SIDANG MEDIA KPN 05 MAC 2013 @ 11.00am:
Sidang media oleh Ketua Polis Negara berkaitan perkembangan semasa Op Sulu di Lahad Datu.
Kronologi Gempur Penceroboh Pihak ATM di Lahad Datu 5 march 2013
12 tgh hari - Setakat ini kematian penceroboh belum disahkan lagi dan tiada kematian dari pihak kita. Alhamdulillah
11.20 pg - Operasi udara telah dihentikan, Pasukan darat pula ambil alih serangan.
11.20 pg - Laporan mengesahkan tiada kecederaan atau kematian dari Pihak Malaysia...Alhamdulillah !!
10.15 pagi - Bergegar bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, di mana tempat wartawan berkumpul akibat letupan berdekatan !!
10 pagi - Pasukan keselamatan lancar serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping. Suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia. Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis.
9.30 pg - Unit Udara telah mendahului dan menyerang kedudukan Penceroboh di Lahad Datu. Kedengaran lebih daripada 10 letupan berlaku di sana.
9.00 pg - Kedengaran bunyi pesawat dan letupan kuat di sekitar kampung Tanduo. Keadaan tegang tapi tenang.
Jam 8.06 pagi - Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu
Jam 6.00 pagi, 7 Batalion tentera telah berada di sekitar Sabah. Setakat pagi ini tiada serangan dan pencerobohan yang berlaku.
Bendera Kita dan Gambar Najib Razak Dibakar Di hadapan kedutaan Malaysia Di Filipina
Di Manila - Polis Anti Rusuhan mengepung Kedutaan Malaysia Disana yang di Jangka akan diserbu penunjuk perasaan yang sedang menuju ke Kedutaan Malaysia bagi membantah tindakan Malaysia Menyerang Kedudukan Pemberontak Sulu Pagi Tadi.
Mereka Bakar, Kita KIBAR! INI KALI LAH, PRAY FOR SABAH!