Kisah Petang Raya Pertama dan Pergolakan Di Mesir.


Kisah petang Raya pertama,
tetiba Abaya hitam si P kotor sikit, ter"sapu" debu-debu jalan
Si Q menegur "P, baju belakang putih, kena debu.."

P cuba hilangkan kotoran di abaya hitamnya.
P yang memang suka bermadah ni berpujangga...

"Putih dan hitam saling melengkapi,
apa yang tak nampak pada putih, nampak pada hitam,
apa yang tak nampak pada hitam, nampak pada putih.."

Fuhh. Dalam maknanya

--------------------------------------------------------
Betul lah, kalau hati dah putih, atau agak-agak putih dalam melalui madrasah Ramadhan,
Pasti akan terasa "hitam" nya bila buat something wrong or something kurang di bulan syawal.

Contoh mudah:

Al-Quran sebulan terbiasa baca banyak,
bila sehari dua "busy" dengan Raya,
Terasa tak kosong? rasa bersalah tak?

Solat sunat kita terpelihara sebulan,
tetiba terabai sibuk dan penat 2, 3 hari.

Sebulan kita jaga pakaian dan kurangnya bicara kosong,
bagaimana bila hari raya tetiba banyak pula sia-sia dan dosa di lidah dan ucapan.

Kalau rasa salah, silap dan dosa, Alhamdulillah :')
Hati kita masih diberi hidayah olehnya,

Jom istiqamah,
istighfar lah, moga Allah ampunkan kekhilafan kita.
dari segi niat kita, bicara kita, perbuatan kita dll.

Astaghfirullahalazhim.

Ya Allah, ampunkalah dosa kami, dan bimbinglah kami Ya Allah.

*Jangan sampai sebulan terbiasa, takut nanti dah tak kenal hitam dan putihnya.
Alhamdulillah ada puasa enam kan, moga dapat menampung "cacat cela" amalan kita

*haish, bila lah nak start puasa,


make it viral. this is genocide.

malu rasa diri. fikir macam macam pasal Allah bila diuji. sedang saudara seislam di mesir ditimpa macam macam.

mari panjat doa seperti nabi zakaria. yang meminta perkara seakan mustahil bagi akal manusia. mahu anak, sedang diri sendiri sudah tua, isteri pula mandul.

tapi kata baginda, "Allah. aku belum pernah kecewa meminta denganMu." niatkanlah semuanya untuk redha Dia.

adik adik yang sedang down dengan result, marilah. mari panjat doa seperti nabi zakaria. tiada yang mustahil di sisi Allah. doakan sama untuk mesir. di situlah tempat kita mendapat ilmu, mengenal Allah.

wahai tuhan, yang memiliki kalimah kaf ha ya 'ain sad.
dengarkanlah.

Wahai RAJA hari pembalasan!

Cukuplah Engkau untuk kami harapkan membantu saudara kami di mesir sekarang. Hancur leburkan penentangMu hingga tiada sisa!

Allahuakbar!

Dengan ini, saya melancarkan kempen berpuasa sunat pada esok hari. Moga moga puasa itu menjadi asbab terimanya Allah dengan doa kita supaya mesir dipelihara.

Mari, sama sama kita.

Allahummansur ikhwanana fi misr!

Moga Allah menerima amalku dan amal kamu.
Dan Moga istiqamah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.