SILA MUNTAH DULU!
Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan mereka kecur liur.
Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.
1. Burger “Cindil” – China.
Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.
2. Otak Monyet Hidup – China.
Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.
3. Daging Tikus Goreng – China.
Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.
4. Ulat Rebus – Botswana.
Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.
5. Soya Busuk – China.
Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di negara China sahaja.
6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik – Filipina.
Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.
Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.
8. Sos dari Sperma Ikan Emas – Hungaria.
Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.
9. Steak Daging Buaya di – Singapura.
Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.
10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.
Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedak melakukan aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.
Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.

15 comments
Wahhh gelinya =.="
mmg la manusia ni, semua benda nk makan..
erk...takutnya.. kita x selera tapi ada orang selerakan..
yek..dya tgk gmbr je..rasa nk termuntah je tgk pic tu.

Baca nie pun dah kembang tekak inikan pula nak makan. ewwwww. Apa ke hal lah manusia nie makan benda pelik macam tu.
Tak tahannya kak M tgk..Geli geleman....camna la depa bleh makan..
p/s: maaf Lynn akak susah nak terjah entry2 lain.. Nak loading satu page ni pun take a lot of time. Hu hu...rindunya nak terjah cam dulu..akak heran, blog lain akak terjah takdak masalah pun.. Lagipun akak pakai WiFi kat umah sendiri tak share ngan mana gadget lain pun.
Maaf yek..
eeii.. ape la dorang tu.. kan ade banyak agi makanan yg lain.. mengong.. syian monyet tu.. huhuhu..
kenapa la orang di negara china ni suka makan benda2 pelik..takleh bayang camne makan otak monyet hidup tu..geli tol!
sedapnyaaaaa... yang mata ikan je lah..
yang lain mmg x lalu nk makan ler..
gila betul !!!!!!!! ada lagi sup janin bayi diorang makan !
So disgusting.. Yucks..
uwekkkkkkkkkkk nak muntah seyes nak muntah huuuuu...
Alhamdulilah dilahirkan sebagai islam yang makan benda2 elok.. tp kan besanya depa kata klu yang pandai mengaji tinggi depa xkan mkan makanan2 nie hatta khinzir pun depa xkan makan
@Everything's Everythings euwwwwwww
adeh..hilang terus selera saya....
haishhh..pelik-pelik la diorang makan..=='