Sebijak-bijak Nabi Muhammad s.a.w , bijak lagi Najib.


Inilah bahana apabila terlampau membodek dan memuja pemimpin. Ahli politik walaupun perdana menteri atau bekas perdana menteri tidak wajar dijadikan contoh tauladan kerana uswatun hasanah kita adalah Rasulullah SAW.



Islam mengajarkan adil bukanlah samarata, tetapi kesesuaian meletakkan sesuatu pada tempat yg betul sehingga adakalanya ia dilihat seolah berat sebelah, namun itulah keadilan.

Islam mengajarkan lagi hikmah itu bukanlah berlembutan atau berkerasan semata, sehinggakan adakalanya kita terpaksa melakukan apa yg "tidak sepatutnya". Kekasaran dibalas dengan senyuman.

Jika diistilah adil itu balasan samarata, penduduk Thoif sudah hancur ditimpa bukit bukau, namun kerana hikmah jualah ramai mad'u yg terpikat kepada Ar-Rasul lalu memilih Islam sebagai jalan hidup.

"Allahumma solli wasallim alaik.."

Nota kaki- Setiap PM ada jasa mereka tersendiri. Tunku memberi Singapura kepada Lee Kuan Yew, Najib memberi Tanjung Pagar kepada Singapura, dan ada juga yang memberi IC kepada pendatang. Macam-macam ada.

Salam Hujung Minggu Buat Semua.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


11 comments

27 Januari 2013 pada 12:58 PTG

Akibat terlampau taksub ....

27 Januari 2013 pada 1:02 PTG

Ya Allahu Rabbi... perumpamaan yg tak patut dan sgt biadap... astaghfirullah... Tiada yg blh tnding Nabi Muhammad s.a.w.. walaupun nak sindir or memuji pikir dulu ayat sblum menulis...

27 Januari 2013 pada 1:32 PTG

Dunia akhir zaman, manusia agung pun boleh disamakan dgn org kebanyakan..Astaghfirullahalaziim..

27 Januari 2013 pada 2:11 PTG

as salam,
hmm itula terlampau mengagung-agungkan pemimpin sampai sunnah ikutan diketepikan. masih ramai yg belum sedar dan melihat ini dengan kaca mata yang sebenar senario yg melanda negara hari ini.

27 Januari 2013 pada 2:30 PTG

memang sangat 'bijak' bang najib tu.. tapi 'bijak' lagi kipas2 susah mati dia.

hatta di kalangan para Nabi pon akhlak Rasulullah SAW tiada bandingan, inikan pulak nak dibandingkan dengan manusia akhir zaman.. betul tak? (kalau silap tolong perbetulkan)

27 Januari 2013 pada 2:43 PTG

tak patut dia menyamakan najib dengan Baginda. jurang najib dengan Baginda bagai langit dengan bawah tanah. tak terbanding langsung.hmmm

tapi benda ni dah lama jadi dan budak perempuan ini sudah minta maaf atas keterlanjuran dia mengeluarkan tweet macam tu. semoga dia sedar..Amin

27 Januari 2013 pada 7:30 PTG

terlanjur kata & status orang sempat copy paste dan akhirnya makan diri sendiri

27 Januari 2013 pada 7:31 PTG

terlanjur kata & status orang sempat copy paste dan akhirnya makan diri sendiri

27 Januari 2013 pada 10:12 PTG

double meaning tweet tu kalo paham betol2. Perli najib kepe ?

28 Januari 2013 pada 9:44 PG

Takutnya bila bermain kata2 ni, teringat kes pelakon En. Azhar Sulaiman, mudah benar bermain kata hatta sekadar perli pun harus ada batasan.

Tiada bandingan insan yang selayaknya untuk Rasul kita.

2 Februari 2013 pada 3:20 PTG

tanpa Nabi Muhammad berjuta kali ganda lebih hebat dari najib ..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.