Inilah contoh Menteri yang gentleman.


Inilah contoh Menteri yang gentleman dari seberang sana. Bertanggungjawab setelah melakukan kesalahan. Kalau di Malaysia, berpuluh-puluh kes rasuah pun masih jadi menteri, ketua menteri, menteri besar dan perdana menteri. Buruknya perangai.

 Oh! malaysiaku.

Suspek kes rasuah, menteri Indonesia letak jawatan.
Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, meletakkan jawatan daripada kabinet semalam.


foto


Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Jakarta Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.

Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri.

Presiden Susilo dalam kenyataan kepada media tengah semalam mengesahkan pengunduran diri Andi dari kabinet dan tugas menteri itu akan dijalankan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono.

Susilo menghargai keputusan Andi mengundurkan diri ketika menghadapi masalah undang-undang kerana jika beliau tidak berbuat demikian, urusan kerja kabinet akan terganggu.

Selain jawatan kabinet, Andi turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Penyelia Parti Demokrat serta Setiausaha Majlis Tertinggi Parti Demokrat, iaitu parti politik yang diketuai Presiden Susilo sendiri.

Nama Andi sering dikaitkan dalam kes projek Hambalang itu sejak bekas Bendahari Agung Parti Demokrat M. Nazaruddin menyebut bahawa beliau dan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum telah menerima sejumlah wang daripada projek itu.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia menemui beberapa kejanggalan dalam projek itu apabila nilai projek itu meningkat dengan begitu besar berbanding kos asalnya ketika ia mula dibangunkan pada masa Menteri Belia dan Sukan sebelumnya, Adhyaksa Dault.

Setelah Andi mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, pelan projek itu mengalami perubahan dan kos projek yang pada asalnya berjumlah Rp125 bilion telah meningkat menjadi Rp1.17 trilion (AS$265 juta).

- Bernama


sumber


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

8 Disember 2012 pada 3:25 PTG

cam nie la, kalau dah buat silap tahu nak mengaku salah. betul tue, kat malaysia nie kalau kes rasuah kalau bleh tutup lagi nak tutup. lg bertambah2 rasuah bila suap2 kat kroni sndri. aigoo

8 Disember 2012 pada 4:35 PTG

hurm..selagi x kena tangkap mana ada yg nak mengaku kesalahan sendiri..

8 Disember 2012 pada 6:21 PTG

POLITIK KAT MALAYSIA NI SUSAH NAK CAKAP..FHM2 SENDIRILAH KAN..HUHUHU..TP APAPUN YG PENTING KITA AMAN DAN DAMAI JER DUDUK MALAYSIA

Tanpa Nama
8 Disember 2012 pada 9:18 PTG

Ye btl tu Siti FatimaArifin sy setuju sgt dgn kata2 Siti Fatima Arifin, ni plak kata2 sy "Kalau beliau letak jawatan pun bkn sbb gentelmen tp sbb dah bnyk sgt tu, dah ble lepak goyang kaki je". hehe..

Tanpa Nama
8 Disember 2012 pada 9:19 PTG

@Bui Junaidiye btl tu..

10 Disember 2012 pada 1:51 PTG

rasanya ada udang disebalik mee tu.. pemimpin kalau dah trlibat dgn kes2 cam ni, benar2 ada kejujuran ke lagi?

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.