Apakah Keistimewaan Memeluk Islam?



Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

Sebelum teruskan pembacaan nak ajak rakan-rakan bloggers ke blog saudara kita ini.

 Firdaus W.H Wong

Huraian

Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf.

Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan.

Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka.

Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.

***


teruskan membaca dan inilah kita suatu ketika dulu

Kalau cinta, tidak akan ada rasa terpaksa.
Bahkan akan bertambah rasa ingin bersungguh-sungguh
dan sanggup berkorban apa sahaja

Itulah yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan keluarga Baginda.
Diberi arahan tapi tak mempersoalkan apa-apa.
kerana arahan itu dari Allah dan mereka cintakan Allah.

T.T
kalau cintakan Ummah,cintakan Islam, belajarlah sungguh2. 

Kata nak jadi doktor,kata nak menyumbang pada Islam.
Korbankanlah masa dan tenaga.

(ditujukan untuk diri sendiri)

Allah,bagi kekuatan.

ok dah maghrib.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


13 comments

29 Oktober 2012 pada 8:30 PTG

betul. perpindahan agama bkn perkara yg mudah. Sokongan moral dr org lain sgt2 diperlukan. =)

semoga lbh ramai org yg diluar sana memeluk agama islam. sesungguhnya Islam itu indah. =)=)

29 Oktober 2012 pada 8:46 PTG

harap makin lama... makin ramai y memeluk islam :D

29 Oktober 2012 pada 9:21 PTG

kena singgah ni

29 Oktober 2012 pada 9:28 PTG

@nazha anua singgah selalu pun tak pa :)

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 pada 9:31 PTG

alhamdulillah. dia dapat hidayah dari Allah :)

29 Oktober 2012 pada 10:13 PTG

alhamdullilah..sesungguhnya islam itu snagat indah..:) proud to be muslim...<3

29 Oktober 2012 pada 11:35 PTG

alhamdulilah...cahaya hidayah Allah. ^^ bagus entry kamu.

30 Oktober 2012 pada 1:09 PG

mereka lbh bagus drpd yg lahir dlm Islam, betul ^^

KLIK murid orang asal ditampar kerana tidak baca doa

30 Oktober 2012 pada 3:36 PG

betul tu..golongan mualaf ni kalau betul2 dia ikhlas memeluk islam , mereka lebih baik daripada orang islam sendiri..

30 Oktober 2012 pada 9:36 PG

Allah S.W.T. sentiasa memimpin orang yang dikehendakinya. Terima kasih atas perkongsiannya :)

2 November 2012 pada 9:40 PTG

Alhamdulillah, gembira rasa hati saya membaca entry cik pipi merah berkenaan mualaf, Allah Taala itu maha penyayang lagi pemurah...sama2lah kita membaiki diri ke arah jalan yang diredhoi Allah swt ^^

3 November 2012 pada 7:30 PG

@plain83 terima kasih cik plain. moga allah tak campak kita jauh.

Tanpa Nama
6 November 2012 pada 11:39 PTG

pernah jatuh hati kat seorg rakan "saudara baru" sbb kagum tengok Islam yg dia pegang..tapi apakan daya dia dah kawin skrg..lagipun jk dibandingkan sy dgn dia, terasa hina plk diri ini..huhuh

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.