Kiram Minta Bantuan Tentera Indonesia Perangi Sabah
Nampaknya, Kiram III nekad untuk mendapatkan Sabah!! Setelah tidak dilayan oleh Kerajaan Filipina, beliau cuba meraih sokongan pula dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.
Mengikut laporan terbaru dari media Indonesia iaitu Merdeka.com, Ketua penceroboh di Sabah iaitu Kiram III mengaku telah memohon pertolongan dari Presiden Indonesia di dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.
Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga mempunyai hak ke atas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalam Perjanjian Mafilindo.
Menurut laporan portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.
Selain itu, Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai munafik dan tak harus diberi kerjasama berdasarkan alasan Malaysia tak pernah menunaikan janji-janji yang pernah ditawarkan kepada Kesultanan Sulu sebelum ini.
"Walaupun Malaysia negara yang mengamalkan Islam.., tapi Islam mereka hanya sekadar kata-kata sedangkan perbuatan mereka tidak Islam.. Malaysia munafik, sedangkan Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam.." kata Kiram III dalam temuramah berkenaan.
Sebelum ini, Kiram III juga pernah memohon agar Presiden Filipina campurtangan didalam konflik berdarah di Sabah tetapi permintaannya ditolak.
Siapa Kiram Untuk Melabelkan Malaysia Bukan Negara Islam Sedangkan Seluruh Negara Islam di bawah Naungan OIC Telah Merujuk Malaysia Sebagai Negara Islam!!!!
CommJam Digunakan Oleh ATM, Soalnya Bagaimana Azzimudie Kiram Kerap Menelefon Manila?
CommJam 6x6 Fuch buatan Jerman yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia merupakan Aset rahsia Electronic Warfare (EW) digunakan untuk menggagalkan sebarang bentuk komunikasi wireless oleh pihak musuh sekaligus mengagalkan koordinasi pihak mereka.
Pada masa ini, CommJam atau signal jammer ini digunakan oleh ATM dalam operasi yang sedang dijalankan di Sabah untuk mempertahankan kedaulatan nagara dari ancaman dari pengganas Sultan Sulu.
Menurut facebook VAT 69, kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.
Persoalannya bagaimana Azzimudie Kiram yang berjaya meloloskan diri bersama beberapa pengikutnya ke Filipina berjaya menghubungi rakan-rakan mereka yang berada di Filipina?
Azzimudie sering menelefon ke Manila untuk mendapat arahan daripada abangnya dan juga melaporkan apa yang sedang berlaku di Sabah, yang terbaru, Abraham mendakwa yang Azzimudie telah menelefonnya seawal jam 6 pagi Rabu untuk memaklumkan yang dia terselamat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Yang menjadi pertanyaan ialah, alat komunikasi apakah yang digunakan oleh Azzimudie untuk menghubungi Manila. Tak mungkin dia menggunakan pondok telefon untuk membuat panggilan ke Manila. Oleh yang demikian, jika dia menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggih lain (sekiranya ada), peralatan-peralatan berkenaan perlu dicaj dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah dia hendak mengecaj kesemua peralatan komunikasinya itu jika dia berada di dalam hutan? Jika dia menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggihnya itu dengan berkesan, apakah CommJam yang digunakaan oleh ATM itu tidak berfungsi atau telah ketinggalan zaman?

8 comments
Dia pakai bapak saka keturunan jin siam, sebab tu senang senang terlepas..hehe indonesia takkan tolong kiram..faktor politik kita dan indonesia tak berbaloi dirosakkan sbb sorang laki tua nyanyuk.
Pening dah,
ini pentingnya Sejarah..
ada satu lagi kebarangkalian... dia memang dah cabut dari Sabah... lepak kat tawi-tawi sambil main counter strike... kena bagitau masih kat Sabah agar pengikut tetap semangat....mungkin...
Dia pakai Skype la, hp charger skrag kan ada yg mobile, untk bawak champing, putar mcm dynamo basikal ada banyak jual kat ACE. Telefon satelit kan ada banyak...
habisla kita kalau kiram tu dibantu indon,comando indon lagi ganas dari kiram tu...apa la nie,mati la kita kalau indon turut bantu....
Apalagi askar cina serang sekali spratley...mampus la kita nie
kena buli atas bawah...siap la awak gi eropa
Ajbimudin Kiram siang siang lagi dah lari bersembunyi di salah satu pulau di Selatan Filipina.Si Kiram minta bantuan Indonesia serang Sabah agar kepungan di Lahad Datu dpt dikendurkan untuk memberi laluan kepada 15 ribu tentera MNLF dan 50 ribu tentera MILF,serta ratusan ribu tentera Kerajaan Pusat Filipina utk menakluki Sabah dan Sarawak.Perang Dunia Ketiga sedang bermula secara perlahan lahan dr Timur Tengah,Asia Tenggara,Asia Timur iaitu semenanjung Korea sebelum merebak ke Eropah.Kemusnahan BesarBesaran Dunia seperti tidak dpt dielakkan lagi.
Habis mesti habis,aaik abis mende eek,entahlah tapi si kiram tu memang raja syok sendiri,tamak haloba dan penuh hasad dengki dgn kemakmuran Malaysia khasnya Sabah.
Aku x fikir si kiram tiram tu main counter strike... mungkin die main game zombie vs plant kot... abis hutan sawit kt lahad datu diorg ratah...