UPDATED: William Yau Zhen Zhong Mungkin Didera?


Comel budaknya. Tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi William Yau Zhen Zhong (6 tahun), apabila ditemui mati dalam keadaan reput di Kampung Sungai Sireh berhampiran sebuah jeti di Pelabuhan Klang. Pelik? Bagaimana tubuh William Yau boleh tercampak jauh sejauh itu? 

Terkini, Ketua Polis Subang mengesahkan selepas keterangan 30 saksi, budak yang hilang iaitu William Yau mengalami gangguan fizikal dan mental selain masalah tekanan. Mangsa juga sering dipukul dan dimarahi ibu-bapa.
Gambar William Yau Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?
Kroniknye juga kes William Yau Zhen Zhong ini. Seawal umur 6 tahun sudah ada tanda gangguan mental dek kerana deraan ibubapa sendiri.
Sebenarnya, ada sedikit kesangsian yang kami perhatikan di awal-awal berita kehilangan William Yau ini di mana terdapat 3 kesan parut iaitu kesan luka di dahi, di kepala ada dua parut.


sekarang apa pandangan ahli politik seperti Lim Kit Siang? Masih lagi dengan pendirian yang sama?



Kronologi Misteri Kes William Yau

Semacam pelik pula meneliti kronologi kes William Yau Zhen Zhong ini.

Rumah di sekitar Shah Alam Selangor.
Pergi makan di sekitar Puchong
Akhir sekali, ibubapa William Yau ini pergi ke Putra Heights untuk melihat mesin baju.
Tinggalkan 3 orang anak kecil di dalam kereta? Tinggalkan anak kecil sendiri? Jenis ibubapa apakah ini?
Setakat ini tiada saksi yang nampak kelibat William Yau, hatta penjual burger berdekatan dengan kedai yang dikunjungi oleh ibubapa William Yau ini
Namum apabila diperiksa, tiada longkang besar berhampiran kedai elektronik di Putra Heights. Hakikatnya, longkang terdekat terletak di Kampung Bukit Lanchong (tidak jauh daripada tebing Sungai Klang) iaitu jarak 2km kedai elektronik tersebut


P/S : Jikalau dakwaan kes penderaan kes William Yau Zhen Zhong ini memang benar-benar wujud, adakah tragedi seperti ini telah pun dirancang daripada mula ataupun memang benar secara kebetulan?

-RIP William Yau Zhen Zhong -




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


7 comments

28 Januari 2013 pada 1:42 PTG

kesiannya ,,, sayu hati bila lihat knak2 yg comel2 jd mgsa camni,, =( apa salah dia ......

28 Januari 2013 pada 2:12 PTG

kesian nya budak ni :(

28 Januari 2013 pada 3:23 PTG

Sedih jika benar anak kecil ini di dera, bukan sahaja menunjukkan orang asing tidak boleh di percayai, kedua ibu bapa sendiri pun seolah2 bukan lagi pelindung buat anak2 kecil yang tak tahu apa2ni. Lagi2 kes anak2 kecil di dera kian bertambah dalam berita. Kasihan anak2 ini, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mendapat kasih sayang itu kalau bukan dari ibu bapa.

28 Januari 2013 pada 5:57 PTG

KESIAN DIA..

28 Januari 2013 pada 9:37 PTG

pelik juga. rasa macam ada kesangsian jer dlm kes nie.

28 Januari 2013 pada 10:01 PTG

kesiannya...

30 Januari 2013 pada 11:00 PTG

Ya nak tau jugak komen Lim Kit Siang dgn perkembangan terbaru kes ini.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.