Allah juga bagi hak talaq di pihak wanita dengan khuluk (tebus talaq) .
Inilah salah satu cara Islam mengecilkan skop talaq. Apabila lelaki mentalaq isterinya, dia terpaksa menanggung 'akibat', kena bagi nafkah iddah, mut'ah, harta sepencarian dan sebagainya.
Apabila isteri minta khuluk, dia terpaksa menanggung 'akibat', kena bagi balik mahar dari suaminya.
Layaklah lelaki dapat hak memutuskan perkahwinan dengan 'lisan' sesuai dengan pelbagai tanggung jawab yang perlu diberi kepada perempuan seperi mahar, nafkah, tempat tinggal, pakaian dan sebaginya.
Layaklah perempuan pun ada hak memutuskan pernikahan dengan khuluk kerana Islam tidak memaksa seseorang yang merasakan pernikahannya lebih mengumpul dosa berbanding pahala untuk terus hidup terseksa.
Tq Allah atas keadilan-Mu ke atas lelaki dan perempuan.
Pada pendapat anda, antara dua teknik di atas, teknik mana yang lebih dekat di hati anda dalam menerangkan isu-isu gender?
Teknik mana pula yang dekat di hati para alim ulama muktabar dan lebih membela islam dari fitnah.
Setuju dengan teknik olahan yang kedua. Namun teknik ini yang paling sedikit digunakan pakai dalam masyarakat.
Jawapan selalu jika dibangkitkan tentang isu poligami, "lelaki boleh berpoligami sebab lelaki lebih memerlukan kepuasan ****". "jangan halang lelaki dari berpoligami sebab nanti berdosa kerana menggalakkan lelaki melakukan maksiat tanpa berkahwin".
Apakah? Tidak berilmiah dan nampak jelas kelemahan makhluk bernama lelaki di situ. Semudah itukah lelaki yang sepatutnya menjadi pemimpin akan tergelincir ke lembah penzinaan, hanya semata tidak melakukan poligami?
Di manakah puasa, qiyamullail, bermusyawarah dengan isteri, penuhi masa dengan amal Islami dan anak-anak yang mampu menghakis cinta kepada kemaksiatan dunia?
Oh. Saya memang tidak mampu faham dengan golongan yang berfikiran kebelakang dan tidak intelektual sebegini.
4 comments
perkara yg ALLAH xsuke adalah cerai berai tapi perkara yang syaitan suke mnusia akan bergaduh serta memutuskan silaturohim
memg xda jodoh tapi selagi boleh pulihkan hubunga... siapa nak bercerai ka.. tapi kedua2 talak ada baik untuk kedua2 pihak.. Allah Maha Adil
harap dgn kursus kahwin dapat bukak minda bakal2 suami isteri.
banyak org berkahwin sbb xnak berzina, tpi lupa tanggungjawab bila dah kahwin =='
sis..saya cukup2 simpati kpd pasangan yang bercerai,kadang-kadang ada kes bercerai ni dikalangan orang yang dah berumur & punya anak & cucu..yang lagi memalukan bila bercerai sebab berlainan parti politik & bercerai disebabkan hal-hal yang remeh seperti isteri tak pandai masak nasi hingga nasi jadi keras,ini contoh jer,hehe..