Kita semua tahu yang ikon komedi tanah air, Afdlin Shauki telah ke Gaza bersama pasukan kemanusiaan Aqsa Syarif bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin pada 3 Disember lalu.
Namun pemergian Afdlin yang turut disertai oleh lima krewnya dari Vision Works telah disalah ertikan oleh rakan artis yakni Abby Abadi.
Abby turut ada mengaitkan niat murni pasukan itu yang ke Palestin dengan isu politik.
Untuk mendapatkan kepastian daripada tuduhan yang dilemparkan Abby, Mynewshub.my telah menemui Afdlin untuk mendapatkan komen mengenai isu itu.
Menurut Afdlin, apa yang dilemparkan Abby itu tidak sedikitpun mengguris hatinya.
“Saya tak ambil hati langsung dengan apa yang Abby cakap. Apa yang saya buat sekarang ini hanya fokus kepada rakyat Palestin.
“Dia (Abby) pun dah masuk perjuangan Islam, saya mendoakan yang terbaik buatnya,”
kata Afdlin Shauki ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Afdlin turut menegaskan supaya sudah-sudahlah mengaitkan hal Palestin ini dengan soal politik.
“Ini soal bagaimana umat Islam mahu bersatu. Ketepikanlah soal politik itu.
“Kalau kita jadikan isu Palestin ini sebagai pengajaran, mesti semua umat Islam dapat bersatu,” katanya.
Say Alhamdulillah for every kindness you done
because without hidayah and taufiq from Allah
we never can do it, even to smile or give salam to others.
Alhamdulillah ala kulli hal.
who said peoples don't care?
Allah Pemilik hati.
11 comments
tak perlu mempertikaikn niat org ... hanya DIA saja yg maha mengetahui
@yana aina Benar,apa yg paling penting cek jadual solat kita :)
serius rasa nak muntah bila semua benda dikaitkan dengan politik..agak agaklah nak taksub kalau ya pun..
@nazha anua dalam islam di sebut menzalimi diri sendiri.
*oksilemuntah
kemon la kak abby
mohon hormati orang lain yg bukan dari warna darah anda
seriously, dah rasa mula hilang respek kat abby sebab ketidakmampuan dia utk respek org lain
berhijrah dia bagus.. cuma mungkin salah haluan ke politik. Sahabat dia lebih bersikap professional.
betul kata Afdlin, sudah sudahlah berpolitik dalam hal Palestin.
sedih bila politik lebih di utamakan.
malah ade yang berfikiran UMNO dan PAS penentu syurga neraka sepenuhnye.
Astaghfirullah al azim..
semoga rakyat palestin terus kuat dan di rahmati
abby ni ....saiko!
dari dulu lagi selalu cakap ikut sedap mulut main lepas jer...
ish2!
Bg akk setiap usaha murni x perlu dipolitikkan...
X perlu kot nk mempolitikkan hal palestin.. Yg penting terus membantu rakyat palestin^^
pikirlah korang ni. mana taknya, dorang nak bantu rakyat seagama, tetapi kat sini huha huha takde batas agama, pegang laki pompuan, berlakun tak senonoh , lucah, pakai pakaian perempuan, mesti lah orang yang melihat perkara ini rasa jelek, dah jadi artis tu kene tunjuk peribadi mulia bukan dari satu segi, tapi dalam semua hal kehidupan, barulah jadi Artis Islam yang dihormati.. Wallahualam.