TERKINI[VIDEO] : 32 pengganas Sulu maut dalam serangan pasukan keselamatan hari ini menjadikan jumlah pengganas yang terbunuh setakat ini 52 orang


Terkini : 32 pengganas Sulu maut dalam serangan pasukan keselamatan hari ini menjadikan jumlah pengganas yang terbunuh setakat ini 52 orang

Sidang Media Terkini Ops Daulat #PrayForSabah


Seramai 32 anggota kumpulan penceroboh bersenjata Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan 'ground zero' di Tanjung Batu, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang ketua kumpulan berpangkat jeneral.

"Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas manakala seorang lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi. Tiada anggota keselamatan yang cedera," katanya pada sidang akhbar bersama Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain

Beliau berkata pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Di samping itu, keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna.

Sumber : www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia


Menteri Pertahanan : Jangan Percaya Dengan Tawaran Gencatan Senjata Kiram


Berikut adalah kenyataan daripada Sultan Sulu palsu iaitu Jamalul Kiram III yang dilaporkan oleh Inquirer.Net pada jam 12.30 tengah hari, 7 Mac 2013. Kiram telah mengumumkan genjatan senjata dan meminta pasukan keselamatan Malaysia juga melakukan perkara yang sama. 

Tidak sewajarnya tuntutan sebegitu diminta. Apa yang terbaik adalah pengganas Kiram yang masih berada di Sabah perlu menyerah diri untuk diadili oleh sistem perundangan negara. Pengganas Kiram telah menyebabkan 8 orang anggota polis negara terkorban. Pengganas Kiram yang menceroboh negara, mereka perlu serah diri dan keluar dari Malaysia.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

8 Mac 2013 11:11 PG

Membimbangkan andai masih ada yg bersembunyi di rumah saudara-mra mereka yg telah menjadi citizen sabah.

8 Mac 2013 11:18 PG

bila akan selesai.

8 Mac 2013 11:36 PG

Cepat lah selesai semua ni

8 Mac 2013 12:11 PTG

Ya Allah lindungi lah Malaysia tanah tumpah darahku ini. Moga peperangan ini berakhir segera dan damai semula tanah Lahad Datu!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.