도와주실 수 있으세요?




Bismillah .

Dalam seni lukisan,ada tercalit contengan, dan perlu kita padam, dan teruskan melakar,
supaya cantik lukisan itu di mata kita.

dalam seni kehidupan,ada silap,dosa dan aib pada diri kita,
Padamlah dengan mohon kemaafan dr manusia,dan keampunan dari Ilahi,
dan teruskan beramal soleh. Supaya kita cantik di mata Allah.

Hari ni  nak kongsikan sedikit nasihat,bantuan atau tip-tip untuk melembutkan hati seseorang seperti masalah yang dihadapi oleh sahabat ini yang di kirimkan melalui inbox Si Pipi_ Merah Blog.

Saya memahami dan cukup mengerti perasaan sahabat, saya juga manusia biasa, saya juga pernah mengalaminya namun apa yang saya mampu lakukan sekarang, berdoa siang dan malam agar dia berubah.

Cara nak melembutkan hatinya dengan menggunakan ayat suci al-Quran sebagai wasilahnya.
Istiqfar serta selawat sebelum membacanya dengan niat yang baik.

Bacalah surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud:

"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."

Kemudian diikuti dengan bacaan Thaaha, ayat 1-6 yang bermaksud:

"Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaanlahlah semua yang ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah."

Surah yang melembutkan hati Gengster Mekah ketika itu yang mahu membunuh rasul Utusan Akhir

Selepas itu, bacalah surah al-Fatihah, ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Kafirun, An-Nas dan akhir sekali, ditutup dengan doa.

"Ya Allah, Kau lembutkanlah hati ku, sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud."
Sungguh Allah Maha Pengampun,Maha Penerima Taubat.

kita tak terlepas dari melakukan kesilapan. Moga kita tergolong dlm hamba-hambanya yang sntiasa bertaubat.

Keistimewaan disandang hamba Allah yang bertawakal kepada-Nya,

*timbul ketenteraman jiwa,
*kekuatan jiwa (kekuatan spiritual),
*kewibawaan,
*keredhaan dan
*percaya diri.

[Yusuf al Qaadhaw, kitab: Ath Thariq Ilalah]

Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang sentiasa bertawakkal padaMu.

Maafkan salah silap saya juga , supaya lukisan kehidupan saya cantik :)


Wallahualam.

*entri ini untuk encik everything juga sebenarnya. lama dia tak berbelog.Hari ni, saya cuba kenang kembali kisah saya & dia, apa memori saya dengan dia.

Ohhh, banyak sangat! (tidak sebenarnya) moga dia kembali menulis.






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

3 Januari 2013 11:03 PTG

Nice sharing Lynn..lama betoi Everything tu x hapdet blog kan..sakit ka dia

4 Januari 2013 2:50 PG

@Si Matatajam Assalammualaikum sis.
kdg-kdg terbaca post lama mesti ada si everything ni.rasa sentap juga.lynn sendiri pun tak tahu. lynn doakan moga dia selamat dibawah lindungaNYA.

4 Januari 2013 8:49 PG

wah.. nanti len kali leh minta nasihat dr cik merah yer.. ^_^ sangat2 berguna...

4 Januari 2013 8:53 PG

saya pun tertanya2 kemana perginya encik everything tu.. tiba2 dia menyepikan diri.. apa khabar dia agaknya..

7 Januari 2013 10:10 PG

@cci boleh..insyaallah.. CCI .. ^_^

7 Januari 2013 10:13 PG

@boni kacak tak dapat berita dari dia .. siapa tahu maklumkanlah ye. moga dia sihat selalu.
super busy kot dia ? :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.