Di Ambang Ramadhan, Muslim Rohingya Berhadapan Dengan Maut


rohingya-01b

Terasa sayu mendengar khabar Muslimin dan muslimat kita di Rohingnya..

BUat kalian, dari kejauhan ana doakan moga kalian terus menerus dalam jagaan Allah swt...

Terfikir juga mengapa.. Dan pastinya ianya tidak lain dan tidak bukan tanda ingatan Allah buat kita untuk mengharap, menyerah diri dan mengadu kepadaNYa. Tanda kasihNya. Dalam masa yang sama muhasabah buat kita apa yang telah kita lakukan sebagai hambaNya...

Sedikit ingatan dalam kejauhan.. Mungkin ada juga yang ingin ana kongsikan .. 
Menanti RAMADHAN...
tapi, apa persediaannya?

-beli kurma?
-latih perut dengan puasa sunat?
-tinggalkan dosa-dosa kecil?
-latih bangun awal sebelum subuh untuk qiam + Sahur?
-biasakan baca quran supaya tak terkejut untuk marathon 30 juz time ramadhan?
-lagi ? 
itu situasi di Malaysia...

Ya....Ramadhan yang bakal menjelang disambut gembira oleh kita di Malaysia,tapi bagi saudara -saudara kita di Rohinya mereka mungkin tidak sempat untuk memikirkan perkara lain selain menjaga survival akidah dan keluarga mereka. Yang pasti, kita sebagai seorang yang beriman tidak boleh berdiam diri. Sekurang-kurangnya hulurkanlah munajat dan doa ikhlas sepanjang Ramadhan, semoga Allah mengampunkan kealpaan kita dan memberi kedamaian kepada masyarakat Rohingya, saudara seakidah kita.



Walaupun ada pelarian Rohingya yang berjaya menyelamatkan keluarga ke negara jiran, mereka dihalang mendarat dan dipaksa beredar pulang.


Rumah-rumah masyarakat Rohingya dibakar dalam rusuhan.


Foto terbitan AFP ini menunjukkan kampung-kampung Rohingya yang dibakar oleh pelampau Arakan. Ramai Rohingya yang dibunuh, ditangkap, diperkosa dan tidak kurang yang melarikan diri ke sempadan Bangladesh.


Keadaan khemah pelarian Rohingya yang sangat dhoif dan tidak mempunyai infrastruktur asas mahupun saliran air. Penempatan ini tidak akan dapat bertahan apablia musim hujan tiba nanti.

Inalillahi wa inna ilaihirajiun..Sesungguhnya Allah bersamamu ..

Allahu Musta'aan..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

19 Julai 2012 pada 11:42 PTG

semoga Allah melindungi mereka semua dr ape2. Amin..

28 Julai 2012 pada 4:54 PTG

Sabarlah wahai saudara ku..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.