan saya ni keluar tengok wayang. Dan kawan saya ni ada cakap, dalam ramai-ramai rakan lelaki. Mak dia hanya percaya pada si B. dia kata, mak dia sukakan si B ni sebab si B ni perwatakan alim. Dan mungkin mak dia sudah rasakan yang kawan saya ni dah selamat. Kerana si B ni berlatang belakang sekolah agama. Ada agama. Pandai hormat orang tua. Dan adakah alim ni tiket untuk kita keluar dengan perempuan? Dan adakah alim ni sudah merasakan dia ni dapat menyelamatkan orang?’
Saya tertarik dengan perkataan penyelamat dan tiket. Benarkah selamat jika pasangan kita berpendidikan agama? insyaAllah. Jika dia amalkan apa yang dia pelajari dia akan selamat…. Bukan dia sahaja yang selamat. Bahkan pasangan dia juga selamat. Tak kirala, pasangan dia lelaki atau perempuan. InsyaALLAH selamat jika amalkan apa yang dia pelajari. Sebab itu ilmu untuk di pelajari dan di gunakan, bukan ilmu untuk di pelajari dan di jadikan perhiasan di tubuh
sahaja.
Alim pun bukan satu tiket untuk kita keluar berdua-duaan. Bukan juga tiket untuk kita pergi main bowling bersama. Memang bowling tu elok untuk kesihatan. Tapi, cara kita nak main bowling tu. Kena tak caranya? Malahan, alim juga bukan tiket untuk kita pergi tengok wayang. Tu bukan alim namanya. Kalau tengok wayang pun berdua. Tu sama saja macam orang biasa. Yang tak tahu hukum agama.
Orang alim tidak melihat perempuan? Isyk.. sapa cakap macam tu orang alim tidak melihat perempuan? Alangkan wali Allah pada zaman Rabiah melihat dan berguru dengan Rabiah sendiri. Seperti Hassan Al-Basri.Cuma orang alim menjaga batas pandangan antara lelaki dan perempuan. Tetapi, Rabiah menutup wajahnya dari di lihat dari pandangan bukan ajnabi. Menjaga batas syariat antara lelaki dan perempuan. Bukan main redah banjir.
Untungnya Lelaki Yang Bergelar ‘Orang Agama’
Kalaulah boleh di nilai dari latar belakang lelaki. Sudah tentu, orang yang berstatus ‘orang agama’ ni beruntung. habis orang lelaki yang biasa-biasa?
Yang hanya tahu secebis dua hal agama tapi dia amalkan? Macam mana pula persepsi dan pandangan orang ramai pada dia?
Saya bukan nak hentam sesiapa di sini. Bukan nak bermadah indah kali ini. Cuma kalau tidak di perbetulkan persepsi orang ramai mengenai alim dan baik ini. Nama orang alim ini akan busuk. Macam tong sampah yang majlis tak angkat sebulan. Bayangkan baunya macam mana?
Cuma kali ini saya nak cerita sesuatu fenomena yang cukup luar biasa di facebook. Iaitu post ayat alim. Patutlah bila saya lihat, orang yang post ayat Islamik lebih di gilai wanita. Dengan adanya janggut sejemput. Dan ayat yang Islamik. Akan menjadi pujaan kaum wanita.
seperti si B yang mengajak seorang wanita keluar. Tak tonton wayang. Keluar makan. Pun jadilah. Sekadar berbasa-basi. Tak keluar makan, sekadar bertukar-tukar gambar pun ok. Ini kan semuanya titik tolak permulaan kita melakukan perkenalan?
Teringat saya pada satu hadis sahih Bukhari ada menceritakan:
Ketika Rasulullah masuk ke dalam rumahnya, rakan-rakan Aisyah ra segera menutup aurat mereka dari pandangan Rasulullah. Begitu juga di mana ketika mana Aisyah mempunyai budak kecil wanita. Apabila Rasulullah pulang dan masuk ke dalam rumah. Budak kecil wanita itu segera keluar. Apabila Rasulullah keluar ke rumah. Budak kecil itu segera masuk ke dalam rumah. –sahih bukhari dalam adab menjaga pandangan-
Terfikir saya sewaktu mengetahui hadis ini. Mengapa mereka menutup aurat dan ada yang bersembunyi dari Rasulullah? Bukankah Rasulullah adalah manusia yang mampu menjaga pandangannya? Bukankah dia lelaki yang paling sempurna akhlaknya dalam mengawal syahwatnya? Bahkan dia adalah manusia yang paling mulia di atas muka bumi dan seluruh alam. Sudah pasti Rasulullah lebih alim dari si B?
Malah Ummu Kalthum anak kepada Saidina Ali ra yang masih kanak-kanak pernah berkata, ‘Jika Umar Al-Khatab bukan Amirul Mukminin, nescaya ia akan mencungkil biji mata Umar’.
Peristiwa ini berlaku ketika mana Umar ra terlihat betis Ummu Kalthum ketika ingin meminangnya. Bukankah Umar ra lebih jujur berlatar belakangkan agama lebih daripada jejaka pada zaman ini?
Orang Agama Bukan Tiket Menghasilkan Perhubungan.
Memanglah tidak di nafikan. Fitrah manusia adalah memilih orang yang ada latar belakang agama yang kuat berbanding latar belakang agama yang lemah. Ini penyebabnya adalah. Agama merupakan benteng pertahanan buat diri kita dari melakukan kemaksiatan. Kenapa? Bila kita dah melakukan kemaksiatan. Kita sendiri akan menzalimi diri sendiri. Kenapa? Kita sendiri yang akan di seksa. Kita ni ada ‘appoiment’ dengan kematian? Boleh tunda-tunda kematian?
Tapi. Status orang agama ini bukan satu jaminan untuk menghalalkan sesuatu hubungan.
Ingatlah bahawa tatkala berduan dengan siapa pun dia. Syaitan pasti akan menyelit. Teringat kisah seorang wali Allah yang bertahun sujud kepada Allah yang beribu-ribu muridnya, yang bermacam-macam karamah yang Allah berikan akhirnya sujud kepada Iblis. Kerana dengan berzina. Akhirnya dia sujud di kaki Iblis.
Maka tidak mustahil. Setinggi mana kopiah yang dia pakai. Nak pakai songkok macam orang Turki yang panjang ke atas pun, akan tumpas juga andai perintah Allah ‘jangan menghampiri zina’ itu di langgar.
Di sini juga akan saya selitkan perbezaan antara PERBEZAAN AL'ALIM BILLAH DAN AL'ARIF BILLAH
AL'ALIM BILLAH - mempercayai Allah atas dasar hujjah ilmu dan aqal...
Atas dasar ilmu dan keyakinan, akalnya tidak dapat menolak kewujudan
dan kekuasaan Allah
AL'ARIF BILLAH -
mengenal Allah dengan makrifat yang mendalam
Selain ilmu, perasaannya dikuatkan oleh hati yang menghayati
dan merasa jiwa kehambaan kepada Tuhan
AL'ALIM BILLAH -
suka berbahas, berforum, bermujadalah..namun
ilmu yang dibincangkan tidakpun dihayati oleh hati dan jiwanya
- bercakap atas dasar ilmu pengetahuan
AL'ARIF BILLAH -
cinta dan takut Allah amat mendalam
Perasaan itu payah diungkaikan
- bercakap atas dasar pengalaman
AL'ALIM BILLAH -
sifat2 riyak, megah, suka pujian dan glamour
Ingin dipuji dan dikenang jasanya
tidak sabar dengan ujian dan kejian
AL'ARIF BILLAH -
sanjungan dan pujian tidak disukainya
Itulah yg dibenci dan menyeksa hatinya...
Ujian dan kejian dianggap hiburan dan ubat penyubur jiwa...
Orang alim ialah dia ikut perintah Allah. Orang baik?
"Ya Allah! Jadikan aku di kalangan manusia ini serendah2nya sehingga tiada yg nampak kewujudanku, tetapi Ya Allah aku bermohon padamu, bantulah aku hingga aku mjadi setinggi2nya di sisiMu kelak. Amin."
1 comment
terima kasih atas info yg diberikan.. apa ada pada nama? tak de pape pun..yg penting amal kita..