Kami memohon agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik
supaya mendoakan kejayaan misi kali ini dan yang lebih penting, keselamatan penduduk
yang terlibat serta anggota keselamatan kita.
Insya Allah kita pasti berjaya! ALLAHUAKBAR!
Jom kita doakan keselamatan dan kesejahteraan di Sabah
Ya Allah,peliharalah bumi Sabah, hentikan segala kekejaman. Lindungi saudara-saudara
kami Ya Allah.
Engkaulah Yang Maha Berkuasa Ya Allah
Amiin.
Kenyataan Akhbar
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak
PERDANA MENTERI MALAYSIA
9 comments
Amin... Semoga semuanya dipermudahkan.
Semoga perjuangan mereka dilindungi dan diredhai Allah swt....
Doa AJ mengiringi setiap liku perjuangan mereka....
Takbir!!! Allahuakbar
kalau kerajaan ameno bertindak lebih awal...mungkin xde nyawa pasukan keselamatan kita yg terkorban ttp dgn sikap menteri KDN yg tah apa2.. byk dolak dalihnya dan byk autanya.. anda boleh lihat apa yg berlaku.. bg yg terkorban...al-fatihah utk roh anda...
Semoga ALLAH SWT melindungi semua yg berada disana,amin..
@Tanpa Namaassalammualaikumm salam sejahtera . saya dah mula menyedari keadaaan ini,mungkin antara sedar atau tidak ada diantara post saya di blog ni ada yg menyentuh tentang ini.
Negara dalam keadaan bahaya. Bahagian kawasan di Sabah ditawan oleh tentera bersenjata dari Filipina. Tetapi kerajaan Malaysia masih tidur lena dan sibuk dengan persembahan sana sini. Buta mata atau buta perut? Begitu mudah dan murahnya harga nyawa dan keselamatan rakyat Malaysia di mata pemimpin BN/UMNO.
kena ubah.
Semoga semuanya selamat..InsyaAllah
http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/03/buatmu-perwira-negara.html
aminnn... moga semuanya kembali pulih..
Jaga diri baik - baik