"Kalau kamu tutup aurat dengan sempurna, itukan lebih baik."
Responnya.
"Betul. Tapi yang jenis tutup aurat penuh itu pun bukan semuanya baik. Busuk hati, ikut suka hati saja maki orang, hipokrit dan ada yang perangai lebih teruk daripada yang tak tutup aurat. Yang keluar 'dating' pun ada. Lebih baik tak payah tutup aurat kalau perangai macam tu."
Tambahnya.
"Walaupun kita ni dressing jeans, baju ketat-ketat sikit dan tudung singkat tapi tak bermakna kitaorang ni tak baik, solat kitaorang tak pernah tinggal pun."
......Benar, tidak dinafikan ada yang menutup aurat penuh tetapi masih melakukan maksiat, hati busuk, hipokrit malah ada yang punya perangai lebih teruk daripada yang tidak menutup aurat.
Adakah semua yang menutup aurat penuh berperangai begitu? Sangat kejam jika semua sekali dihukum semacam itu. Hanya segelintir.
Situasi sekarang ada tiga golongan, pertama ialah orang yang menutup aurat dan dia tidak melakukan maksiat. Golongan ini tiada sebarang masalah. Golongan kedua adalah orang yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat dan golongan yang ketiga adalah yang tidak menutup aurat tetapi berkelakuan baik. Golongan kedua dikira berdosa kerana melakukan maksiat dan golongan ketiga berdosa kerana tidak menutup aurat. Golongan keempat tidak termasuk dalam topik ini kerana tidak menutup aurat dan melakukan maksiat.
Di mana neracanya kita mengatakan orang yang tidak menutup aurat itu lebih mulia dan lebih baik daripada orang yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat? Baik, buruk dan ikhlas hati seseorang hanya terletak pada nilaian Allah SWT. Kita cuma menghukum apa yang zahir sahaja. Kita tidak boleh menghukum orang yang menutup aurat penuh itu sebagai busuk hati atau tidak ikhlas. Begitu juga sebaliknya bagi orang yang tidak menutup aurat atau tidak menutup aurat dengan sempurna. Secara dasarnya, mereka secara terang-terangan melakukan dosa(mendedahkan aurat) tetapi hendaklah kita bersangka baik bahawa suatu hari nanti mereka akan dikurniakan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna. Mungkin mereka akan menjadi lebih baik daripada kita dan lebih mulia di sisi Allah. Jangan sesekali mencemuh, nasihati dengan penuh berhikmah. Doakan moga-moga mereka dikurniakan hidayah Allah SWT.
Sepatutnya yang menutup aurat janganlah melakukan maksiat dan yang tidak melakukan maksiat tetapi tidak menutup aurat, sewajibnya menutup aurat. Hapuskan kenyataan "Lebih baik tak payah tutup aurat daripada tutup aurat tetapi melakukan maksiat". Sudahlah melakukan dosa tidak menutup aurat, mahu ditambah lagi dengan dosa yang lain-lain.
Saya paparkan di sini buat tatapan semua setelah diolah gaya bahasa dan ayat-ayatnya. Moga ada hikmah dan pengajaran daripadanya. Dengan siapa bicara saya, biarlah ia menjadi rahsia.
4 comments
cantikkk entry sy ske n memang bermanfaat pd suma...:)
kita tak perlu pusakan hati orang lain.. tapi Allah lah yang perlu kita puaskan.. Semua orang ada pendapat masing-masing, ini sebab Allah bagi manusia peluang untuk memilih. dan siapa yang memilih dengan yang lebih baik, dia lah yang beruntung kan.. :)
Singgah.. :)
Silaturahmi di bulan puasa, apa kabar sahabatku...
saya follow 942
sudilah kiranya follow balik...
terima kasih.
follow 192..
ditunggu follow balik ya sob.