Doa melihat anakbulan serta rupa anakbulan sebenar..



Di banyak negara yang jauh dari Khatulistiwa kita tidak perlu melihat anak bulan seperti yang diamalkan dinegara kita dan dirantau Asia Tenggara ini. Kalau dinegara Malaysia untuk melihat anak bulan hanya ditempat-tempat tertentu dan menggunakan teleskop atau teropong yang canggih. Itupun belum tentu dapat melihatnya.



Kalau anak bulan tidak kelihatan maka terpaksa menggunakan kaedah Falaq Syar’ie iaitu mengikut kiraan yang hanya mereka yang pakar sahaja boleh menentukan tarikh permulaan bulan baru didalam calendar Hijriah.

Di Pakistan dan beberapa negara Arab anak bulan akan jelas kelihatan sehari sebelum bermulanya bulan yang baru. Ini bergantung juga kepada keadaan cuaca dan langit yang cerah. Kalau cuaca mendung atau dilitupi awan maka anak bulan tidak akan kelihatan. 

macammana rupa anakbulan?

“SUBHANALLAH!” Begini rupanya anak bulan.. Anak bulan ini hanyalah satu garisan halus yang melengkung seperti sebuah sabit, cuma garisan melengkun itu begitu halus. Kalau sekali imbas kita tidak akan dapat melihatnya. Kita harus mencari dilangit yang begitu luas dimanakah anak bulan itu. 

Doa ketika melihat anak bulan..

Hadith :
“Daripada Talhah bin Ubaidillah r.a. bahawa nabi SAW, apabila baginda melihat anak bulan baginda membaca doa yang bermaksud: “Ya Allah keluarkanlah bulan sabit ini dengan keberkatan dan keimanan, berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah S.W.T. inilah sabit yang boleh memberi petunjuk serta kebaikan.

(at-Tirmidzi)

Setiap kali apabila Rasulullah s.a.w menyaksikan terbitnya anak bulan Ramadhan yang disebut hilal, beliau mengucapkan doa seperti di atas. Doa ini tidak hanya baginda ucapkan ketika hilal bulan Ramadhan, tetapi juga baginda ucapkan pada bulan-bulan lain. Disebutkan doa ini dalam amaliah Ramadhan adalah untuk menyempurnakan sambutan kita akan datangnya bulan Ramadhan. Pada sesiapa yang mempunyai peluang untuk melihat anak bulan ditempat-tempat yang sudah diwar-warkan didalam televisyen cubalah pergi dan menyaksikannya sendiri. Sekiranya diizinkan Allah maka anda adalah orang yang bertuah.


Sedikit Huraian ..

1. Bulan merupakan kejadian Allah yang sangat berguna. Bagi umat Islam, anak bulan dapat menentukan tarikh awal Ramadhan serta dapat membuat penentuan ke atas amal ibadat yang hendak dilakukan dari masa ke semasa.

2. Kalender Hijriah (Islam) terdiri dari dua belas bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jumadil awal, Jumadil akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

3. Islam sangat menggalakkan umatnya agar membaca doa apabila melihat sesuatu nikmat atau mendapat rahmat Allah, sama ada secara langsung ataupun tidak. Contohnya, apabila melihat anak bulan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

tiada kalimah yang dapat mengungkap rasa... alhamdulillah~ kau hadir lagi ya Ramadhan... 







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

16 Julai 2012 pada 7:42 PTG

cantiknya anak bulan tu... ciptaan ALLAH..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.