PASIR MAS: Seorang penoreh getah tidak pernah terfikir bahawa akan bertemu jodoh dalam tempoh singkat selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu.
Tanpa melihat keadaan fizikal bakal isterinya itu, Bakri Setapa, 32, yang juga seorang lelaki normal meneruskan perkenalan mereka menerusi panggilan telefon setiap hari tanpa menyedari wanita itu adalah seorang orang kelainan upaya (OKU).
Bakri berkata, dia sedikit pun tidak rasa terkilan apabila Siti Habsah Mamat, 26, berterus terang memberitahu bahawa keadaan fizikalnya kurang sempurna.
Malah katanya, dia langsung tidak kisah mengenai kekurangan bakal isterinya itu yang mengalami kecacatan pada kedua-dua kaki.
“Sebenarnya perkenalan ini tidak disengajakan kerana saya tersilap mendail nombor telefon. Sejak itu, saya berasa selesa berkomunikasi dengannya menyebabkan hubungan semakin rapat.
6 comments
susah nak cri cmni skrg kan..huuueee
kalau dah jodoh tu tak ke mana kan. untung la si isteri dapat suami camtu. harap si suami dapat menjaga isterinya dengan baik.
tu la kan. dah tertulis jodoh mereka dgn cara camni. hehehe. pagi td ade gak dgr kt hotfm psl ni :D
baiknya lelaki tu..beruntung..:)
moga terus kekal bahagia ye
lama tak masuk sini
sy ni kadang2 sangsi dgn jodoh pelik2 macam ni huhu
btw, blog sendiri terbiar, nasib baik ada org tlg tegur haha
kurang sehat skit musim raya ni