Tok Guru : Doa Orang Susah Diterima Allah.



 

Di waktu senang dan susah, ingatlah kita semua tidak mempunyai kuasa apa-apa melainkan kita diberikan/dikurniakan/dihadiahkan oleh Allah... Kebiasaannya kita akan mudah lupa dan leka dari mengingati Allah s.w.t. apabila dalam keadaan senang. Maka bila diberikan kesusahan barulah kita ingat kepadaNya. Bila kita ingat pada Allah s.w.t. pada waktu senang, Allah s.w.t. ingat kita pada waktu susah. Insyallah.... 


"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Rahmat dan Kekayaan Allah swt tak pernah berkurang dengan sebab dosa2 diri bagai pasir di pantai~ 

Walau tenggelam dalam kelemasan kegagalan,
Walau terasa kosong di sudut kehidupan,
Walau tercampak ke titik bumi yg paling dalam,
Walau terasa kehilangan segalanya.
Walau terasa keletihan menyelubungi diri,

Tetap.. satu harapan.. MOga hati tidak berputus asa dari Allah.. Pengharapan terus kepadaNYa. Yang Maha Memiliki Segala Kemuliaan 

~ Allahu Musta'aan.. Ramadhan Mubaarak.. ^^

NOTAKAKI- Dikurniakan tugasan mengarang bab2 peranan ibubapa~ MOhon doa dipermudahkan.. ^^,



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

18 Julai 2012 pada 11:25 PTG

Semoga Allah menerima doa akak selama ni. Amin.... Akak mmg admire Tuan Guru Nik Aziz ni...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.