serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.
Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.
Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung
Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.
"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di media sosial rasmi PDRM," katanya. - BERNAMA
VIDEO PERKEMBANGAN TERBARU DI KAMPUNG SELAMAT SEMPORNA,SABAH.
VIDEO KEADAAN SEMASA DI SEMPORNA
1 comment
Kejadian yang amat merisaukan terutama bagi yang ada saudaramara @sahabat kat sana,sama-sama kita doakan agar semuanya selesai dengan cara baik.