Koleksi kata-kata Hikmah ISLAM part 1




Di sini saya ingin kongsikan bersama Himpunan-himpunan koleksi kata-kata hikmah yang banyak terdapat dalam dunia maya ini. 

Antara kata-kata hikmah yang menjadi pilihan saya pada hari ini ialah :

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.


3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.


4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."


5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"


6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."


7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."


8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan


9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

12) "Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYa. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang. [Surah Yunus, ayat 107]


13) "Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)


14) Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)


15) "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)


16) "Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)


17) "Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)


18) Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)


19) "Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)


20) "Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)


21) "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)


22) "Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)


23) "Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)


24) "Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)


InsyaAllah kheir

 Ujian hari ni tanda Allah swt tengah memandang hamba-hambaNya. Satu pemberitahuan bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


26 comments

31 Oktober 2012 pada 7:58 PTG

syukran cik lin
sy baca semua dari 1-25
alhamdulillah terubat hati time2 macam ni..

31 Oktober 2012 pada 8:12 PTG

sangat indah kata2 hikmah ne... mohon culik satu dua ea merah..:)

31 Oktober 2012 pada 8:26 PTG

KAK BUI SUKA MUTIARA KATA NI
"JIKA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA,BELAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT DAN BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA"

31 Oktober 2012 pada 9:11 PTG

nice entry!

http://nurainishahroni.blogspot.com/

31 Oktober 2012 pada 11:59 PTG

suka2...rajinya awk...suka view blog awk..byk kaat2 motivasi ni..hehee:) thanx..:)

1 November 2012 pada 5:01 PG

saya pun suka pada kata2 tu.....

1 November 2012 pada 7:28 PG

@Taufik afwan akhy taufik.jazakallah khair. :)

terubat hati? sakitkah? la tahzan. ^_^

1 November 2012 pada 7:29 PG

@◕ Kawaii D Y S H A ◕ tafadhali ya dear,. sila2.. :)

1 November 2012 pada 7:30 PG

@Bui Junaidi :) alhamdulillah..

1 November 2012 pada 7:30 PG

@Cik Lyeen cupcakes satu !

1 November 2012 pada 7:30 PG

@boni kacak syukran jazilan blogger retis :)

6 Februari 2013 pada 5:20 PG

salam.
Lawatan ta di awal pg.

7 Februari 2013 pada 4:09 PG

bagus. terubat hati bila membacanya. tq

Tanpa Nama
8 Februari 2013 pada 2:47 PTG

@لين Si Pipi Merah mohon share satu dua kata2 :)

Tanpa Nama
8 Februari 2013 pada 2:48 PTG

mohon share satu dua kata2 :)

8 Februari 2013 pada 6:42 PTG

@Tanpa Nama tafadhal2..

14 Februari 2013 pada 12:45 PTG

Assalamualaikum....salam santun...
Blog ni jd salah satu favorite sy

14 Februari 2013 pada 12:47 PTG

Assalamualaikum....salam santun...Blog kak Lynn ni jd salah satu favorite sy....thanks akak :-D

14 Februari 2013 pada 12:48 PTG

Assalamualaikum....salam santun...
Blog ni jd salah satu favorite sy

Tanpa Nama
2 Mac 2013 pada 2:12 PTG

Oh tuhan

8 Mac 2013 pada 4:32 PTG

entry yg penuh pengajaran. Saling mengingat kan. Jemput ke blog saya http://arifaarahim.blogspot.com/ :)

Tanpa Nama
9 Mac 2013 pada 11:07 PTG

mohon copy utk motivasi diri n utk dsampaikan kpd yg laen..tenkiu

18 Mac 2013 pada 11:40 PG

@Tanpa Nama silakan..dialu2kan.. :)

22 Mac 2013 pada 1:46 PTG

i lynn si pipi merah saya dah tag awak yea dalam contest mak dara... sebab awak cute :)

http://aiskosong.com/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak-dara/

12 Mei 2013 pada 12:33 PTG

assalamualikum, saya suka baca blog Merah.. penuh dengan kata-kata yang amat berguna..

12 Mei 2013 pada 12:34 PTG

assalamualaikum, saya suka dengan intipati yang Merah ketengahkan dalam blog ini,, penuh dengan kata-kata motivasi yang berguna untuk diteladani..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.