Saya terkagum dengan lelaki yang ambik cakna tentang aurat,maruah saudara perempuan mereka
Dia tegur dengan berhikmah, dia share link, dia post status,dan macam-macam lagi.
Kita sendiri kaum hawa?
Gimana sihh
Diam diri aja?buat tak tahu?
Ngak terharuu kah?
Tak terkesan ke?
Jangan hanya tahu melenting
Duduk sekejap,muhasabah diri.
"Seindah hiasan dunia, wanita solehah.." ;)
* sepatutnya rasa syukur ada orang care dan nak bawa kita ke laluan syurga.
1) sebab memang baik
Atau
2) nak suruh kita jadi lebih baik
Allah bagi kita taklifan,amanah atau ujian
1)sebab nak uji keimanan kita
2)supaya iman kita bertambah
Subhanallah.
serangkap daripada Wasiat Imam syafie ini buat saya terkesan.
"Bertaqwalah engkau kepada Allah, Bayangkan akhirat dalam hatimu...." Wasiat Imam Syafi'e
Pernah satu ketika, dalam perjalanan pulang dari kelas saya berjalan seorang diri,
Pernah satu ketika, dalam perjalanan pulang dari kelas saya berjalan seorang diri,
sunyi.
Tiba-tiba terfikir,
"Setiap langkah aku yang kosong ni, Pasti akan ditanya di akhirat kelak,saat tu, apa aku nak jawab..."
Tersentap seketika.
Teringat ayat al quran, 5 ayat pertama surah al baqarah,Orang yang beriman kepada hari akhirat, akan dapat petunjuk dari Allah,dan akan jadi orang berjaya.
kadang saya tak nampak,
apa kaitan antara beriman dengan hari akhirat akan jadi orang berjaya dan bila difikirkan semula, orang yang beriman dengan hari akhirat setiap perbuatan, pasti dia akan fikirkan tentang akhirat
"kalau buat macam ni, nanti akan dihitung di akhirat"
"kalau buat macam tu, Allah akan tanya.."
Bayangkan, kalau kita menuntut ilmu kerana akhirat,
pasti kita akan buat yang terbaik, pasti tak kan ada simptom-simptom malas,
pasti akan tekun, pasti tiada ponteng, mesti ada komitmen yang tinggi dan fokus yang tinggi.
kerana kita yakin, Allah akan menilai setiap perkara.
itulah kesedaran yang Allah ilhamkan selepas imtihan yang kedua,bangun dari lena yang panjang, baru sedar,banyak kesilapan yang dah dilakukan
Saat nak melakukan maksiat, andai teringat akhirat yang ada neraka yang azab,
sanggupkah lagi kita meneruskan maksiat?
Bila berkira-kira untuk buat kebaikan, terbayang nikmat syurga yang luas,
masih berat lagikah untuk melakukannya?
Letakkan akhirat dihadapan dalam setiap perbuatan,
Moga dipandu oleh Allah, dan jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.
Hidup untuk mati, kerana disebaliknya ada kehidupan yang abadi.
Nak buat jahat sebenarnya lagi susah dari nak buat baik.
Tak percaya?
Yelah,mase korang nak menipu mak sebab malas nak pergi kelas,
Penat kan nak fikir nak cakap ape?
Tapi kalau cakap benar,senang je kan?
Tak berpanjang-panjangan.
Wah,bahagianya buat baik.
Berani ke kita nak buat jahat,kalau ingat ada orang yang mencatat kiri dan kanan?
ila liqa'
NotaJiwa- tanpa Allah kita KOSONG.
10 comments
Terima kasih ats ingatan ini.sgt menyedarkan betapa ada tnggungjawab yg harus sy selesaikan...
betul tu .. TQ :)
@Xxxsophiacoolgrey ambil tahu dan sila peduli :)
tga mencuba menjadi dan menyampaikan kebaikan
Manusia apa yang selesa baginya dia rasa tidak apa-apa.
Syukran ala nasihatiki ukhti . =.=
Yup , jika direnungkan kembali memang susaa nak buad jahat tmbh dgn pelbagai risiko yg terpaksa dihadapi selepas buad jahat tu . Best lah entry akak .
Ma'assalamah . Lailatul Saidah . =D
Huhu. Lepas buat benda yang tak betul badan akan automatik membuat kita berdebar-debar. Huhu. Penat :(
habis baca dan setuju dengan isi entri ini..:)
tazkirah di pagi jumaat
@nazha anua saiyidul ayyam ;)
Tq untuk renungan ni Lynn