macam Time machine..! boleh balik ke Tahun 1622 dan 2008 sekelip mata serentak !


klik gambar untuk tumbesaran..

nak tengok.. cahaya Bintang Hadar ... balik ke tahun 1622 M..Manakala melihat Alpha Centauri
... balik ke tahun 2008 M (boleh balik ke Tahun 1622 dan 2008 sekelip mata serentak !) macam Timemachine..

(sila ikut arahan..)

Jom pandang arah SELATAN. Kalau langit bebas dari awan dan gangguan cahaya melampau, akan nampak susunan bintang seperti dalam gambarajah.

Tumpuan pertama, Alpha Centauri. Bintang paling hampir selepas matahari (sebenarnya ada lagi sebiji yang lagi dekat, tapi tak nampak dengan mata... itu cerita lain).

Kita lihat Alpha Centauri tu, cahayanya 4 tahun dulu.. cahaya tahun 2008!

(cahaya 4 tahun dahulu.. baru hari ini cahaya itu sampai.. perjalanan cahaya itu mengambil masa 4 tahun sebelum kita dpt melihatnya... betulkan saya kalau saya silap... ^_^ )

Mcm tak prcya je, cahaya tahun 2008 baru sampai pandangan kita ye?

Allahurobbi..

Jiran dia tu, bintang Hadar. Walaupun nampak macam sama jarak (kerana kecerahannya hampir sama)... TETAPI ia terletak nun jauh ke belakang... 390 Tahun Cahaya! Maknanya, cahaya tu ialah cahaya tahun 1622M !!

Ce check dalam diari, masa tu kita tengah buat apa! :-}

Sebelah kanan, ialah susunan bintang-bintang yang membentuk buruj Crux, atau dalam bahasa melayu, buruj Pari. Dua bintangnya akan tunjuk 'hampir' ke selatan.

Sementara tu, bintang yang dibawah sekali, iaitu Acrux, rupa-rupanya bintang kembar. Kalau ada teleskop, cuba hala kat dia, kita akan nampak ia menjadi 2 butir bintang yang indah comel lotey...

Jom jom silalah teropong!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

17 Julai 2012 pada 10:50 PTG

Singgah kembali. Suka sgt dpt lihat byk bintang.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.