Laikra ha fiddin..



Tak mudah nak sampaikan sesuatu yang bukan dari hati kita sendiri.

its start from the king of us:" seketul daging"
kalau baik, baiklah semua,
dlm kata-kata, perbuatan, pekerjaan,
even nak buat apa-apa sekalipun,

ala kulli isyi.

Biasanya saya seorang yang degil, susah menerima nasihat dan ego. Saya susah menerima nasihat daripada orang. Tetapi cara Murabbi menasihati saya sangat berhikmah dan ikhlas. Dia selalunya mula menasihati saya dengan, 'ya ukhty (wahai saudariku)' dan memetik ayat-ayat al Quran. Hebatnya ayat-ayat Allah berbanding Ayat-ayat Cinta (ayat-ayat iblis). Susah nak cari orang yang menegur dengan kasih sayang. Yang menegur nak tunjuk terer memang ramai. Poyo giler.

kata murabbi

Ayat-ayat Allah mampu meruntuhkan tembok keegoan tetapi Ayat-ayat Cinta (ayat-ayat iblis) melaghakan manusia hingga terjerumus ke dalam neraka.

Allahurabbi, jadikanlah hati ini sebagaimana hati orang-orang soleh dan solehah....yang subur hatinya dengan cintaMu.

Kelmarin saya melihat seorang wanita tua menaiki tram dan sedang mencari tempat duduk didalam tram. Kemudian seorang wanita muda (pemudi) bangun memberi tempat duduk kepada wanita tua tadi. Wanita tua itu mengucapkan terima kasih kepada pemudi tadi, disusuli dengan ucapan terima kasih dari beberapa orang didalam tram tersebut. Walaupun bukan kita yang melakukan kebaikan itu, tetapi kita patut menghargai dan jadi positif apabila orang lain melakukan kebaikan. Inilah yang dinamakan amar maa'ruf (menyeru kepada kebaikan). Aneh, apabila orang kafir yang melakukannya. Di mana kita?

Okeh..Kita mulakan dakwah dengan memberi tempat duduk kepada orang tua, OKU, wanita mengandung di dalam tram, train, komuter, LRT dan bas. Ada Bran?

jom kita cuba teliti asbab nuzul ayat Laikra ha fiddin (tiada paksaan untuk beragama) [al Baqarah 2:256]
bersama -sama. Ayat ini ditujukan kepada orang kafir, bahawa tiada paksaan untuk memeluk agama Islam. Orang Islam yang menggunakan ayat ini untuk menjustifikasikan 'tiada paksaan untuk solat, menutup aurat, berpuasa' sebenarnya SALAH. Kami bersetuju, beriman dan yakin bahawa solat, puasa dan tutup aurat itu WAJIB tetapi dari segi uslub (gaya/kaedah/pendekatan) dakwah, pendakwah (da'i) tidak boleh memaksa sasaran dakwahnya untuk menutup aurat, solat dan berpuasa dengan serta-merta. Dakwah ialah seni memahami manusia (fitrah dan tabi'e) dan dilaksanakan dengan hikmah. 

Saya berterima kasih dan mohon maaf kepada semua ... jika ada yang terasa hati dengan saya dan perbuatan/mahupun artikel saya yang menyusahkan semua orang. Mohon maaf sekali lagi. Semoga Allah merahmati dan meredhai amal kebaikan kita.

nota hati -Malam Jumaat adalah malam untuk al Kahfi...

Sayang semua...fillah lillah...billah...!

mau tidoq sat..selamat..assalamualaikum wbt..

kbai...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

20 Julai 2012 pada 9:32 PG

Alhamdulillah...semoga Allah memberkati segala apa yang awak lakukan insyaAllah..dikesempatan ini.sy nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk awak pada esok hari..semoga ramadhan kali ini lebih baik =) Amin..

20 Julai 2012 pada 4:01 PTG

selamat berpose dear...:]

20 Julai 2012 pada 4:01 PTG

selamat berpose dear...:]

20 Julai 2012 pada 5:48 PTG

@syasyaalhamdulillah... masya allah lamanya tak dengar khabar dr chacha.. sihatkah? hope everything fine there dear ukhty..fi amanillah...^__^

21 Julai 2012 pada 6:58 PG

peringatan dan prkongsian yang berguna :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.