LIHAT KOMEN : REMAJA 16 TAHUN CARI WALI.



KOTA TINGGI – Seorang remaja perempuan mendakwa tidak pernah bertemu kedua-dua ibu bapanya sejak dilahirkan, kini mencari wali bagi membolehkannya melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan.

Nor Azanita Bakar, 16, berkata, sejak kecil dia tinggal bersama keluarga angkat di Segamat malah hingga kini tidak mengetahui butiran lanjut mengenai latar belakang ibu bapanya itu.

Ibu bapa angkatnya juga tidak banyak berbicara mengenai ibu bapa kandungnya namun selepas didesak, ibu angkatnya hanya memaklumkan ibunya hanya dikenali sebagai Ana.

“Saya bersekolah hingga tingkatan tiga tetapi selepas itu saya berdikari sendiri dengan menyewa di luar dan mencari kerja.

“Namun kini saya menghadapi masalah kerana perlukan wali untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan saya.

“Malah perkahwinan kami yang sepatutnya dilangsungkan pada 28 Januari ini terpaksa ditangguhkan kerana masalah wali,” katanya yang kini bekerja dan menyewa di Felda Air Tawar 5.

Sebaik menyewa di Felda Air Tawar 5, Nor Azanita rapat dengan Mohamad Sahar Noh, 62, yang dianggap sebagai bapa angkat yang prihatin akan nasibnya.

Mohamad Sahar berharap Nor Azanita dipertemukan dengan walinya secepat mungkin.

“Apa yang diharapkan mana-mana pihak yang pernah mengenali ibu bapa kepada Nor Azanita akan segera mencari anaknya ini bagi melancarkan urusan pernikahannya.

“Kita bimbang akan pandangan orang ramai, jika dia sudah diijabkabulkan tidak ada perkara yang perlu dirisaukan lagi tambahan pula suaminya nanti boleh menjadi tempatnya berlindung,” katanya.


ini komen dari seorang pembaca. 

baca komen orang ramai, rasa lucu.

"Dan hendaklah rumahtangga muslim itu dimulai atas dasar TAQWA"
-Mustafa Masyhur-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


9 comments

30 Januari 2013 pada 8:40 PG

seyes ke??kalau dh jodoh nk wat cmne..doakan yg terbaek je la

30 Januari 2013 pada 8:44 PG

semoga urusan dia di permudahkan..

30 Januari 2013 pada 8:46 PG

JAP2..DIA KAHWIN DGN YG USIA 62 TUE KE???

30 Januari 2013 pada 9:14 PG

Bila baca komen tu, terus jadi tak faham cerita.....

30 Januari 2013 pada 9:17 PG

@AyueJean :D betul ayu .baca komen sampai 3 kali. dalam hati kata. dia komen apa ni.baca cerita tu balik. manipulate sungguh. think out of box.

30 Januari 2013 pada 9:59 PG

Masih terlalu mentah, moga pakcik yg 62 tahun itu jujur utk menjaga sebagai anak angkat dan tidak mencari kesempatan dari yg daif dan naif ini..

30 Januari 2013 pada 11:57 PG

mentah lagi budak tu . papepun , moga urusan dia dipermudahkan segalanya ;)

30 Januari 2013 pada 1:47 PTG

okey mula2 baca da faham budak tu nak kawhin n cari wali pastu baca komen tu 4 kali terus confius.. ermmmm

30 Januari 2013 pada 2:34 PTG

Serius tak faham.. kalau prihatin sebagai bapa angkat tak kan nak kahwin dengan anak angkat. Baris 3 ayat terakhir dari En Sahar kan. Tak faham lah.

Tapi jika benar jodoh mereka sudah tertulis moga mereka berbahagia.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.