"Wahai orang-orang yang lemah semangat, sesungguhnya di jalan ini Nuh menjadi tua, dijalan ini zakaria di gergaji,Muhammad pula diseksa, dan anda pula inginkan Islam datang dgn mudah di bawah kakimu?"
-Ibn Qayyim Al Jauziyyah-
Tetapi seorang muslim yang benar, Dia adalah sebuah kitab yang terbuka Yang dibaca oleh masyarakat,
Di mana sahaja dia pergi,
Dia adalah dakwah yang bergerak.
Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w
itu terdapat contoh tauladan yang baik -
as-Syahid Imam Hasan Al-banna
''Aku tidak pernah bimbang akan kalian, jika kalian semua diancam,dimusuhi oleh musuh-musuh Allah, akan tetapi aku bimbang jika dalam kalian berjuang, kalian mengenepikan Allah, sehinggalah Allah mengenepikan kalian."
as-Syahid Imam Hasan Al-banna
Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya. – Nabi SAW
Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran.
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”
Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rebutlah peluang lima sebelum lima:Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup sebelum tiba masa mati.”
Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran.
Setiap orang itu lemah apabila ia menyerang kerana beliau hanya mempunyai satu tangan untuk mempertahankan diri dan satu lagi digunakan untuk menyerang.
Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun
Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.
Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya
– Sayidina Ali.
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan .
Kata al-Imam As-Syafi’i, “Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah.”
Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka
Rasullullah SAW bersabda;” Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian”.
Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.
Gembira dan bahagia tika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah.
Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.
Nabi SAW bersabda,”Jagalah dirimu daripada api neraka.. Meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma. Jika tidak dapat,maka sepatah kata yang baik.”
Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sbagai sindiran kepadanya sebab itu tidak diterimanya.
Notahati- Addeenu nasihah..dan nasihat itu kasih .. ich liebe dich!

5 comments
suke yg ni -Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.-
^^ nice sharing!
smart kata pujangga ni..
sesmart template baru blog ni:)
prkongsian yang baik. buat saya memuhasabah diri. tq
nice sharing.
Sunguh kata kata nya membuat hati ini menjadi tenang dan damai