Respon PDRM Melaka- Kes Cabul kehormatan oleh seorang remaja lelaki yang berumur 13 tahun di sebuah stesen minyak di Melaka.







Pihak PDRM Melaka meminta kerjasama orang ramai untuk tidak membuat andaian dan spekulasi berkaitan kes seorang wanita yang melaporkan dirinya dicabul kehormatan oleh seorang lelaki berusia 13 tahun di dalam tandas sebuah stesyen minyak di Melaka. PDRM Melaka menegaskan bahawa siasatan terperinci untuk kes tersebut sedang dilaksanakan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Orang ramai diingatkan agar tidak menyiarkan apa-apa maklumat seperti nama, alamat, institusi pendidikan atau apa-apa butir serta gambar yang memaparkan kanak-kanak di dalam apa-apa akhbar, majalah atau apa-apa sahaja bentuk perantara elektronik termasuklah tindakan memuat turun di dalam blog, facebook dan sebagainya. Tindakan ini adalah menyalahi peruntukkan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam usaha menangani isu-isu lain yang turut dibangkitkan oleh pengadu dalam kes ini sebagaimana yang dipaparkan dalam medium 'siber' maka, PDRM Melaka mengambil tindakan pro-aktif dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengadu pada 3 Januari 2013 jam 11 pagi.

Orang ramai dinasihatkan sekali lagi untuk tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi yang akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

3 Januari 2013 pada 12:13 PTG

kes juvana ... tp kat FB dh tayang semua butir bdk tue. kesian fmly dia .. hurm

3 Januari 2013 pada 12:46 PTG

betul...pendedahan akan lebih merumitkan kes...

3 Januari 2013 pada 4:03 PTG

Dah terlewat sebab dah tersebar meluas. Kita tunggulah bagaimana pengakhirannya..

3 Januari 2013 pada 10:04 PTG

kalau betul pun budak tu salah.. mangsa cabul tu turut melakukan kesalahan. Kesalahan menyebarkan identiti tertuduh. Jadi dua2 pn kena di ambil tindakkan

3 Januari 2013 pada 11:05 PTG

Harap nanti akan terbongkar segala kebenaran

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.