UPDATED #LAHAD DATU :[VIDEO] KESULTANAN SULU NAFI AZZIMUDIE TERBUNUH.


 Nafi Azzimudie terbunuh

Kesultanan Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini.


Menuru tInterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang ini.

"Datu Raja Muda (Azzimudie) dan para pengikutnya semua masih hidup," Idjirani dipetik sebagai berkata.

Beliaumengumpamakan Azzimudie "seperti musang", kerana dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pasukan keselamatan Malaysia.

Utusan Malaysia, dalam SMS berita petang ini, memetik sumber tentera sebagai berkata Azzimudie dipercayai telah terbunuh dalam serangan udara hari ini.

Sumber


LAHAD DATU – Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzimudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.


Adik kepada kepala lanun sulu azzimudie kiram terbunuh dalam serangan pagi tadi..
Manakala Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.
Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas


KPN: Polis percaya masih ada musuh bersembunyi di Kampung Tanduo

LAHAD DATU - Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah. - Bernama


20 mayat pengganas Sulu telah ditemui

Anggota polis dan kakitangan hospital telah bersiap sedia di jabatan kecemasan Hospital Lahad Datu.
Anggota polis dan kakitangan hospital telah bersiap sedia di jabatan kecemasan Hospital Lahad Datu.

LAHAD DATU – Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Sumber yang dipetik Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.

Sementara itu, dalam sidang media pada sebelah petang tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan, sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzimudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg. Tanduo, pagi ini.

Beliau juga menafikan dakwaan Sultan Sulu bahawa pihak keselamatan telah memusnahkan mayat anggota keselamatan yang terbunuh demi menutup perkara yang sebenar.

Tegas beliau, dakwaan itu merupakan satu propaganda yang sangat melampau dan tidak benar.

Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di
kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati
bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

“Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

“(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi,” katanya. – Utusan/Bernama



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.