Nak masuk neraka tak perlu sembahyang



klik pic untuk tumbesaran


"Nak masuk neraka - tak perlu sembahyang - mudah kan? Seronok bukan?

Nak masuk neraka ,buatlah maksiat , perkara yang ditegah Allah , judi, hubungan rambang semuanya benda seronok ,tiada perasaan bersalah, berdosa lagilah seronok.
Benda maksiat ini ialah pintu ke neraka memang benda-benda yang seronok dan seiring dengan nafsu manusia.Kalau kita ambil contoh, contoh saja, kalau hukum berjudi ini makruh - berapa ramai umat Islam besok yang berbaris depan kedai nombor 4 ekor? Inikan haram - berapa ramai yang langgar?

Nak masuk syurga pula - kena buat semua yang nafsu tak suka. Sedang tidur sedap, kena bangun sembahyang subuh. Cari cari duit, kena derma kena bayar zakat... 
Syurga ini tempat berlawan hawa nafsu , sebab itu kena lawan. Menahan diri daripada 
maksiat , itu pahalanya. Nafsu ini tak pernah muda, tak pernah tua , 
jagalah dia supaya dia tidak menjadi tuan kita..."

::: Tuan Ibrahim Tuan Man :::



‎"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, 
tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan Allah.

Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya,
tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah.

Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah.

Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. 

Dialah Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah." 

May we all safe on the judgement Day wif His Rahmah.
Amiin Yarabbal alamin...

Si Pipi Merah
11.05 pm



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

18 Julai 2012 pada 1:41 PG

suke ayat ni
agalah dia supaya dia tidak menjadi tuan kita.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.