Adik ada nenek. Nenek pun cantik. Tapi adik jarang nampak nenek dalam rumah ni. Nenek kerja. Mama kerja. Atok pun! Adik Mama ada dua. Sorang laki-laki dan sorang perempuan. Semuanya adik susah nak jumpa. Mereka sibuk dengan kerja. Matahari belum terbit semua dah keluar. Matahari terbenam baru la sorang,sorang balik ke rumah. Mama pun macam tu jugak. Nak buat macamana,Mama kerja shift. Minggu ni siang,minggu depan malam pulak.
Jiran-jiran adik ramai. Sebelah kanan Pak Andak,dia kerja “Jaga” kat kilang elektronik yang tak jauh dari rumah kami. Pak Andak takde isteri,tahun lepas Mak Andak meninggal akibat kanser payudara. Anak-anaknya semua dah kawin. Mereka duduk jauh. Kawan Pak Andak hanyalah dua ekor kucing yang dia letak dalam sangkar besi di dapurnya. Sebelah kiri rumah adik, Pakcik Meor dan Makcik Ana. Walau dah berkahwin selama lima tahun tapi mereka belum ada anak. Kesian kan? Ada ramai lagi jiran-jiran Adik tapi Adik tak tau nama mereka semuanya.
Mama sayang Adik. Adik tau la. Mama selalu belai-belai Adik. Usap-usap Adik. Bila nak keluar pergi kerja,mama akan pakai baju yang longgar,selesa. Dari dulu pun Mama memang macam tu. Mama tak suka pakai baju yang ketat-ketat. Bagi adik,Mama pakai apa pun semuanya cantik! Asyik cerita pasal Mama je..adik pun ada Papa ,tau? Papa…orangnya tinggi. Hensem.Rambutnya pendek bersikat rapi. Kulit Papa agak cerah sikit dari kulit Mama. Papa sentiasa pakai kemas-kemas. Adik paling suka tengok Papa senyum. Papa ada lesung pipit!
Papa kerja tempat lain. Sebab tu Mama pergi kerja naik van pekerja. Masa balik je kadang-kadang Papa jemput Mama. Selalunya Papa balik rumah waktu Mama kerja shift malam. Masa tu Atok,Nenek,Pak Teh dan Makcu tak ada di rumah. Masa ni la Mama dan Papa akan ” berehat “sama-sama. Bila Mama kerja shift siang,Papa pulak kerja out-station! Adik tengok rumah ni macam sarang burung merpati je. Siang semua terbang cari makan. Dah nak senja baru ada penghuni.
Adik suka duduk kat sini. Seronok. Adik tau la Adik dah besar. Makan pun dah banyak. Adik lasak! Selalu jugak Mama mengeluh sebab Adik tak duduk diam. Tapi Mama sabar.Mama pegang Adik. Mama raba kepala Adik. Mama suruh Adik diam,jangan nakal sangat. Bila dengan Papa je,kadang-kadang Adik tengok Mama sedih. Mama nangis. Papa pujuk Mama. Papa belai Mama. Papa cium mama! Eeeee…malu la! Lepas tu,Mama ok balik. Mama senyum balik. Adik dengar Papa kata kat Mama, ” Jangan risau Mama, semua pasti beres. Takde apa yang nak ditakutkan,Papa kan ada?” Mama mengelus jemari Papa,” Janji ya Papa? Papa jangan sia-siakan kami..” “Ya! Papa janji, lepas Mama bersalin, kita nikah secepat mungkin,soal isteri Papa tu, tau la Papa mengurusnya. Mama memeluk lengan Papa, ” Betul ke ni Papa?” ” Sumpah!”
***********************************
Dah seminggu Papa tak datang tengok kami. Papa tak jemput mama di tempat kerja. Puas Mama telefon. Puas Mama sms. Tapi hampa. Mama menggenggam handphone ke mana pergi. “Nombor yang anda dail gagal untuk dihubungi,sila tinggalkan pesanan di peti suara…” Mana Papa kamu ni?” Mama mengusap-ngusap Adik. Mama berjalan mundar-mandir dalam rumah. Mama cuba lagi dan lagi menelefon Papa. Tapi hampa. Mama geram. Mama melontar handsetnya ke katil. Bersepai handset tu jatuh ke lantai. Mama? Kenapa Mama buat macam tu? Kan susah nanti nak contact Papa?
Mama menangis. Lama Mama menangis sampai bergoncang-goncang tubuh Mama. Mama mengutip handphone yang bersepah di lantai. Mama memasangnya semula. Mama cuba call Papa berkali-kali. Tapi tak juga berjawab. Mama menjerit. ” Tak guna punya jantannn!!” Adik tak tau nak buat apa. Apa mesti Adik buat? Kesian Mama. Mana Papa? Mana Atok? Nenek? Balik laa..Mama sakit ni..Adik tau Mama sakit,sakit sangat! Adik mesti tolong Mama! Adik kena keluar dari sini..dah lama adik duduk dalam ni, berkongsi makan dan minum dengan Mama. Berkongsi segalanya dengan Mama. Adik nak cepat besar. Adik nak tolong Mama. Adik mesti sebab adik tau,”Syurga itu di bawah tapak kaki Mama!”
**********************************
Adik dah kat luar Mama! Lainnya suasana di luar ni..tak macam masa Adik kat dalam. Kat dalam,Adik terapung-apung. Ruang untuk bergerak pun terhad. Ada masanya kepala Adik di atas,ada masanya kepala Adik di bawah. Nah…sekarang Adik rasa sangat selesa. Kaki Adik boleh dilurus! Kaki Adik boleh tergawang-gawang di udara. Tangan Adik pun! Sukanya! Adik ketawa ..adik ketawa kuat-kuat!
Mama berpeluh satu badan. Ada tompokan darah di kaki Mama dan di sana sini. Di badan Adik pun. Mama tutup mulut Adik!
“Kau diam boleh tak????”
Adik ketawa lagi…”Mama,mamaa….ni Adik la,Mama”
“Budak ni? Kan aku suruh diammmm???”
“Mama…Mama…kenapa Mama?”
Mama bergerak perlahan-lahan menuju ke laci almari solek di tepi Adik. Mama mengeluarkan sebilah gunting. Mama menggenggamnya. Dengan sangat hati-hati memotong tali pusat Adik. Mama merenung Adik. Mata kami bertembung. Ohh..Mama memang sangat cantik! Mama merenung Adik lama-lama. Sekonyong-konyong telefon Mama berbunyi. Mama menjawab dengan suara tertahan-tahan,” Apa? Ayah nak balik sekejap lagi? Baiklah…saya kat rumah ni…” Mama diam. Mama mendail nombor Papa. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi Papa, langsung tiada kabar berita. Sekuat hati Mama membaling handphone ke dinding bilik.
Mama seperti hilang akal. Mama merengkuh Adik dengan kasar. Mama mendukung Adik ke balkoni. Adik diam. Mama menangis. Kemudian Mama ketawa. Adik tetap diam. Mama mengangkat Adik tinggi-tinggi ke udara. Adik terasa ada cahaya matahari menyentuh wajah Adik buat pertama kalinya. Adik diam jugak. Adik tak boleh bagi mama sedih,kan? Adik mesti jadi anak yang baik. Adik nak cepat besar supaya Adik dapat bantu Mama yang dah banyak berkorban untuk Adik selama Adik tinggal dalam rahim Mama! Terima kasih ,Mama..Hanya Allah yang dapat membalas jasa Mama.
************************************************
“Mamaaaaaa!!! Adik sayang Mama..kenapa Mama tergamak campak Adik ke bawah???”
“Mamaaaaa!!! Kepala Adik dah pecah, Mamaaa….Mamaaa,Ma…maaaa….maaaaaa…”
**********************************************************
Dedikasiku : untuk semua bayi-bayi comel yang tak berdosa di luar sana,syurga pasti milik kalian!
hanabira
21september 2012
0130 pagi
sumber
14 comments
very touching & menyayat hati
tulis sendiri?
@Taufik oh tidak .copy paste dari harakah saya da letak sumber di situ. :)
sedihnya baca bingkisan ini.
sbb bkn senang nk mengandung dan melahirkan itu.
tapi mereka yg tlh diberikan nikmat itu, dgn sewenang2nya buat bayi yg x berdosa spt itu.
sedihnya... :'(
aku benci laki dan perempuan yg dah tau buat tak berani nak tanggung..apela bengong..kalau tak sanggup,jgn la tanggung risiko...
ingt patung ke na baling2 =.="
betul betul betul
rasa mcm dah baca cerita ni...
hurmm...
@Cik Puan Izan❤ ambik di harakahdaily.
SMTI . seram dgr nye
Allahuakhbar. sedih pilunya hati membaca. tak terkata..
*erm awak sy nak add fb xblh pulak. nk mntk alamat awak nak kasi kad jemputan walimah kami nt :)
Sedihnya.. andaikata bayi tu boleh berkata2 mcm ni ;(
sedihnye..tergamak buat cm 2
rasa macam nak sembelih je sape2 yg buang bayi tu . kalao ye pon xnak bayi tu , jangan lah sampai membunuh . bagi lah kat rumah anak yatim ke , bagi pasangan yg xde anak ke .