Kita Lupa Yang Kita Ni Hamba.


Menangis hingga bengkak mata dan sembam, terlena dan terjaga. My the only one nenek tetap tidak akan kembali seperti mana abi tidak pernah akan kembali.

Mati itu pasti. Akhirat itu pasti.

Persoalannya, apakah persediaan kita mencorak seni kematian agar kehidupan akhirat yang kekal penuh kenikmatan?

Semakin faham, mengapa sayang sebenar mahu ke syurga bersama. Lantaran jika kita bersama beramal soleh, meski berlaku kematian yang memisahkan, tetap hati lapang dengan jaminan untuk sama-sama bertemu di dalam syurga.

RIP Rachel Corrie.
Jika ditanya anak-anak kita, mampukah mereka memikirkan keadaan saudara muslim mereka di seluruh dunia sepertimana si anak kecil ini memikirkan keadaan manusia meski tidak punya persamaan 'muslim'nya?

Silap. Jika ditanya kepada kita sendiri, adakah kita peduli?


15 Mac 2011.
Genap 2 tahun kebangkitan rakyat Syria.

Sebahagian masyarakat malah segelintir kecil ulama' mempertikaikan kebangkitan ini dengan meletakkan hujah qawaid Fiqhiyyah, "jika ada 2 kemudharatan, perlu pilih kemudharatan yang lebih ringan" yang membawa maksud, perjuangan rakyat Syria menyalahi maqasid syar'iyyah kerana bagi mereka perjuangan rakyat Syria telah membawa mudharat yang lebih besar, kemusnahan dan pembunuhan.

Bagi saya, mereka ini adalah golongan yang berkata-kata tanpa perasaan dan hati.

Pernahkah tahu bagaimana sejarah Syria dan kekejaman pemerintahnya sebelum berlaku revolusi? Dan pernahkah tahu bagaimana bermulanya revolusi tersebut?

Jujurnya, rakyat mereka sendiri tidak terfikir akan berlaku tindak balas yang sangat kejam dan zalim oleh pemimpin mereka sendiri. Mereka sekadar awalnya, keluar berkumpul dan berjalan secara aman di jalan-jalan raya selepas solat Jumaat.

Namun, apabila angka demi angka bertambah, ketika itu mereka sedar bahawa mereka memang sedang dibunuh.

Semoga Allah mengurniakan kemenangan yang sebenar. Allahumma a3izzal Islamma walmuslimiin, walmujahidinna fi Suriyah wa fi Filistin wa fikulli makan.

#Bersama mendoakan juga kedamaian di Sabah.




Dicintai manusia -yang punya pasang surutnya- mampu menjadi kekuatan dalam hidup, apatah lagi apabila dicintai Allah Pemilik seluruh kehidupan.

Muhasabah: sejuk hati kita apabila menerima ucapan sayang manusia, sesejuk itu jugakah apabila setiap kali membaca ucapan sayang Allah?


Lynn, doakan kami di sabah ea. daerah(kunak) tempat saya dan family bertapak di syaki penceroboh masuk. 
semporna sudah ada yang mati. dekat je dgn KUNAK. tolong doa ea.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

mesej dari sahabat saya yang tinggal di sabah..
dan ramai lagi yang satu Kolej teknologi darul naim dengan saya dulu berasal dari Sabah..

siapa-siapa yang Allah izin bangun sepertiga malam, selepas solat..doakan jua ya saudara-saudara kita di sabah..disamping doa yang tak putus untuk saudara ISlam kita di negara-negara lain..Palestin, syria dan lain-lain

dan tak lupa doakan kepada NOOB teman blogger dari blog ohsem Buasirotak moga cepat sembuh dari demam.

Syafakallah Noob..
# dah sihat nanti jgn lupa updates blog ye#

notakaki- Astaghfirullah
Kadang-kadang kita selalu terpikir, kenapa ya Allah tak nak makbulkan doa kita apa yang kita hajatkan.. Selalu di tangguhkan..

Tapi, kita tak pernah terfikir pula, kenapa ya Allah tidak membalas dosa-dosa kita untuk hari ini, semalam? Itu tandanya Allah Maha Penyayang.. Kita lupa yang kita ni hamba.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

18 Mac 2013 pada 8:07 PG

Jom jadi hamba ! :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.