INSIDEN [LAHAD DATU] SEBARKAN GAMBAR TERKINI! MENTERI PERTAHANAN KIRAM DITANGKAP HIDUP-HIDUP.


Terkini ! Menteri Pertahanan Kiram Di Tangkap Hidup-Hidup ! Foto
Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi ini.

Tertangkapnya Datuk Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka.







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TIGA MAHASISWA DI BERKAS CUBA TAWAN RTM.




Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Tatkala seluruh rakyat Malaysia begitu menyanjung perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan kita ketika ini, budak-budak mahasiswa (bagi gua, mahasewel) ni menyumpah seranah pihak PDRM yang menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam.

Kira-kira pukul 4 petang tadi, tiga orang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) ditahan polis kerana berdemonstrasi berkhemah di pintu masuk bangunan Angkasapuri yang menempatkan stesen televisyen dan radio RTM. 

Antara mahasiswa yang ditahan termasuklah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, rakannya Muqit dan Akram Ahmar manakala tiada mahasiswi yang dikenakan tindakan sama.

Mereka berhimpun di hadapan Angkasapuri sebagai menuntut agar pihak mereka dibenarkan mengadakan debat terbuka dengan perdana menteri.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, mahasiswa yang berdemonstrasi memacakkan khemah di tepi pejalan kaki sebagai tanda akan terus berada di pintu masuk bangunan berkenaan.

Wakil ketua pengarah penyiaran, Norhyati Ismail telah turun menerima memorandum dan berbincang dengan kumpulan mahasiswa terbabit.



Baca selanjutnya d SINI


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Terkini !! Wajah Rakyat Malaysia Yang Seludup Keluar Azzimudie Kiram




Seorang lelaki yang membantu rakyat Filipina untuk pulang ke Sulu selepas insiden pencerobohan ke atas Sabah gusar untuk kembali ke tanahair kerana bimbang bakal menghadapi tindakan oleh penguatkuasa undang- undang menurut laporan akhbar online, ABN News


TAWI-TAWI: Malaysian Ricky bin Mohammad had helped Filipinos flee Lahad Datu, Sabah and escape to Sulu. But now he finds himself unable to return to his homeland for fear that they might jail him for helping Filipinos. 

According to a report on GMA News’ “24 Oras”, Ricky and eight Filipinos made the journey from Lahad Datu in Sabah to Taganak Island in Tawi-Tawi. 

Their journey was so sudden and secret, Ricky was not able to bring his Malaysian documents and passport along with him, GMA News reported. 

According to the report, the Filipinos, upon arriving in Taganak, asked Ricky to join them in Sulu so they could introduce him to their families. 

Ricky agreed, and they rode a banca to Sulu. However, when they got there, his Filipino companions left him, and he got lost. 

Ricky said that he wanted to go home, but is afraid that he might get punished for helping Filipinos.
The local government officials of Jolo were grateful for Ricky’s help, and are now coordinating with NBI Interpol and informing the Malaysian Embassy in the Philippines of the situation.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INSIDEN [LAHAD DATU] Ketua Pengganas Agbimuddin Sudah Larikan Diri Ke Selatan Filipina.




LAHAD DATU – Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram sudah melarikan diri ke selatan Filipina meninggalkan pengikutnya sejak 11 Mac lalu, seminggu selepas Ops Daulat dilancarkan.

Perkara itu disahkan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh hasil risikan pasukan keselamatan yang mendapati ketua pengganas itu kini bersembunyi di pulau kecil di selatan Filipina bagi mengelak ditangkap pasukan keselamatan negara berkenaan.

Katanya, Agbimuddin dipercayai bersembunyi daripada dikesan pengikutnya di selatan Filipina kerana bimbang keselamatannya terancam berikutan tindakan meninggalkan kumpulan pengganas pimpinannya di FELDA Sahabat. - Berita Harian Online


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ROZITA CHE WAN- SAYA TAK KISAH,SAYA NAK BUAT APA PUN,ITU HAK SAYA.


Rozita Che Wan telah dikutuk teruk oleh sebahagian peminatnya kerana berpakaian terlalu seksi. Malah ada yang berpendapat imej sebegitu tidak sesuai dengan Che Ta memandangkan usianya yang sudah mencecah 40-an
rozita che wan

Namun Che Ta berkata ia tidak kisah dengan kritikan-kritikan itu kerana penampilan seksi itu adalah haknya. Dia juga berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'.

Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya.

Sementara itu, kekasih Che Ta, Zain Saidin telah pun mematikan akaun Instagram miliknya. Ini kerana komen-komen negatif yang terlalu banyak diterima memberikan kesan buruk kepada karier dan orang yang tersayang.
rozita che wan
Satu langkah yang bijak daripada Zain Saidin.


Bukan mudah nak berpura-pura malu.

Malu dalam erti kata sebenar:

*Menjaga kepala apa yang difikirkan
*Menjaga perut dari apa yang dikehendaki
*Ingat kematian dan ujian
*Tinggalkan perhiasan dunia

Sumber sifat malu:
Muraqabatullah
Ihsan
Hayati bahawa Allah Maha Melihat.

Oh.saya bukan cakap soal malu akhawat yang tersipu-sipu ni, tapi soal malu pada Allah taala.

Malu sebahagian dari Iman.

Notahati- Mari doakan yang baik-baik  untuk Cik Ta.

okbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


OPERASI DAULAT : SIDANG MEDIA PADA 22 MAC 2013 [VIDEO] Pengganas wanita berjaya diberkas semalam, dipercayai kuat mengamalkan ilmu hitam.


Rumusan Op Daulat 22 Mac – 108 Ditahan Bawah SOSMA


Lahad Datu, 21 Mac - Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.

Ketika ini di Lahad Datu heboh diperkatakan mengenai sekeping gambar yang didakwa pengganas wanita tersebut.
Tubuhnya kelihatan kurus dan tidak bermaya, pucat serta ketakutan.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada mana-mana pihak yang mengesah atau menafikan perkara itu.
Difahamkan, pengganas wanita yang diberkas semalam juga dipercayai kuat mengamalkan ilmu hitam seperti mana rakan-rakannya yang lain.
Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.


Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.


"Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita.


"Anggota tentera yang tercedera dibawa ke hospital berdekatan dan selepas pembedahan, keadaannya stabil," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.


Berhubung kemungkinan penduduk Kampung Tanduo boleh kembali ke kediaman masing-masing, Zulkifeli berkata pasukan penilaian terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu akan digerakkan ke kampung itu selewat-lewatnya esok bagi melakukan penilaian keseluruhan sebelum penduduk dibenar pulang.


Beliau berkata kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militant selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.


"Dari segi kerosakan fizikal agak mudah untuk dinilai tetapi dalam aspek keselamatan kami perlu pastikan keadaan benar-benar bersih dan selamat sebelum penduduk dibenar kembali ke kediaman mereka," katanya dan memberitahu bahawa hanya terdapat 12 rumah penduduk di kampung itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifeli turut menafikan dakwaan bahawa sekumpulan lelaki dari Sabah akan dihantar ke Filipina untuk membunuh Kiram, dan berkata dakwaan itu tidak berasas dan mengarut.


Sementara itu, Khalid ketika ditanya sama ada pihak berkuasa mempunyai bukti sehingga lapan militan didakwa di mahkamah berkata: "Sudah tentu, tapi kita tidak boleh dedahkan dan jika tiada bukti bagaimana kita boleh mendakwa mereka.


Beliau berkata mana-mana pihak yang cuba mempertikai tindakan itu perlu menunggu sehingga perbicaraan dan sekiranya mempunyai sebarang persoalan ia boleh dirujuk kepada Wisma Putra.


Lapan rakyat Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di Tawau dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas.


Empat lagi didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua yang lain didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.


Kesemua mereka ialah antara 108 individu yang disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.


Berhubung statistik terkini pencerobohan, Khalid berkata 30 mayat militant berjaya dikeluarkan dan selesai dibedah siasat, namun sehingga kini tiada pihak tampil menuntut mayat-mayat itu.


Jumlah tangkapan di bawah SOSMA kekal 108 orang, manakala 268 individu ditahan mengikut lain-lain akta setakat ini, katanya. - BERNAMA



 OPERASI DAULAT : SIDANG MEDIA YDH TIMBALAN PESURUHJAYA POLIS SABAH PADA 22 MAC 2013 JAM 11.00 PAGI

Keadaan keselamatan di Daerah Lahad Datu adalah terkawal dan selamat.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) adalah seramai 108 tangkapan termasuk 8 orang yang dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau pada semalam. Tangkapan kes-kes lain seramai 285 orang (Akta Imigresen-283 orang, Akta Pendaftaran Negara-1 orang dan Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya-1 orang)

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang.

Operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung Batu masih diteruskan.

Dalam tempoh 24 jam ini, tiada laporan pasukan keselamatan yang terkorban dan mengalami kecederaan. Bilangan pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera parah adalah sama iaitu 10 orang terkorban dan 10 orang cedera parah.

Untuk makluman juga, penilaian kerosakan telah dibuat semalam oleh pihak kerajaan menteri dan pihak pejabat daerah terhadap lokasi-lokasi insiden.

Penilaian kerosakan ini dibuat adalah bertujuan untuk pihak kerajaan membuat satu keputusan supaya bantuan boleh disalurkan kepada penduduk penduduk kampung yang terlibat.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


[VIDEO]Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty terbunuh hari ini dalam sebuah letupan berani mati di Masjid Al-Imaan ketika sedang menyampaikan kuliah.




Ya Allah, saksikanlah, beliau telah banyak mengajar kami abnaul harakah
Ilmunya bermanfaaat, ilmunya berkat
Ya Allah terimalah kepulangannya. Berikan kerehatan buatnya

Syahid sewaktu sedang menyampaikan kuliah diusia 90 tahun. Allah.. Allah..


Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty terbunuh hari ini dalam sebuah letupan berani mati di Masjid Al-Imaan ketika sedang menyampaikan kuliah mingguannya di situ. Berita Television Syria melaporkan sedemikian.

Sebulan yang lalu, tersebar video yang mendakwa Syeikh Bouty menyatakan sokongan kepada pemerintahan Bashar Al-Asad.

Namun, Dr. Muhammad Said Hawwa menyatakan terdapat maklumat maklumat baharu bahawa Syeikh Bouty mengubah pandangannya kepada mengkritik dan menentang kezaliman Bashar. Khabar jua mengatakan syeikh dan ahli keluarganya sedang berusaha untuk keluar dari Syria.

Dengan penuh rasa dukacita, saya mendoakan guru yang banyak menebarkan ilmu dan manfaat kepada umat ini diampunkan dosanya, diangkat martabatnya dan ditempatkan di bawah naungan rahmat Allah di dalam Syurga Firdaus.

Kitab Fiqh Al-Seerah adalah karang masyhur Almarhum Syeikh Bouty.

ISU PEMBUNUHAN SYAIKH RAMADHAN AL-BUTI

Berdasarkan video ini semua mangsa cedera di kepala (headshot ), seolah-olah tembakan jarak dekat dan bukannya bom sebagaimana yang diwar-warkan oleh media rejim.

Tambahan pula, jika masjid tersebut dibom, tidak ada kerosakan yang teruk di dalam masjid tersebut. Adakah rejim Basyar sedang merancang sesuatu?


kisah selanjutnya di sini skynewsarabia




BUKTI PENIPUAN REJIM BASYAR

Media-media rejim termasuk media Barat melaporkan bahawa Syaikh Said Ramadhan Al-Buthi terbunuh kerana pengeboman yang dilakukan di masjid Iman semalam.

Sedangkan jika kita lihat di dalam gambar ini, tiada langsung kesan letupan atau kebakaran akibat pengeboman sebagaimana yang dilaporkan. Perhatikan lampu, kipas-kipas dan juga cermin masjid, malah tiada satupun lampu pecah akibat letupan yang didakwa tersebut.

Kenapa sebiji bom yang membunuh lebih 20 orang di dalam masjid tapi tiada memusnahkan barang yang berdekatan? Bahkan jika dilihat kepada mayat, kebanyakan daripada mereka seolah-olah ditembak dari jarak dekat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar sebelum daripada ini dalam kebanyakan kes di Syria.

Basyar cuba menipu dunia dengan menuduh mujahidin dalang kepada peristiwa ini.

KEBENARAN YANG DISEMBUNYIKAN DALAM ISU PEMBUNUHAN SYAIKH MOHD SAID RAMADHAN AL-BUTHI
Syaikh Muaz Khatib, Presiden Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria (gambar) dalam kenyataannya menyebut bahawa mereka mempunyai maklumat dan bukti-bukti yang menegaskan bahawa telah mula berlaku perubahan dari segi pendirian Syaikh Mohd Said Ramadhan Al-Buthi terhadap isu di Syria.

Perkara ini juga diakui oleh Syaikh Abul Huda Ya'koubiy bahawa beliau telah merancang untuk keluar Syria tetapi dikawal ketat oleh rejim Basyar. Selepas daripada itu, berlaku pembunuhan (bukannya pengeboman seperti yang dilaporkan media rejim) di masjid Iman, Dimasyq semalam yang membawa kepada kematian syaikh.

Ternyata, ia pasti perancangan licik rejim Basyar.

PENTING!

Perkara yang perlu kita tahu berkenaan isu terbunuhnya Syaikh Ramadhan Al-Buti dalam satu letupan di Masjid Iman, Dimasyq semalam :

1) Syaikh dibunuh selepas sejak akhir-akhir ini beliau banyak mendoakan agar tentera Basyar bertaubat dan kembali kepangkal jalan.

2) Dilaporkan juga sebelum beliau dibunuh, beliau telah merancang untuk keluar daripada Syria tetapi dikawal ketat oleh rejim Basyar yang tidak membenarkan syaikh keluar daripada Syria.

3) Mujahidin FSA telah menafikan bahawa terlibat dalam pengeboman tersebut. Tetapi sumber-sumber rejim menuduh bahawa mujahidin FSA menjadi dalang pengeboman tersebut.

Apa yang pasti, hati-hati dengan perancangan licik rejim Basyar yang terus menerus berusaha untuk memburukkan perjuangan rakyat Syria. Tambahan pula, mereka sekarang telah semakin lemah.


Tenanglah engkau di sana wahai Sheikh Sa'id Ramadan al Bouti. Semoga Allah merahmatimu di atas jasa-jasa dan karyamu terhadap ummah. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INSIDEN LAHAD DATU [GAMBAR]Pengganas Amal Ilmu Hitam Dalam 1 Jam Mayat Jadi Berulat dan Mereput.



Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik. 

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.


Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.

"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat.
- BERNAMA


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Keputusan SPM 2012 Najwa Latif



Umum mengetahui bahawa keputusan SPM 2012 telah pon diumumkan pada pagi tadi iaitu bermula jam 10 pagi dan para pelajar lepasan SPM 2012 boleh mengambil keputusan SPM 2012 di sekolah masing-masing atau membuat semakan SPM 2012 secara online dan SMS.

Berbagai-bagai perasaan yang dialami oleh bekas pelajar SPM 2012 setelah mendapat keputusan bergantung kepada pencapaian dan juga target masing-masing. Pasti ada yang gembira, terkejut, sedih dah bermacam-macam lagi.

Hal ini juga tidak dapat di elak oleh artis yang naik melalui YouTube iaitu Najwa Latif yang turut menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas. Pelajar alisan Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim ini telahpon mewakilkan kakaknya, Syafikah Latif untuk mengambil keputusan SPM 2012.

Dalam kesibukannya menceburi bidang nyayian, Imratul Najwa Abdul Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku bijak membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Buktinya, beliau berjaya mendapat keputusan 4A daripada 10 Subjek yang diambil olehnya. 

Beliau yang sangat berminat dalam pengajian Bahasa Inggeris menanam cita-cita untuk menyambung pengajian di peringkat Universiti dalam bidang Teaching English as Second Language (TESL).

Tahniah kepada adik Najwa Latif atas pencapaian yang membanggakan itu walaupun sudah bergelar artis beberapa tahun lepas. Semoga adik Najwa Latif terus maju dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi.

Biitaufeeq wannajah!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI [LAHAD DATU] 8 pengganas didakwa ,tujuh daripada pengganas dipakaikan 'straight jacket' (seperti dipakai pesakit mental) berwarna putih.dua daripadanya berdepan hukuman mati.


SULU
8 pengganas didakwa, dua berdepan hukuman mati

Seorang Pengganas Sulu Ditangkap Hidup-Hidup Sebentar tadi...
Kredit Photo- AAKJ

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika prosiding di hadapan Hakim P Ravinthran berlangsung dan mereka hanya dibacakan pertuduhan untuk mencatatkan sama ada memahaminya atau tidak.


Ravinthran membuat keputusan untuk tidak merekod pengakuan setelah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai barisan pendakwaan memohon supaya perkara itu dilakukan setelah kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Pertuduhan dalam bahasa Melayu itu diterjemah ke bahasa Bajau serta Suluk oleh jurubahasa mahkamah.

Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas.

Atik Hussin didakwa melakukan dua kesalahan itu di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu dari 9 Februari hingga 3 Mac lepas manakala Basad melakukan dua kesalahan yang sama dari 9 Februari hingga 2 Mac di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.


Lin dan Holland didakwa melakukan kesalahan itu Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu, dari 9 Februari hingga 3 Mac manakala Habil dan Timhar didakwa melakukan kesalahan sama di Jalan Kastam Lama, Lahad Datu dari 9 Februari hingga 4 Mac.

Dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Tanjung Labian, Lahad Datu pada pukul 4.30 petang, 4 Mac lalu.

Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau hari ini.


Bagi kesalahan memerangi Yang di-Pertuan Agong, Atik dan Basad didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup dan denda.

Manakala bagi tuduhan menganggotai kumpulan pengganas, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun yang sama. Kadir dan Lating pula didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu (menganggotai dan melindungi pengganas) membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Sepanjang prosiding, keadaan mahkamah dikawal ketat oleh polis dan tujuh daripada pengganas dipakaikan 'straight jacket' (seperti dipakai pesakit mental) berwarna putih.


Kelapan-lapan mereka dipercayai berusia antara 17 hingga 66 tahun dan diletakkan di bahagian kerusi hadapan mahkamah.

Ketika dibacakan pertuduhan, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan mengenai pertuduhan dan memberi kebenaran untuk setiap tertuduh menyatakan sesuatu berhubung prosiding yang berlangsung.

Terdahulu Abdul Gani memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi Persatuan Peguam Sabah untuk berbincang mengenai perlantikan peguam tertuduh.

"Pihak pendakwaan juga akan menghubungi kedutaan Filipina atas semangat Asean berhubung perkara ini dan sekiranya tiada peguam yang tampil, pihak mahkamah boleh melantik peguam untuk membela mereka," katanya.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 12 April untuk sebutan kes.

Turut membantu Abdul Gani ialah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dan Dusuki Mokhtar.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BARISAN NASIONAL BOLEH BLAH.


Photo: Siapa yg buat ni?

Siapa yg buat ni?

Walaupun saya tidak bersetuju dgn Barisan Nasional, tapi yang pasti tindakan begini adalah salah. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Bendera adalah panji. Memijak, membakar, menerbalikkan bendera milik orang lain adalah SALAH.

Seperti mana bila datang parti apa pun berceramah di tempat kita, harus kita berikan ruang utk mereka menyampaikan idea. Malah tak salah langsung kalau kita duduk di kerusi depan dalam khemah mereka. Kumpul segala maklumat dan tawaran. Tak setuju? Fitnah? Yg power bukan baling telur atau bakar rumah; tapi pangkah di kertas undi.

Mohon. Hentikan politik benci dendam kesumat.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


KUATKAN SEMANGAT UNTUK BACA ARTIKEL INI - 2 ANGGOTA MENGIMBAS KEMBALI DETIK KEJADIAN TEMBAKAN YANG MENGORBANKAN RAKAN-RAKAN MEREKA DI KAMPUNG SIMUNUL PADA 2 MAC 2013.



KUATKAN SEMANGAT UNTUK BACA ARTIKEL INI


Artikel ni admin alih bahasa dr artikel terbitan NST..temuramah dgn anggota VAT69 yg terselamat semasa serangan di Semporna dulu.serius..masa menulis...rasa mual..sakit perut..pilu dan sayu..fans nilaikan sendiri...

2 org anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013

Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah. 

beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.

Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya. Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.

mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam

" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”

" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.
Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi.

" Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali.
" Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi dr mereka ketika mereka ditetak," pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak kedengaran. 

Tembakan kembali bergema, kali ini dr segenap arah. *Musa, yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2 butir peluru yg memecahkan tingkap. Kurang dr seminit selepas tembakan pertama kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dgn lebih tekanan. 

Pengganas2 itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu sebelum itu. Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri

Dari di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya yg gugur dalam rumah yg malap itu. Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: " kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dr ingatan saya, ianya adalah pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”.

" Saya melihat seorg dr saudara saya, yg telah ditembak dan sudah nazak, ketika salah seorg pengganas itu menghentak barongnya ke leher rakan saya itu. Dia kemudian ditembak di mulut ," kata Musa , suaranya bergetar. 
Pada saat inilah Inspektor Mohd Hasnal, yg sedang melutut di atas laluan itu selepas tertembak, diserang pangganas dengan barong mereka. 

Walaupun dia tidak dapat membalas, Hasnal melindungi tubuhnya dengan lengannya. Pada ketika itu, jari dan lengan bawahnya sudah hampir putus. Penyerangnya jugta sempat menetaknya di kepala dan belakang badan

*Ahmad, dari kedudukannya, melihat keselurah perkara yg berlaku, dan menembak ke arah penyerang Hasnal dengan senjatanya. Jarinya tidak henti menarik picu, kelonsong kososng berhamburan keluar tanpa henti. Dia juga sempat membunuh seorg lagi pengganas. Ahmad menghabiskan satu kelopak peluru ke atas penyerang Hasnal sebelum pengganas itu jatuh ke dalam bot di bawah rumah itu. Polis kemudian menemui tangkal pd pergelangan tangan pengganas itu. Dia dan pengganas2 yg lain tidak memakai sebarang body armour atau perlindungan ballistik.

pd ketika itu, Hasnal bangaun dan mencari perlindungan. Nasibnya baik, dia memilih laluan yg menuju ke rumah dimana Ahmad berada. Melihatnya semakin hampir, Ahmad mengengsot ke laluan sempit itu dan menolak Hasnal ke dalam rumah dimana Musa berada.

Superintendent Ibrahim Lebar, yg telah ditembak beberapa meter dr situ, berada beberapa langkah di belakang Hasnal. Walaubagaimanapun, dia terserempak dengan seorg pengganas yg kebetulan melalui laluan itu. Pengganas itu menembak ke arahnya dan menyerangnya dengan sebilah barong.
Ahmad, yg terdengar tembakan itu dr dalam rumah, menembak ke arah pengganas itu yg sempat melarikan diri. Ibrahim meninggal dunia di laluan itu. 

Melihat kekejaman pengganas2 Suluk itu, Ahmad bertekad menyelamatkan jenazah pegawainya itu. Dia mengheret Ibrahim ke dalam rumah. 

Malam semakin sepi. 

24 jam seterusnya adalah ibarat neraka bagi Musa dan anggota2 lain yg terperangkap di dalam rumah itu. Meski tembakan sudah berhenti, mereka terperangkap dalam kepungan dinding yg menjadi tempat perlindungan mereka itu. Mereka tidak pasti siapa yg boleh mereka percayai. 

dengan satu tangan di senjata yg diacu ke arah 4 org suspek tersebut, sambil sebelah lagi cuba menahan darah yg mengalir dr luka Hasnal, mata Musa berlari di sekeliling rumah itu. Dia tidak tahu dari arah mana pengganas akan masuk dan menyerangnya. Mereka boleh masuk dari dapur atau tingkap terbuka yg dihadapnya. Dia berdoa agar pasukan penyelamat akan sampai segera. 

"saya terpaksa kencing dalam seluar dan di atas sekeping kain, kerana kalau pengganas2 itu terdengar bunyi air menitik, matilah kami masa tu. Sesekali saya akan kejutkan Hasnal utk pastikan dia masih hidup."

Musa telah menjumpai sebuah bekas yg mengandungi air yg digunakan oleh penghuni rumah itu utk menadah air hujan. Ianaya penuh dgn entah apa sampah dan juga tahi cicak. “Saya minum air tu dan bagi sedikit pd Hasnal. Air tu juga saya gunakan utk membasuh darah di mukanya”. 

Katanya, bateri handphonennya dah lama mati dan dia terpaksa membuka bateri telefon Hasnal kerana dia tidak pasti bagaimana nak mematikannya. Dia tidak mahu pengganas2 itu menjejaki mereka. Keempat2 suspek itu sudah diperiksa sebelum serang hendap itu dan telefon bimbit mereka dirampas. 

Operasi Penyelamatan

Bunyi laluan berkayu yg berkeriut itu pada pukul 5 pagi mengejutkan Musa yg keletihan. 

Ia diikuti bunyi tapak kaki yg berat. Dia mengintai dr celah retakan dan melihat sebilangan anggota komando VAT 69 berpakaian penuh memenuhi tempat itu. Dia menagmbil jaket pantulan cahaya yg telah disembunyikannya dan meletakkannya di tingkap, utk menunjukkan kedudukannya kpd penyelamat2 itu. 
Terdahulu, sebelum misis itu, keseluruhan pasukan telah bersetuju dgn isyarat2 tertentu yg akan digunakan bg memastikan komunikasi yg efisien. 

Seperti dipersetujui semasa briefing di ibu pejabat, sekiranya ada sesuatu yg tidak kena, Musa akan berbaring dan diam. Ini akan membantu pasukan rakan mengenalinya sebagai anggota mereka. 

Para komando itu menyerbu rumah itu dan seperti prosedur, dia memberikan laopran ringkas. Mereka kemudian mengumpul dan mengambil semua senjata yg ada di situ, termasuk miliknya. 

" Saya rasa mcm tahanan bila senjata saya dibawa pergi. Kemudian, mereka menjerit “Selamat!” dan berkata mereka akan pulang mendapatkan saya," katanya.

Inspektor Hasnal segera dibawa pergi oleh 2 org komando keluar dr kawasan berbahaya itu. " leganya saya bila Hasnal dibawa keluar dlm keadaan hidup”.

"Dia berjuang utk nyawanya..dan ia tidak sia2."...=WRA=
Kredit to FB The Black Daggers


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Rosmah takut cicak. Ya, ini pedoman yg sangat penting buat rakyat Malaysia.


Biografi Datin Seri Rosmah Mansor
Tak pernah dalam sejarah Malaysia, pelajar sekolah 'dipaksa' kenal isteri Perdana Menteri. Or should i say, sebenarnya inilah Perdana Menteri Malaysia?

Actually i dont care. But i care bout THE MONEY. Kalau dipaksa beli, zalim ke poket rakyat. Kalau diberi percuma, masih lagi kita persoalkan duit itu duit peribadi atau duit kerajaan (a.k.a duit rakyat)

Beritasemasa banyak kongsi isi-isi penting buku rosmah yg kita kagumi.

baca sini 

Beliau patut bertanding kerusi parlimen. Baru la nampak berhak sikit. Kalau najib tak jadi PM pun tak ada masalah, sebab beliau tak bergantung pada suaminya pun.

 oh my!  harga RM140-150. Tak sampai 200 muka .Buku Dr M yg beratus-ratus muka tu pun RM110.

Saya rasa buku biografi Tun Mahathir lebih bagus. kalau nak biografi pemimpin UMNO la. takpun biografi Dato Mohamad Rahmat.

rasanya lagi elok sebarkan buku sirah Rasullullah dan sahabat,dapat serap sifat perjuangan,bagus utk budak sekolah dan remaja.

Notakaki- Rosmah takut cicak. Ya, ini pedoman yg sangat penting buat rakyat Malaysia.Takut cicak. Hebat... Satu pengajaran penuh makna. Sangat ilmiah dan membantu pembangunan bangsa *tarik tudung (sbb tarik rambut tak sikah)*



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


EKSKLUSIF [LAHAD DATU] CERITA NGERI KETUA KAMPUNG KUTIP MAYAT PENGGANAS SULU.



PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Maclalu tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.

Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.

Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.

Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.

Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.


Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.

” Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.

” Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.

” Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!,” katanya ketika ditemui wartawan Mynewshub.my di sini semalam.


Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.

Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu.

Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian.

Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan ‘perangkap’ yang mungkin dibuat oleh pengganas -pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan.

Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada ‘pengkhianat’ di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka.

” Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu.

” Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, ” katanya.


Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.

Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.

Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.


” Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.

” Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.

Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.

Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.

Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.

” Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.

” Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.

” Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya. – Mynewshub.my


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


WAJIB TONTON [VIDEO] V8 - JEMAAH GANGSTER.


V-8 Jemaah Gangster.


Sesama islam pun nak bergaduh pasal lain ideologi. ta'suub chauvinist. takda dah sifat-sifat bersederhana dalam diri masing-masing.Geng-geng tarbiah ni, kat uni ana dulu pun ada berpuak-puak gini. Tak tahulah kalau mazhab tak sama tu pasal gaduh-gaduh kan.

zaman sekarang ni, tinggal 2 benda yang nabi dah tinggalkan . Sunnah/syafaat dan Al quran. Takyah la dok merapu pasal bende lain. takut sesat kang susah nak gostan. Nabi dah pesan dah sebelum wafat.

yang suka cakap kenapa agungkan ulama? Bro ..kita kena hormat je para ulama. tak kisah la dia bloodline Muhammad PBUH (stail omputeh sket), atau tak. jangan lebih-lebih jer damba kang ke arah syiah plak.

Islam Itu Mudah. manusia je suka tokok tambah. extremist. rileks-rileks sudah..


Notakaki- Parody terbaik, kiss the ring tak leh blah, ala2-ala Godfather gitu.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PERMOHONAN MAAF PAPA GOMO: ANWAR IBRAHIM SAMAN BLOGGERS PAPA GOMO RM100JUTA.





Ini kenyataan rasmi.

Federal opposition leader Dato’ Seri Anwar Ibrahim has today commenced legal proceedings against one Wan Muhammad Azri b Wan Deris who is the owner/operator of the Umno-linked website known as ” Papa Gomo “. On 16th March 2013, the Papa Gomo website published fake photos and vicious allegations against Dato’ Seri Anwar in an attempt to implicate him in another fabricated sex video. The faking and distribution of photos and false allegations of a sexual nature against Dato’ Seri Anwar has become a trademark of the gutter politics practised by Umno and its bloggers.


The blogger Papa Gomo is notorious for his close and confidential ties with the Umno leadership, including Umno Vice President Datuk Ahmad Zahid Hamidi. In December 2011, the blogger was even allowed privileged access to KD Tun Razak, which is one of our Navy’s newest and most advanced submarine, during a controversy between BN and PR on defence capabilities.


The hidden hand of Umno is thus clearly present behind this latest disgusting attack upon the character and reputation of the leader of Pakatan Rakyat. Umno’ s heavy reliance upon this type of sleazy politics and dubious bloggers highlights their utter moral and ethical collapse. It proves Umno-BN’s complete unfitness to continue to rule and administer our nation.


In the letter of demand sent today, Dato’ Seri Anwar’s solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million. The sum of damages demanded reflects the blogger’s close ties with Umno amd Umno’s clear backing for him.


N SURENDRAN
Vice President
Parti Keadilan Rakyat



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED LAHAD DATU [VIDEO] PENGAKUAN BOMOH YANG DIGUNAKAN OLEH TENTERA SULU! & PENGALAMAN PENDUDUK DI TANJUNG BATU BERHADAPAN DENGAN PENGGANAS.


Pengalaman Penduduk Di Tanjung Batu Berhadapan Dengan Pengganas #PrayForSabah


PENGAKUAN BOMOH YANG DIGUNAKAN OLEH TENTERA SULU!


TENTERA SULU MENGAMALKAN KEPERCAYAAN KHURAFAT | PASUKAN KESELAMATAN TIDAK AKAN BERUPAYA MENGESAN MEREKA ATAU TERCEDERA JIKA DITEMBAK.

LAHAD DATU: Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak menghalang kumpulan militan dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap Malaysia.
Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal

Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.

Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan militan akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali 'perkhidmatan' mereka digunakan untuk memperbaharui kekuatan kuasa mereka.
Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat tentara sulu yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang 'membersihkan' kawasan pertempuran, bomoh itu berkata kumpulan pengganas percaya barangan itu mampu membantu mereka menewaskan anggota keselamatan Malaysia.
Barangan yang digunakan oleh mereka untuk ghaib dan kebal termasuk tulang kucing hitam.
Difahamkan, anggota keselamatan berkata mereka ternampak tulang diikat pada pelvis dan bahagian anggota lain pada badan tentera sulu. Segelintir militan yang menceroboh negara ini diberi tangkal oleh pemimpin mereka, yang menjanjikan selagi barangan itu kekal pada mereka, pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak.

Atas kepercayaan, inilah, mereka kelihatan tidak gentar walaupun berdepan beberapa batalion anggota keselamatan, kata dua bomoh berketurunan Suluk, baru-baru ini.

Mereka menjelaskan kucing hitam itu akan ditanam hidup-hidup dalam lubang dengan kedalaman tidak lebih tiga kaki selama tujuh hari, dan setiap hari, mantera khas akan turut dibacakan. Pada hari ketujuh, bangkai kucing itu akan digali dan tulangnya diambil.

Untuk melupusan kekebalan musuh, setiap senjata dan peluru perlu disapu dengan tanah samba berkata "daripada tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali".

Bagaimanapun, bomoh itu berkata kekebalan itu akan terhapus sebaik pemakainya makan, minum, buang air atau mengeluarkan air mani. Mereka perlu memulakan semula proses itu jika mereka melakukan mana-mana perkara tersebut.

"Besar kemungkinan mereka juga mengambil syabu, kerana mereka memerlukan kekuatan 'tambahan'. Lagipun, mereka ditegah daripada makan dan minum." Bomoh itu berkata pengganas itu juga akan mengikat kulit ular yang baru bertukar kulit di pinggang untuk mengghaibkan diri daripada pandangan musuh.

"Ketika ular berada pada peringkat akhir bertukar kulit, mereka akan menarik kulit tersebut. Kulit itu kemudian diikat di keliling pinggang mereka. Bagaimanapun, dipercayai, pemakai akan kehilangan kuasa ghaib jika dia mandi menggunakan air laut atau sungai."


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERJAWAB SUDAH! SIAPA ORANG YANG TERAWAL YANG MENGHIDU KEHADIRAN PUAK PENGGANAS MILITAN SULU.



Siapa Orang Terawal Yang Melihat Sendiri "KEHADIRAN" Pengganas Sulu?

Terjawab Sudah!!!! Mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah antara mereka yang terawal berjaya ‘menghidu’ kehadiran puak pengganas militan Sulu di sini?


Jawapannya ada pada dua orang anggota polis bantuan FELDA yang ketika itu sedang memancing ikan kira-kira pukul 4 pagi berhampiran Kampung Tanduo yang terletak tidak jauh dari Felda Sahabat. Mereka berdua ketika itu sedang bercuti.


Ketika sedang leka memancing, mereka ternampak sekumpulan lelaki bersenjata itu tiba dengan bot panjang, lengkap berpakaian celoreng.


Menyedari kehadiran ramai lelaki yang ‘mencurigakan’ di kawasan tersebut, anggota polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar dari situ dan memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung disedari oleh pengganas yang rata-ratanya bersenjata api.


Tindakan berani anggota berkenaan tidak berakhir di situ, khidmat pasukan polis FELDA juga kemudiannya terus digunakan untuk menjejaki mereka yang terlibat.


Bagi Ketua Polis Bantuan FELDA, Datuk Jalaluddin Ibrahim, beliau menghargai tindakan berani pegawai dan anggotanya walaupun mereka berhadapan dengan risiko yang sangat besar.



"Mereka adalah antara benteng awal di sini, bahaya yang mereka hadapi bukannya sikit namun keberanian mereka membantu pihak polis cukup mengkagumkan".

"Bahkan mereka memberitahu saya, biar apa pun yang terjadi, mereka tidak akan tinggalkan Felda Sahabat ini, mereka nekad terus melindungi harta kita, nyawa penduduk serta peneroka,” katanya lagi


Sementara itu bagi Inspektor Muhammad Lamin, pengalamannya bertugas selama 11 tahun di Felda Sahabat tidak sia-sia apabila khdimatnya digunakan pihak polis untuk menjejaki persembunyian penceroboh yang dimaksudkan.


"Saya berbangga kerana dapat menyumbang pengalaman saya dalam operasi penjejakan…selama beberapa hari kami mendekati zon bahaya tanpa disedari langsung oleh pihak pengganas.


"Terus terang, saya dapat lihat sendiri bagaimana pergerakan mereka, di mana mereka bersembunyi malah sempat melihat aktiviti seharian pengganas ini seperti lokasi tempat mereka mandi dan sebagainya.


"Tak banyak sikit, maklumat ini saya percaya telah membuatkan pasukan keselamatan kita berjaya dalam beberapa siri pertempuran dari hari pertama serangan hinggalah sekarang,” katanya yang telah lebih 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis bantuan FELDA.


Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tahap keselamatan di Felda Sahabat akan ditingkatkan ekoran kejadian pencerobohan.

Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada pihak atasan supaya polis bantuan Felda dibekalkan senjata api lebih canggih manakala anggota Rela turut dibekalkan senjata api.


Malah, beliau juga bersetuju pihak pengurusan Felda sahabat menambah bilangan anggota Rela daripada 200 orang kepada 400 orang.

“Ini membolehkan tahap keselamatan dapat ditingkatkan supaya insiden pencerobohan terutama yang boleh mengancam keselamatan keluarga Felda tidak berlaku,” ujarnya.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Dr Asri Jelaskan Kenapa Beliau Ambil Keputusan Tidak Sertai PRU-13



Dr Mohd Asri.

Alhamdulillah. Dr Asri membuat perkiraan yang sesuai dengan realiti politik masa kini di Malaysia. 'Ulama adalah milik ummah, bukan mana-mana parti atau jemaah. Teruskan berbakti, melakukan semak-imbang (check-and-balance) terhadap sistem dual blok parti politik di negara ini. Dr Asri diperlukan untuk menghilangkan ketaksuban rakyat terhadap parti dan kembali kepada al Quran dan Sunnah. Tajdid.

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan pendiriannya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti adalah kerana tidak mahu berpihak kepada mana-mana parti agar beliau dapat memberi sumbangan dari segi pandangan dan pemikiran yang bebas daripada ikatan kepartian.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi keperluan yang lebih adil terhadap pasca PRU-13 yang dilihat sebagai satu landskap politik paling penting.

“Ia (pasca PRU-13) bakal dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa, menyaksikan persaingan dalam politik. Saya mahu memberikan sumbangan yang signifikan dalam hal politik negara.

“Oleh itu, saya perlu berperanan sebagai golongan yang dapat memberi pandangan kepada kedua-dua belah pihak (kerajaan dan juga pembangkang),” katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Bekas Mufti Perlis itu pada Isnin dilaporkan mengesahkan tidak akan bertanding dalam PRU-13, sekali gus mengakhiri spekulasi banyak pihak sejak tahun 2010 berhubung pendirian politik beliau.

Turut dilaporkan, beliau yang merupakan antara tokoh agama yang disebut-sebut akan bertanding pada pilihan raya ke-13 nanti mengakui pernah ditemui oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan dengan itu Dr Mohd Asri menegaskan, isu berhubung fikirannya berubah untuk tidak menyertai PRU-13 tidak timbul kerana tiada keputusan yang dibuat mengenai penyertaan itu, sebenarnya.

Tegas Dr Mohd Asri, beliau sekadar mempertimbangkan cadangan berkenaan.

“Ia lebih kepada mengambil pertimbangan. Jadi akhirnya keputusan saya ialah untuk tidak menyertai PRU-13. Tidak semua orang mampu menjadi wakil rakyat. Saya mungkin ada pandangan saya sendiri untuk tidak menjadi wakil rakyat.

“Saya percaya keputusan saya ini akan diterima oleh banyak pihak terutama mereka yang mengenali saya. Dengan pandangan saya nanti, ia sedikit-sebanyak dapat menetap-teguhkan aliran politik yang lebih baik selepas pasca PRU-13 nanti,” katanya lagi.

Beliau menambah, tidak ramai golongan pemikir seperti beliau bersedia dalam memberikan pandangan berkaitan dengan politik di negara ini.

“Jika saya terjun ke dalam parti, siapa pula yang akan bersama-sama dengan yang lain untuk memberikan pandangan? Saya mahu memperkuatkan golongan (pemikir) ini.

“Dan mungkin juga keputusan saya sekiranya menyertai PRU-13 itu lebih berpihak (kepada satu-satu parti). Saya mahu bersikap lebih adil, untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.-mStar


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED [LAHAD DATU]VIDEO KESAN SERANGAN TRAGIS DI KAMPUNG SIMUNUL SEMPORNA-"Jamalul Kiram Boleh Cakap Apa Saja Tapi Kami Akan Tentang Habis-Habisan" - Datuk Hamza Taib



Video Kesan Serangan Tragis DI Kampung Simunul Semporna #PrayForSabah



"Jamalul Kiram Boleh Cakap Apa Saja Tapi Kami Akan Tentang Habis-Habisan" - Datuk Hamza Taib

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam reaksi segeranya ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamalul Kiram III, pada awal Isnin menegaskan yang raja Sulu itu boleh kata apa yang dia suka tetapi pasukan keselamatan Malaysia akan memberi tentangan habis-habisan.


Malah katanya, pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.


Pasukan keselamatan, katanya tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram III yang disiar oleh media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.


"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini pada lewat petang Isnin. Hamza berkata, dua pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada jam 8.05 pagi dan 9.45 pagi.


Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini pada 1 Mac lepas.


"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram III kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya lagi.


Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.


Sementara itu, Ahmad Zaki menjelaskan, 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat telah tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.


"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.


Sementara itu Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.


"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan.


Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO[Bangkang Dari Longkang] LUAHAN HATI NABIL DIKECAM APABILA NABIL KUTUK PAKATAN RAKYAT.


"Saya tahu saya dapat banyak makian, cacian daripada ramai orang. Tapi saya tak takut. Sebab apa saya tak takut, sebab saya yakin hanya UMNO BN sahaja yang mampu mentadbir Malaysia ini"

baca sini


boleh baca sini pengakuan afdlin shauki mengenai video Nabil dan saleh yacob yang dikatakan bakal bersara.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INSIDEN [LAHAD DATU] PUNCA SEBENAR LAHAD DATU SIAPA PENGKHIANAT? BOLEH DIIKUTI SECARA LANGSUNG MENERUSI RADIO SUARA RAKYAT.




KUALA LUMPUR: Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula jam 8.45 malam ini boleh diikuti secara langsung menerusi Radio Suara Rakyat.

Forum tersebut menampilkan dua saksi, Siti Aminah dan Mat Swadi yang akan sepentas dengan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. (B) Dato' Ghafir Abd Hamid.

Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah itu akan turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, pengerusi SAMM, Che'GuBard dan wakil SAMM Sabah, Boby.

Siaran boleh diikuti menerusi radio berkenaan di laman Harakahdaily atau

FACEBOOK

https://www.facebook.com/radiosuararakyatFM

TWITER

https://twitter.com/FMSuaraRakyat

Zello Live conversation : Suara Rakyat

BLOG : http://suararakyatfm.blogspot.com/

HOW TO LISTEN RADIO SUARA RAKYAT FM?

Blog : http://suararakyatfm.blogspot.com/

Quick Listen Link:

http://station.voscast.com/50d5a07bcb35a/

TUNEIN RADIO On MOBILE DEVICE

Clik HERE http://tunein.com/mobile/



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INSIDEN LAHAD DATU [GAMBAR] LAGI 2 INDIVIDU HINA ANGGOTA KESELAMATAN.



seorang pegawai TUDM yang menghina anggota keselamatan yang berjuang di Lahad Datu. Telah Diambil Tindakan oleh pihak TUDM. 


Selepas pegawai TUDM seorang guru pula menghina pejuang kita di lahad datu.

guru itu telah Diambil Tindakan Oleh Jabatan Pelajaran.

moga 2 individu di atas berfikir kembali sebelum menulis.

Tulis Hamka dalam bukunya Pribadi: 

”Banyak guru, dokter, hakim, insinyur, banyak orang yang bukunya satu gudang dan diplomanya segulung besar, tiba dalam masyarakat menjadi ”mati”, sebab dia bukan orang masyarakat. Hidupnya hanya mementingkan dirinya, diplomanya hanya untuk mencari harta, hatinya sudah seperti batu, tidak mampunyai cita-cita, lain dari pada kesenangan dirinya. Pribadinya tidak kuat. Dia bergerak bukan karena dorongan jiwa dan akal. Kepandaiannya yang banyak itu kerap kali menimbulkan takutnya. Bukan menimbulkan keberaniannya memasuki lapangan hidup.

Notakaki- dengan satu kata kata sahaja, yang haram boleh jadi halal
dengan satu kata kata sahaja, ikatan perkahwinan boleh jadi perceraian

jagalah perkataan kita...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI [LAHAD DATU] SULTAN SULU JAMALUL KIRAM III TARIK BALIK GENCATAN SENJATA,ARAH PENGIKUTNYA SERANG GERILA 'SERANG DAN LARI'



Tergempar!! Sultan Sulu Tarik Balik Genjatan Senjata, Arah Pengikutnya 'Serang Dan Lari'

Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila keatas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.


The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.


“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.


Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.


Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” keatas Malaysia.


Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.


Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.


Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.


Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.


Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.


"Ia mugkin orang lain yang mereka sekat, kemungkinan umpan atau untuk mengalih perhatian bagi memberikan mereka laluan masuk," kata sumber tersebut yang merujuk kepada penahanan oleh Tentera Laut Filipina minggu lepas.


Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.


Agensi berita negara melaporkan pasukan keselamatan Malaysia baru-baru ini telah dua kali bertempur dengan penceroboh bersenjata Sulu pagi semalam, 36 hari selepas 200 pengikut Sulu yang diketuai Agbimuddin mendarat di Tanduo, yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.


Pasukan keselamatan telah hilang 10 anggota - lapan anggota polis dan dua tentera.
Seorang remaja yang tidak dikenali juga telah ditembak mati pada hari keenam Ops Daulat.
Pertempuran bersenjata semalam memecah tempoh aman selama lima hari sepanjang pasukan keselamatan memburu baki penceroboh Sulu dalam operasi Ops Daulat yang semakin berakhir.


Semalam Bernama melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.


Malaysia melancarkan Ops Daulat tiga minggu selepas kira-kira 200 lelaki bersenjata mendarat pada 9 Februari, memulakan serangan dengan pengeboman udara dan tembakan meriam berat sebelum menghantar tentera darat untuk menjalan operasi pembersihan dikawasan perkampungan dimana Agbimuddin dan pengikutnya bersembunyi.


Namun, Agbimuddin dan pengikutnya berjaya menyusup keluar dan dipercayai menerima bantuan daripada penduduk tempatan sekitar, malahan terdapat antaranya yang ditahan untuk disoal siasat.


Kaum keluarganya di Filipina juga mendakwa dalam media bahawaAgbimuddin telah menghubungi mereka beberapa kali sepanjang minggu lalu untuk memberitahu mereka masih selamat.


Khamis lepas, puak Kiram menawarkan gencatan senjata tetapi enggan mengeluarkan tentera mereka dari Lahad Datu.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan itu, mengarahkan kumpulan bersenjata menyerah diri tanpa syarat dan atau berhadapan dengan kematian


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


LAHAD DATU [GAMBAR] SATU LAGI PENGGANAS SULU TERBUNUH &ANTARA BARANGAN TINGGALAN PENGGANAS SULU DI TEMUI ADALAH KAD TENTERA PENGGANAS KIRAM.






LAHAD DATU 17 Mac - Seorang lagi pengganas Sulu terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di sini hari ini.


Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tiada anggota keselamatan tercedera dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu.


Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pertempuran antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas bermula jam 9.55 pagi tadi.


Sebelum ini, pihak Polis mendedahkan barangan tinggalan pengganas Sulu yang ditemui.


Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan.


Ini dia Kad Tentera Pengganas Kiram

 .... Puok ni pun ada kad .... kononnya elit la tu 
Kad ini di jumpai bersama mayat Pengganas

Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.


Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.


Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.


Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu


Sumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.


Pakaian Seragam Pengganas Sulu


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.