Penjenayah kejam paling dikehendaki, Rabidin Satir, 42, hadapi 7 tuduhan rogol, liwat dan bunuh.





Rabidin dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat.

BENTONG - Penjenayah kejam paling dikehendaki, Rabidin Satir, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Bentong dan Mahkamah Sesyen Raub atas kesalahan merogol dan membunuh mangsa bawah umur antara tahun 2009 dan 2011.

Dua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong manakala lima lagi di Mahkamah Sesyen Raub.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong dalam keadaan tangan bergari, dengan kawalan ketat kira-kira jam 9.05 pagi, dengan berpakaian lokap berwarna oren.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan merogol Annie Kok Yin Cheng, 17.

Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir, kejadian berlaku pada 7 Mac 2009 antara jam 11.30 malam hingga 1.50 petang, 8 Mac 2009 di sebuah rumah di Lot 4168 Kampung Ketari.

Ketika kes dibacakan, tertuduh kelihatan tenang kemudian menganggukkan kepala dan menjawab faham dengan pertuduhan itu.

Majistret, Nurliyana Ismail menetapkan 17 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah Sesyen Raub pula menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 untuk setiap pertuduhan kerana lelaki itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan kedua hingga kelima iaitu merogol mangsa bawah umur.

Bagaimanapun, dia mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama iaitu merogol seorang kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan tetapi Hakim Murtazadi Amran, tidak membenarkan ikat jamin kerana bimbang akan menganggu mangsa.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya Atiqah Liyana Shahrir memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kes.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan di antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di dalam sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Rabidin yang berasalal dari Sabah itu dituduh merogol remaja berusia 17 tahun di dalam bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur- Bentong di antara jam 1 hingga 3 pagi pada 21 Jun 2010.

Pertuduhan ketiga membabitkan jenayah rogol kanak-kanak berusia 8 tahun 2 bulan di tepi sungai belakang rumah dekat Ketari, Bentong antara jam 12.30 pagi hingga 1.30 pagi pada 29 April tahun lalu.

Rabidin turut menghadapi dua lagi pertuduhan bagi kes keempat membabitkan remaja berusia 16 tahun 5 bulan iaitu rogol dan liwat dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi.

Rabidin dituduh membabitkan Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun keseksaan.

Hakim Murtazadi Amran, menetapkan 31 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.


sinar/-

"Tuhanku tidak mengindahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal kamu sungguh telah mendustakan-Nya? karena itu kelak (azab) pasti (menimpamu)." [25:77]


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

15 Disember 2012 10:26 PG

sekian lama melakukan kesalahan,mujur dah berjaya di tangkap polis!

15 Disember 2012 10:33 PG

@Wana Owen ini bukan lagi manusia..

15 Disember 2012 11:20 PG

giler.. kasi potong aje sama dia punye tuuutttttt! eee geram aku

15 Disember 2012 11:38 PG

@PiSCes Za sabar-sabar .. dia takkan terlepas.

15 Disember 2012 12:24 PTG

takziah buat keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi musibah yang melanda.

15 Disember 2012 12:27 PTG

@plain83 amiin..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.