Kehilangan Dara satu Kebanggaan Baginya
Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.
Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.
Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.
Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah 24 hari lalu.
“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu. Saya berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran universiti,” katanya.
Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini.Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.
Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.
Orang yang jahil tidaklah bodoh, kadangkala mereka dikalangan berpendidikan tinggi. Mereka bijak-pandai cuma jahil bila tiada ugama.
Tuhan menegur seorang hamba dengan ujian atau kesakitan, sedarkah kita?
Ternyata, untuk menentukan baik dan buruk bukan tugas manusia sepenuhnya. Selagi ada nafsu, manusia mesti menjadikan Al-Quran sebagai rujukan dan kayu ukurnya.
Jika tidak;
Judi akan jadi halal bila ada lesen,
Ceramah ugama boleh jadi haram tanpa permit dan tauliah,
Kaum sejenis itu baik atas nama hak asasi manusia,
Babi boleh jadi 'halal' atas nama kesihatan.
Halal dan haram itu adalah piawaian Allah taala, bukan rekaan manusia!
menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama
Kerana dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam dia mendapat kecaman hebat dan liputan meluas dari pihak media.
Tidak, Arab bukanlah gambaran Islam yang sebenar, tetapi gambaran Islam yang sebenar adalah sesiapa sahaja yang beramal dan faham apa yang mereka amal dari ajaran Islam.
Sebab itulah Islam ni turun kat arab, sebenarnya itu adalah rangka memberitahu manusia sedunia bahawa bangsa arab adalah manusia yang keras hati dan degil. Apa yang dilarang, itu yang dia buat. So, perlu khabarkan pada masyarakat, bahawa bangsa Arab bukanlah duta-duta kecil Islam, tetapi duta-duta kecil Islam adalah sesiapa sahaja yang melaksanakan Islam sesuai dengan petunjuk al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Arab kan bangsa ia tidak merujuk kepada agama seseorang dalam Islam, semua bangsa ada.
Sebab itulah Islam ni turun kat arab, sebenarnya itu adalah rangka memberitahu manusia sedunia bahawa bangsa arab adalah manusia yang keras hati dan degil. Apa yang dilarang, itu yang dia buat. So, perlu khabarkan pada masyarakat, bahawa bangsa Arab bukanlah duta-duta kecil Islam, tetapi duta-duta kecil Islam adalah sesiapa sahaja yang melaksanakan Islam sesuai dengan petunjuk al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Arab kan bangsa ia tidak merujuk kepada agama seseorang dalam Islam, semua bangsa ada.
notahati- Nabi saya berbangsa Arab, kita beragama Islam cuma berbangsa Melayu, Kalaupun berlainan bangsa, Agama tetap ada memberi sejahtera, Apalah ada pada bangsa, kalau agama pun bercelaru?
11 comments
la mcm ni pun ada..Masyaallah~
btw, suka ayat kat notahati tu^^
umat akhir zaman... macam2 kerenah
kalau hudud guna kat mesir, selamat dah minah ni..
Mukanya lawa tapi sayangnya....
dunia semakin hampir pada kiamat..
sungguh kasihan....
Astaghafirullah..takotnya tgk manusie sekarang..minta dijauh daripd perkara yg dilarang disisi Allah
sekarang mmg org suke bogel tak tentu arah ke hape..? eh...nauzubillah...semoga Allah memberi penerangan hati terhadap beliau...kesian...
MashaAllah. Harap2 kita dijauhkan daripada perkara begini.
Nauzubillahiminzalik....umat islam skang ni hanya pada nama saja kan..
dia x tggl kt mesir lg..skrg dok sweden..so slmt laa dia kt dunia..terbaru dia berbogel depan kedutaan mesir kt sweden dgn kwn2 dia 3 org..