PEMILIK resort berbanju warna jingga (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen/Majistret Kota Tinggi bagi kes surau yang dijadikan tempat upacara keagamaan di surau Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi, hari ini.
Kejadian ini berlaku bukan dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat...Sebab itu tiada demonstrasi keras dan ganas dari Pemuda UMNO, Perkasa dan JATI... malahan tiada repot polis dibuat pun dikhabarkan dari kelompok-kelompok ini.
sumber sini
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 3.25 petang, 10 Ogos lalu.
Menurutnya, pengurus pusat peranginan terbabit ditahan pada jam 2 petang semalam, bagi tujuan menyiasat kes yang telah dilakukan.
“Polis terima laporan orang awam mengenai satu kejadian sebuah surau disalahgunakan penganut agama lain.
“Surau tersebut dimiliki sebuah pusat peranginan milik pengusaha tempatan. Susulan laporan yang diterima, polis menubuhkan satu task force diketuai Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Mohd Mokhtar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
“Siasatan akan dijalankan secara mendalam dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk meneruskan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
sinar-
2 comments
cakap je lebih, Alan Tang tu yg mnghina Islam pengcacai PR Dun Stulang laa, Banggakan sangat PR aka Cina
Ha..baru nampak muka pengurus resort tu...bini dia pun satu dengar cerita maki penduduk kampung situ...baling jer telur ayam kat muka dia baru dia tahu ....